Want your
own Fotopage?







 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Jul-2008 00:38 Email | Share | | Bookmark
Rambutan datang lagi!

alona berposing dgn buah kelapa yg sedap tu
dgn gaya masing2
bebudak seronok pungut rambutan
kak nor dan akiss tgh tekun
berat nih!
gaya along pungut rambutan
alona yg komited..
mak selaku pengarah operasi..
abah sdg menggergajikan dahan2
View all 15 photos...
Hari minggu yang lalu, lepas balik berjoging di Bukit Larut, ingat baru je ingat nak lepak2, tetiba kak Nor tipon mengatakan diorg dah ada kat Selinsing.. tgh kait rambutan.. Alona ni pantang je dgr rambutan.. bergerak-gerak la telinga dia.. hehehe..
Beberapa minit lepas tu bergegas la kami ke Selinsing plak.. singgah jap di tepi jalan menghala ke Silverstone tu utk beli goreng pisang.. buat kudap2..
Sampai kat Selinsing, nampak la beberapa longgok rambutan dan satu beg yg hampir penuh dgn manggis dalam van..Mak suruh aku gergajikan dahan2 rambutan di sebelah kiri pondok tu sebab dahan2nya dah melindung pokok ciku di bawahnya.. pokok ciku tu pun dah berbuah 3-4 biji.. Mak kata nak suruh Pilus, seluar dia dah koyak rabah kat celah kangkang semasa turun pokok manggis tadi..Hmm.. patut la tetiba je kak Nor tipon aku tadi.. rupa2nya ada tugas khas.. hehehe.. tak kisah la..
Setelah menggerjaji kira2 2/3 pokok rambutan tu, byk jugak la hasil2 yg dapat di pungut.. ada la 5-6 beg plastik besar tu.. tu tak termasuk satu beg manggis..Setelah selesai dgn pokok rambutan tu, panjat la pulak pokok manggis yg ada 2 pokok tu. Pilus kata dah abis dia amik tadi tapi bila aku panjat rupa2nya banyak la lagi kat atas tu.. Mak kata takleh nak biar pasal kalu biar mmg akan dapat kat musang..Selepas abis dgn manggis tu kait la skit buah rambutan pokok yg besar tu.. mmg sedap buah pokok besar tu.. isi manis dan kering macam gula batu..ramai yg suka kesedapan buah kat pokok ni termasuk la kawan2 aku.. Sebelum ni pun aku dan kawan2 gsl mmg dah 'mengerjakan' pokok ni.. dah berbeg2 dah diorg bawa balik tapi masih byk lagi atas pokok.. tapi cuma tinggal yg tinggi2 je la..
Sebelum berangkat balik..alona memetik beberapa bijik kelapa muda yg sedap tu..dalam pada itu, sempat la lagi along , angah dan akiss tu main tarik upih pinang.. aku dan alona pun terbabit la sekali..yg untung akis la pasal dia yg paling ringan..tu pun dah beberapa terlentang sebab tak pegang kuat2 .. huhuhu..lawak.. ye la.. sesekali nak kasi anak2 rasa main permainan klasik ni.. takde la diorg asik tau ngadap video games je..



Tahun ni buah rambutan dan manggis kat Selingsing mmg menjadi.. ada yg sampai mencecah tanah buahnya.. ari tu cuma pokok rambutan abg mail dan pokok rambutan anak sekolah tu je yg masih tak merah sepenuhnya lagi. Rasa2nya minggu ni mmg leh kutip la..Cuma ada satu pokok je.. terletak kat sempadan.. haa.. yg tu takleh amik.. abah kata 'berpenunggu '... hehehe..

banyaknye buah2an... siap bleh jual kot...x nak anta kat sp cket ke..huhuhu
Fri 18-Jul-2008 13:54
Posted by:piluih yuiutui89@yahoo.com.my
Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- Rakan Strategik Bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com
Sat 19-Jul-2008 00:49
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
Salam perkenalan.
Sekarang ni musim rambutan dan durian.
Dusun belakang rumah saya ada jugalah beberapa pokok rambutan dan durian yg sudah masak buahnya.
Ehe musim orang demam dan batuk juga
Mon 21-Jul-2008 02:17
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 14-Jul-2008 02:56 Email | Share | | Bookmark
Taiping dan Taman Tasiknya..

along dan angah
akiss
pijak2 batu
alona dan akis
pentas sabtu santai
pokok tua..
View all 19 photos...


