Want your
own Fotopage?








 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Sep-2009 03:10 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2009: Raya ke 2

singgah kedai spek dulu, tak best raya kalau spek senget..
apa saja la si angah ni..
atok dah cop dulu tempat ni..jgn sesapa duduk..
View all 40 photos...


Ok.. sambung lagi.. laa.. tak abis2 lagi ke citer raya ni..hehehe..
Ni hari ke 2 Syawal.. kalau semalam tu kami ke pantai timur, hari ni kami nak 'menjelajah' dan menerjah ke arah pantai barat lak.. tapi takde la sampai pantai pun..
Sebelum kami menjelajah lebih jauh kami singgah dulu kedai spec William Optical yg terletak di bandar Bentong.. tapi bukanlah singgah beraya kat kedai cina tu, raya cina pun lambat lagi..tujuannya nak betulkan spek along yg dah hilang pelapik hidungnya.. tak selesa la along raya2 pakai spek camtu..alang2 singgah tu, maka yg lain2 pun turut servis spek masing2 kat situ.. yg bestnya servis kat sini semuanya FOC.