Quote:
Taman Tasik Taiping merupakan taman tasik yang tertua di Malaysia. Ia merupakan taman tasik yang pertama dibangunkan sebagai taman rekreasi di tanah Malaysia. Ia mula beroperasi pada tahun 1880 sebagai lombong bijih timah. Kerajaan telah mengiktirafnya sebagai taman awam yang terindah di Malaysia dalam program bersih dan indah 1996


Kalau sebut Taiping org mesti akan ingat Taman Tasik dan kalau org sebut taman tasik mesti teringatkan Taiping.. hehehe..

Berkelah

6/6/2008 - berkelah kat Lake Garden ni sungguh mendamaikan hati. Lama dah tak buat aktiviti berkelah kat sini.. biasanya kat tepi sungai dan tepi laut je.. . Berlatarbelakangkan pokok2 besar, sebatang anak sungai yg mengalir dari Bukit Larut dan padang merbok serta angin sepoi2 bahasa di bawah redupan pokok2 besar tu.. segala juadah yg dibawa rasa sgt menyelerakan..
Tgh makan2 tu ada la 2-3 bijik kereta dtg parking tak jauh dari kami.. ingatkan nak join berkelah gak.. rupa2nya diorg nak buat photoshot pengantin kat situ.. Ada 2 pasang pengantin melayu..Tapi pemandangan camtu dah biasa dah kat Taman Tasik ni.. Dulu biasanya nampak pengantin cina je byk buat photoshot camtu tapi skang ni pengantin melayu pun tak terkecuali.. pengantin india tu ada la jugak nampak sekali sekala..
Lepas je makan2, tgh lepak2 tu, pengantin2 tu pun dah blah, adalah segerombolan monyet2 datang kat kami..mula2 tu malu2 monyet je muka sekor2..Ada kecik ada besar..Muka sekor2 pun bukannya sama.. ada yg comel, ada yg nampak brutal, ada yg gaya punk..huhuhu.. aku bagi la sepotong betik kat sekor tu.. dah.. byk plak yg dtg.. terpaksa la layan gak.. tak layan kang kecik ati lak hati monyet2 tu..sampai abis la betik2 dalam bekas buah..Monyet2 ni takde la ganas sgt tapi risau la jugak kot2 disambarnya handbag ke.. kamera ke.. hish.. jadi keje lak aku nak kejar monyet2 tu nanti..along cuba2 la acah sekor dari mereka.. tetiba monyet tu acah along balik.. menyeringai je tunjuk taring dia kat along.. amik kau.. lari along!!.. hahaha..



Dah boring dgn monyet dan monyet2 tu pun dah boring dgn kami.. kami pun berkemas2 la utk balik.. ari pun dah nampak mendung je..

YAHOOOO.....ZAI 1ST COMMENTOR KAT CINI.....
ALAMAK BEST PETANG2 LEPAK KAT SANA ...
Mon 14-Jul-2008 12:44
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
fuhhh!! glamournya monyet tu dgn posing istimewanya..dia mungkin faham nilai penampilannya itu, tapi dia tidak tahu, dia saekor monyet dikenali seluruh dunia, kalau pun dia tahu..tidak bemakna kalau wak mustar tak hulur sejurai betik atau sekeping roti utk alas perut dia & anaknya?? he he dlm gak pengertiannya kalau di fikirkan, hu hu...
Wed 16-Jul-2008 00:37
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
Add comment


Friday, 11-Jul-2008 03:25 Email | Share | | Bookmark
Kereta Kak Nor

depan
bumper depan
bumper belakang
View all 6 photos...
Gambar2 keter kak Nor ni dah lama aku simpan, baru sekarang aku letak sini.. rasanya ramai yg dah tau dah.. Gambar2 ni aku amik kat sebuah workshop di Tupai pada 12 April 2008. Kejadian berlaku pada 11 April 2008.
Menurut citer Kak Nor, masa tu dia, yui dan pilus dalam perjalanan untuk menghantar Pilus camping di sekolahnya (sekolah St, George atau nama timangannya Sekolah Joji..hehehe).. semasa lalu di depan JKR Taiping tu, keter pada masa tu berderet2.. Ntah tetiba ada kereta kat depan tu brek mengejut.. terkejutkan org melintas di zebra crossing..kak Nor sempat la membrek sebagai respon atas kejutan tu..tapi pada masa yg sama sebuah kereta waja meluru dari belakang.. GEDEGANG!.. mmg cantik timing dia..
Kak Nor kata tuan keter waja tu seorang penyelia kemas.. nak cepat pasal apa tak tau la..nak terberak agaknya.. di sebabkan dia, kak Nor pun terlanggarlah bontot keter kat depan.. menyebabkan 'chain reaction' dan melibatkan 5-6 buah kereta berlanggar dari bontot ke bontot.. hehehe..sebenarnya dah tak reti dah aku nak buat ayat tapi aku rasa korang yg baca ni paham le mcm mana keadaan tu.. time masa tu ujan renyai2 lak..
Masa tu Kak Nor kata tuan keter waja tu buat muka tak salah je.. pastu tak turun dari keter lak tu.. mmg kurang asam.. Mujur la kak Nor anak beranak takde apa2..

Ntah la camno kak Nor settle bende ni ari tu. Menurut kak Nor dia mmg leh claim dari insuran keter waja yg langgar belakang tu, tapi oleh sebab Kak Nor pun nak guna keter maka terpaksa la guna duit sendiri dulu untuk mempercepatkan proses pembaikpulihan keter Nissan Sunny merah tu..

Pagi tadi aku tanya kak Nor pasal claim tu, dia kata masih tak dpt apa2 berita lagi.. hmm..

RE:THANKS SBB SINGGAH FP ZAI TU...
OOOO KEJE KAT TAIPING ERK...??SELALU KA BALIK KODIANG???
Fri 11-Jul-2008 15:40
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Thanks sebab jd org pertama.. tapi takde award tau.. huhuhu..
Kodiang.. hmm.. lama dah tak pegi sana.. Kodiang tu kampong sebelah tok, kampong mak sebenarnya kat Perak jugak..
Sun 13-Jul-2008 09:01
Posted by:wak mustar
la..cite kete mama xcident pon ada..ish..ish...ish femes keta mama huhuhu....nape tak boh gamba ktorng sekali.... bru la glemer cket... hehehe....nak jugak
Mon 21-Jul-2008 14:31
Posted by:piluih yuiutui89@yahoo.com.my
View all 4 comments Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kahwin Siti & Mohsen

mak dan maklong, antara yg menyambut pengantin
pengantin bawah pokok nyok..
pengantin tiba..
View all 14 photos...
Ni kira gambar kawin pengantin yg dah suam-suam kuku.. nak kata basi tak basi lagi ni..tapi dah ada bau2 masam sikit..Kalu perangat leh la makan lagi.. hehehe..

31 May 2008 - Ari tu mmg ada byk kenduri.. aku gi umah Cik Mah kat Permatang Pauh tu lewat la skit sebab jiran kat umah aku pun ada buat kenduri kawin. Umah jiran tu dekat je tapi kalu nak pi situ kena pusing lak tanah Pak Dollah..ataupun pusing ikut jalan yg lagi satu.. kalu nak dekat mmg kena redah lombong yg semak tu.. huihuhu.. nasib baik la Pak Dollah bermurah hati membuka pagar depan dan belakang halamannya untuk laluan para tetamu..TQ Pak Dollah!
Mmg sedap-sedap hidangan yg disediakan.. aku, alona dan anak2 mmg tibai kaw2 punya.. takpe ..kat umah cik mah kang lapar la balik..

Lebih kurang 12.30 kali bertolak ke Permatang Pauh.. Sampai je kat sana, lepas salam2 ngan cik mah dan sedara mara yg ada..kami terus ke meja hidangan.. nampak sela, ziti, mak, abah, kak idah, abg mail (drebar van) semua dah ada kat situ dah.. depa semua dah abis makan.. mmg byk jenis makanan kat situ.. nasi minyak tu mmg wajib la ada.. ini ada plak laksa, bubur pulut hitam, cendul.. halamak.. nak makan nasik minyak dah tak mampu..(tadi ingat sempat la lapar balik , rupanya masih kenyang lagi.. huhuhu..), makan je la desert2 cam laksa, cendol dan bubur tu.. (desert ke ni? hehehe.. hentam je la labu..) tapi mmg best! Alhamdulillah.. Lepas makan lepak2 kat meja tu..tatamu masih ramai..tapi tak la sampai tak cukup tempat.. Syukri mai kat meja, sembang2 kosong la jap.. rupa2nya famili Mak Uda dah sampai sejak semalam lagi..

Lebih kurang kul 2pm, pengantin lelaki sampai..Pak pong.. pak pong!.. eh, ada kompang ke? takde kot.. hehehe.. Alona pun snap la beberapa gambar.. Cik Mah kata pengantin tu dari Tanjung Tokong.. ooo.. dekat je la..nama aku dah tak ingat tapi tanya sela , dia kata Mohsen..betul ke tak ejaannya ntah tapi bunyinya camtu lah.. . Mmg nampak peramah la pengantin ni, sampai bersanding pun dok bercakap2 lagi..heheh.. tapi aku tak berkesempatan lagi bersembang ngan beliau..Jadi nak komen lebih2 tu takleh la..

*********************
Balik dari kenduri singgah jap di Carrefour Prai, hmm.. lama dah tak ke sini.. ada la 4-5 thn dah.. Masa jalan2 kat dalam carrefour tu, jumpa lak sorang mamat cina yg jual kamera Panasonic kat situ.. "haiyaa.. macam biasa nampak la.." aku dah alona terlopong jap..Blur.. "Ooo.. you yg kat PC Fair Taiping tu kan?" Alona tetiba teringat.. lebih kurang gitu la ayat2nya.. hehehe.. tak sangka mamat tu leh ingat lagi muka kami ni, padahal baru pertama kali jumpa kat PC Fair di Taiping pada bulan April lepas.. tajam betul ingatan beliau..

Hmm.. mmg tak byk perubahan kat carrefour ni, cuma aku dan alona rasa bahagian supermarketnya mcm dah diperbesarkan.. luas sgt.. beli la 2-3 barang kat situ termasuk la 2 bj kelapa pandan (yg dah dibuang sabut dan tempurung) dan roti baby potato..masa beli roti tu baru je kuar dari oven.. lepas bayar kat kaunter terus je makan..sedap ooo.. kalu pi carrefour mmg rasa nak beli lagi roti ni.. (lupa lak nak amik gambar roti.. hahaha..)



HAI..SALAM KENAL DARI ZAI....ORG UTARA GAK KA NIE????
Thu 10-Jul-2008 11:43
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 00:55 Email | Share | | Bookmark
Rombongan GSL ke Langkawi (1st Group)

baru sampai
apahal lak anak mus tu?
ini la kondo century suria
View all 99 photos...
Alhamdulillah, ni kali ke 3 kitorang menyertai GSL Family Trip ke Langkawi wlpn ini adalah trip GSL yang ke 4 ke Pulau Lagenda itu. Kalau ikut peribadi..ni kali ke 5 menjejakkan kaki ke tanah Mahsuri. Tak kisahlah..berapa kali p Langkawi pun tetap seronok. Takyah banyak songeh nak komplen..percutian ini GSL yang jadi penaja. Eloklah dari tak ada langsung.
Kitorang menyertai trip yang pertama dari 3 grup GSL staf.
Keseronokan kali ini lebih dari dulu sebab di Langkawi kali ni kami bebas mengadakan aktiviti masing2. Yang lebih menyeronokkan..percutian ini 100% ditaja, huhu. Barang2 yang kitorang beli kat sana kalau nak diikutkan..semuanya adalah ditaja selagi peruntukan yang dibekalkan tak abis..

Catatan ringkas..ringkas tak brp ringkas jgk laa, hehe:-
-Simpan kancil di loji GSL..naik bas persiaran ke jeti Kuala Perlis. Sampai awal kat sana sdgkan tiket feri yang telah ditempah pukul 12.30. Kat dalam feri..terdapat sedikit salah faham dengan rombongan Pej. Tanah dari Terengganu yang eksyen dengan baju2 SUKMA diorang tu. Sebabnya, pengurusan mereka tu tak cekap menguruskan tempat2 duduk dalam feri yang telah diberi kepada ahli2 rombongan mereka.
-Sampai jeti, sewa kereta masing2. Kitorang adalah antara yang terawal sampai ke lobi Century Suria Kondo, Kuah. Budak2 terus sibuk nak salin baju masuk kolam! huh..tak menyempat-nyempat..
-Petang, start shopping coklat kat Haji Ismail Group. Mata naik juling tengok beraneka coklat yang sedap2. Sempat singgah lepak minum petang kat sebuah gerai dpn Maybank Kuah. Budak2 makan nasik lemak. Perut last isi pagi tadi kat R&R Gurun. Sedap juga nasik lemak bungkus daun pisang tu.
-Pukul 7mlm dah naik lif p tgkt 4 Bayview Hotel. Makan BBQ kat tepi kolam renang diorang. Beraneka juadah disediakan. Semuanya sedap2. Sup cendawan dan roti garlic, beraneka dessert, ketam, ayam, daging, udang, ikan tenggiri yang dibakar..pergh! Abang meratah aje lauk2 tu. Tapi rugi juga..kitorang tak makan pulun pun perut dah kenyang..nak paksa2 sumbat sangat pun, takleh juga. Takmau laa jadi pacat yang kekenyangan sampai takleh nak bangun..jalan, hehe.



HARI KE 2
-Kitorang antara yang terawal turun sarapan pagi. Kalau lambat, takut tak sempat nak pergi jelajah Langkawi, huhu.
-Penjelajahan hari ini turut diserikan lagi dengan Haji Alias sekeluarga. Mula2 kami singgah di Nusantara Maju untuk membeli beraneka barangan gamat. Memang kali ini aku telah cipta rekod dengan membeli barangan gamat lebih RM100. Memang menggamatkan, huh! Antara brg2 tu ialah krim rambut gamat + myk kelapa dara, myk urut gamat + serai wangi, krim gamat + susu kambing, beraneka bam dan pati myk gamat. Beli satu jenis barang pun sampai 2-3 botol. Tapi dah guna beberapa hari barangan tu..Alhamdulillah la, nmpk kesannya.
-Lepas tu p kat area Pantai Kok. Singgah kat Petronas Quay, satu kawasan marina yang cantik. Naik tgkt atas..ada tempat kanak2 berunsurkan sains yang disediakan oleh Petronas. Mungkin boleh dikatakan mini PETROSAINS di KLCC. Maleh naik tangga, kitorang naik lif yang disediakan wlpun bangunan tu ada 2 tgkt saja. Bila dipikir2kan, mungkin ia disediakan untuk 1) org maleh nak naik tangga cam aku, hehe 2)utk org yang membawa barang berat, tak larat nak guna tangga 3) utk golongan OKU
-Bukan budak2 aje seronok berada di dalam tu untuk mencuba setiap permainan yang disediakan di situ tetapi orang2 tua mcm kitorang pun sama. Ada juga bbrp permainan di situ tidak ada di Pusat Sains Negara, KL..
-Pergi bergambar di rumah api di Pantai Kok.
-Ke kaki Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kabel ataupun gondola tergantung. Sebagai warganegara yang baik, huhu..tunjukkan mykad untuk mendapatkan RM10 potongan harga tiket. Otomatik..kanak2 dapat harga RM5. Dgn membayar RM45, kitorang terpaksa beratur pjg untuk menaiki gondola itu. Tapi dlm masa yang singkat, dgn pengurusan yang cekap..kitorang dapat menaiki gondola wlpn 3 tahun dulu tak dapat nak naik sebab cuaca buruk. Dengan sedikit hujan berserta angin..kitorang selamat sampai ke stesen paling atas. Balik nanti baru singgah kat stesen pertama tu..petua tu! Seronok betul berada di kemuncak pulau Langkawi tu. Menghirup udara nyaman, bersih dan menyegarkan. Menikmati segala keindahan ciptaanNya. Nasib baik ada gondola..kalau tidak, takde laa merasa berada di puncak gunung ni. Nak harap mendaki sendiri..haha, lupakan lah!
Disebabkan hari lembab..maka pintu ke titi gantung ditutup kepada orang ramai. Frust wo! bukan senang nak naik gondola lagi lain kali. Dah berpeluang macam ni, tutup pulak. Ralat!
-Naik gondola dan singgah ke stesen pertama. Dah alang2 tu..singgahlah. Rasa pulak macam mana perasaan berada kat situ. Dari kejauhan, kitorang nampak orgramai sudah mula menuruni tangga utk ke titi gantung. Apa lg? Naik gondola untuk ke stesen atas tadi balik! huhu, seronok naik gondola..gondola!
-Alhamdulillah, berpeluang juga kami 2 buah keluarga dari Taiping ini merasakan pengalaman berada di situ dengan izinNya. Bayu laut yang datang menerjah kami ketika di titi gantung itu sangat mendamaikan.
-Kat bawah..kitorang pergi ke Animal Garden. Seronok betul budak2 ni bagi makan karot kat arnab2 jinak tu. Walaupun masuk free tapi karot sebungkus RM1. Ingatkan manusia aje ada jual buah-buahan potong..arnab pun ada! Habis RM5 karot potong, singgah melihat ular sawa. Nak bergambar RM3..hehe. Bdk2 ni sempat laa tgk ular tu berak dan dibersihkan 'punggungnya', hehe! Ular ada punggung ke? wakaka
-Singgah makan tengahari pd jam 2 petang di Pantai Pasir Hitam. Pak Haji sempat borong ikan bilis kat situ.
-Terus ke Kuah untuk beli coklat lagi..Apa? Coklat lagi? huh!
-Balik apartment, budak2 dan bapak budak turun mandi kolam. Mak budak kemas2 brg. Esok nak balik dah!
-Malam makan di sebuah gerai di Kuah. Pi Samudera Shopping Fair beli seluar jeans along.



HARI Ke 3
-Kitorang adalah orang yang paling awal turun sarapan pagi. Ada agenda lagi hari ini!
-Singgah lagi di Nusantara Maju membeli bbrp krim gamat yang dikira tak cukup untuk dibuat stok, hehe.
-Singgah di Pemandangan Indah..wahh! memang indah pun. Leh nampak airport, nampak laut, nampak gunung..Sempat tengok kapalterbang air asia nak berlepas dgn jelasnya.
-Meronda sehingga ke Awana Porto Malai. Kat situ..pergilah beberapa kali pun..pemandangannya tetap cantik!
-Kitorang yang paling awal check-out. Yg lain-lain..ada yang masih shopping di saat-saat akhir masa sudden death! huhu.
-Singgah Idaman Suri..Singgah tu mesti, beli barang tak semestinya, huhu. Tapi beli jugalah walaupun bukan pinggan mangkuk 1 set tu, wakaka. Dpt lah 8bj pinggan techno..
-Sempat masuk Kota Mahsuri. Dah dipercantikkan lagi kawasannya. Bayaran pun dah naik. Skang RM5 dewasa, RM2.50 kanak2. Handycam RM5. Tapi nasib kitorang baik sebab tak ada penjaga tiket kat pintu masuk. Jadi redah aje tak bayar pun tiket untuk handycam, huhu. Kat dalam tu nak masuk tandas pun kena bayar, nak masuk muzium Diorama Mahsuri pun kena bayar! Ingatkan semuanya pakej! Di dalam ada makam Mahsuri, telaga, suasana kampung dengan bbrp biji rumah kampung. Sejuk mata memandang. Masuk muzium Mahsuri pun tak round habis..masa mencemburui, haha. Ada lg tempat nak dijelajahi, nk tgk perubahan kt situ..tapi tak berkesempatan.
-Dah serah kereta, naik feri kul 4ptg.
-Bas jalan 5.20 ptg. Singgah R&R Gurun jam 7mlm. Sampai umah 9.30 malam.
-Habis dah percutian trip yang pertama ini. Trip ke 2 dan ke 3 pulak sedang membilang hari.


masa pekena sheesha kat restoran arab, masih ok,biasa lah cakap sikit2 tu tak berapa betul, tapi bila masuk gua bintang badan dah melayang, kelakar betul otak dah ditipu oleh suasana,try lagi dgn penuh keyakinan boleh betul tapi dak juga, inilah kena pertingkatkan iman jangan kena tipu lagi ha. ha ada yg ketahab kronik. kah kah.kah
Mon 30-Jun-2008 04:48
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
wakaka..macam betul2 aje kedua-duanya tu isap Shisha. Padahal eksyen kat depan kamera aje tu. Jadi..kepada sesape yg tgk gambar tu..anda juga tidak perlu tertipu dengan aksi EN. A & F (bukan nama sebenar) tu tau! huhu..Nak sangatlah org tak isap rokok nak perabih duit dengan mende2 tak berfaedah tu..hehe
Fri 4-Jul-2008 01:19
Posted by:alona
Add comment


Thursday, 12-Jun-2008 02:56 Email | Share | | Bookmark
wajah

 


Ada sesiapa kenal muka ni? wajahnya yang sungguh misteri..hehehe..

ni yg malas no komen , takun mengata orang, bershukur kpd Allah atas apa kurniaNya. Asal kita dlm gulungan hamba yg beriman.
Thu 12-Jun-2008 06:19
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
Dalam wajah tersimpul rahsia, rahsia makhluk dan rahsia pencipta, dalam wajah ada dua, cuma yg mengenal dapat meneka..
Fri 13-Jun-2008 01:05
Posted by:wak mustar  - [Link]
Add comment


Monday, 12-May-2008 03:13 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Ibu..

mak dan panda


Semalam adalah merupakan hari lahir mak yang ke 67..dan yang speselnya semalam juga adalah merupakan Hari Ibu Sedunia.. hari untuk ibu-ibu seluruh dunia..
Semoga mak dianugerahkan kesihatan yang baik, kebahagiaan rohani dan jasmani serta dimurahkan rezeki.. Terima kasih kerana telah melahirkan, membesarkan, membahagiakan kami selama ini seadanya.. Pengorbanan mu sungguh tak ternilai..

Peace

sedih lak tgk gambar Panda ni.. Kucing kesayangan mak ni dah mati pada 18 may lalu akibat sakit batu karang.. Al-maklum..
Tue 20-May-2008 03:00
Posted by:alona  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Apr-2008 01:19 Email | Share | | Bookmark
Balik Bentong

akiss seronok dapat upah!
ni muka-muka tai-ko selepas serang pejabat cina tu, huh!
Ni pulak tukang meramaikan lagi
View all 46 photos...
25hb selepas dah basuh baju sekolah anak2 dan anak2 dah basuh kasut sekolah masing2..dalam kul 3petang kitorang balik Bentong. Kali ni bertujuh campur Tomei dan Nobi. Satu pengalaman baru bawa kucing balik Bentong. Melayani karenah anak-anak kucing..ok juga.Sampai sana dah kul 8 malam pun.

Sabtu ingat nak wat rak stor bilik atas umah mak tu..tapi mak ngan ayah harap sangat kitorang ikut jugak mereka serang pejabat Cina kat kuchai lama tu, hehe. Pi umah busu dulu kat Petaling Bahagia. Mamam nasik..Selepas acara cari pejabat, kemudian jumpa dan selesai pula acara serang-menyerang tu..ayah belanja makan mcD pasal dia dah senang hati dapat balik duit dia. Balik tu ikut pulak ayah pi kg. baru, KL cari peluru senapang. Tapi ayah hampa pasal kedai peluru tu dah tutup laa pulak! Ayah kata kalau tak dapat kat Raub..kena perbaharui lesen kat balai polis, kena rm2.

Pagi Ahad tu..kitorang p kebun getah ayah. Ayah dah pegi awal sebab noreh. Kitorang pegi lambat sket dalam kul 9. Sampai2 situ terus mamam pagi dulu. Best dok situ. Segar aje mata dan otak ni ngan kehijauan dan deruan air bukit. Tapi tengok ayah menoreh dari satu pokok ke satu pokok, menuruni bukit, memerah keringat berhempas pulas mencari duit..terasa sayu aje.

Ehem!!..sambung citer balik. Abang memang dah bawak joran dari Taiping sebab nak soh anak2 rasa pengalaman mancing kat situ. Kalau kat kuala Gula tu..takde tempat redup. Nak dapat ikan kena berdiri tengah-tengah panas..sian pulak kat diorang.

Abang mancing tak lama dah dapat ikan. Tapi along dan angah makan masa lama gak la. Bila angah dah dapat dulu..along macam down aje. Angah pun angah laa..suka sangat mengusik along tu. Bila ibu, abah, atuk dan wan bagi semangat..dia mula fokus. Bila dah dapat seronok laa dia. Kitorang ni pun lega..hehe. Kalau tak kang kesian laa pulak. Lepas2 tu ada laa budak2 tu dapat lagi beberapa ekor ikan talapia.

Aku sebok mengorek anak pokok ulam serai kayu. Nak tanam kat tepi umah. Harap2 idup laa. Jenuh bawak dalam keta kecik tu, huhu.

Abang pulak sebok membakar ikan. Nak soh anak2 tengok real macamana Man vs Wild tu buat, hehe. Tapi kena guna mancis gak laa..tak guna batu untuk hidupkan api. Mula-mula masalah gak kat ikan yang besar tu sebab buluh yang mengepit tu jadi kendur tapi bila tukar buluh lain..akhirnya masak laa gak ikan tu. Walaupun takde letak sebarang perasa atau dicicah ngan kicap..enaknya ikan tu tak terkira. Manisnya..maklumlah segar dari kolam, wakaka. Angah laa paling suka makan ikan tu. Sekor yang kecik sket dia dah mamam sorang2. Pastu datang lak kongsi yang besar punya. Tomei dan Nobi pun berebut-rebut makan ikan tu..berbunyi-bunyi depa makan. Macam budak-budak dapat aiskrim..huhu.
.
Budak-budak ni kata..kalau ada ayahngah lagi best!

Dalam kul 4 petang kitorang balik Taiping.

eh-eh..tak caya lak dia. Tul laa budak2 tu ada kata cam tu. Dari taiping lagi akis dah tanya ayahngah. Sampai umah wan pun dia tanya. Masa kat mc donald pun dia ada cakap. Kat kebun ayah tu angah pun ada cakap jugak. Along aje susah nak cakap.
Ikan kat lawas tu lain. Ikan atuk lain sebab dibela dengan penuh kasih sayang. Tu atuk ngan awak sendiri kesian nak makan..apalah?
Wed 14-May-2008 02:12
Posted by:alona
hehehe..budak2 tu ms ayahngah xde je sebok tanya.. masa ada, haram x heran pun..hahaha..
Sat 17-May-2008 14:19
Posted by:adikpekan adikpekan@yahoo.com
laaa.. kalu dah ada kat depan mata takkan le nak tanya lagi..
Tue 20-May-2008 09:05
Posted by:alona  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Sunday, 20-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
D.I.Y: Repair bumbung

along tgh cek bumbung yang telah di repair Apeng sebelum ni..
Pinggan Astro rumah ku..hampir di selubungi pokok Pelam..
bumbung umah kak Nor
View all 12 photos...


Jarang sangat orang buat entry pasal atas bumbung ni.. Ini adalah antara gambar2 semasa aku dan Along naik ke bumbung rumah untuk repair bumbung bahagian dapur baru yang bersambung dengan dinding yang dulunya bahagian luar rumah.. Dah cakap kat Apeng tapi biasa la dia tu.. kalu projek kecik2 camni dia ingat tak ingat je.. padahal dia yang punya pasal.. bila hujan lebat berangin je, meleleh2 air turun di dinding dari sambungan bumbung tu.. alih2 aku amik keputusan repair sendiri je.. pagi tu aku dan alona pegi hardware dan beli zink dan paku.. mahal gak zink ni.. habis la jugak dekat rm50..
Dengan tangga kayu yang agak goyang2 tu aku dengan tak berbajunya dan Along naik ke atas bumbung..Saje je bawak Along tu teman aku kat atas tu.. latih kemahiran hidup sikit.. moga jadi kenangan kat dia kemudian hari.. Along yang baru first time naik agak gayat gak.. Nampak sangat la gayat bercampur takut kat muka dia tu.. mungkin sebab tak konfiden atap genting tu leh tampung berat dia kot.. . Tapi bila dia nampak abah dia steady je jalan atas bumbung tu baru la dia agak berani skit..
Alhamdulillah.. selepas aku taruk zink tu, takde la bocor lagi bumbung umah aku semasa hujan lebat..

Terima kasih, yang..sebab repair bumbung tu. Takdelah nak kena letak kain buruk dan mop air yang meleleh dan bertakung kat dapur tu.

Mengenali ibu kucing beranak 9 ekor sekali bunting tu telah menjadi satu kenangan yang amat indah. Kerananya..baru aku dapat menyelami sehalus-halusnya dan sedalam-dalamnya emosi yang berada di dalam diri ini. Alhamdulillah.
Wed 7-May-2008 03:46
Posted by:alona
Add comment


Monday, 14-Apr-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
Aku dan Sesuatu..

di sebalik tingkap
lepak kat Bukit Larut..
zoom out..
View all 16 photos...


Hmm.. gambar2 ni mostly ialah pada hari yang sama dengan Hari Along berkawad tu..Sambil menunggu along abis berkawad, kami berempat macam biasa la.. berjungle tracking dulu di Bukit Larut.. kasi pecah peluh skit..Lepas tu kami makan2 di Masa Catering (tempat favorite kami.. sedap dan harga berpatutan..). Lepas makan barulah kami ke sekolah Kg. Boyan tu, jengok Along.. rupa2nya dia dah abis kawad.. naik berkilat dah muka dia sebab asik berjemur je..huhuhu.. Tanya kat along " nak balik tak?".. Dia jawab "ibu ikut belakang trak sampai Sekolah KE.." Hehehe.. tak senonoh betul budak ni.. seronok pulak naik trak askar.. Bapak dia dulu sampai tak lalu dah naik trak..takpe la ,bukan selalu..
Sambil nak tunggu lagi tu kami ke Giant jap.. makan aiskrim dan ronda2 kat situ sebab kat luar masa tu panas terik beb..Lebih kurang kul satu kami semula ke sekolah KE2 ,Alona yg drive sebab aku dah ngantuk sgt dah.. tertidur jap dalam keter.. sedar2 alona dah sumbat mulut aku dgn straw.."air kelapa", katanya.. Laa.. dah sampai Bukit Larut rupanya .. along tak sampai lagi..boring tunggu situ.. Alona snappy2 la skit apa yg patut.. cahaya cukup.. gambar pun cantik katanya.. hehehe.. Tapi sebelum tu ke Taiping Headwork (tempat keje aku kat Bukit Larut) jap utk repot talian talipon rumah yg rosak..Pukul 2pm baru sampai umah..
Malam tgk AF6 plak.. persembahan byk yg hancur.. boring.. ambil kucing 3 ekor tu masuk umah.. lagi terhibur hati ini tgk gelagat kucing dari tgk AF.. huhuhu.. Hmm.. malam tu Faisal yg terkeluar..

Alona (Ina pangilan semasa kami satu pejabat dulu) tak takut ulat gongok ke? teringat saya masa sama pejabat dulu saorang pekerja wanita (tak ingat nama dah) telah tangkap ulat gongok dan mendawa penceroboh.. he.. he celah akag kayu kan banyak ulat2 begini setidaknya cengkerik...
Tue 15-Apr-2008 03:42
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
Kami dah byk kali jumpa ulat gonggok gergasi ni kat Bukit Larut.. Dia ni tak bahaya .. seronok tgk.. mcm keretapi je merayap..
Wed 16-Apr-2008 01:03
Posted by:wak mustar  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.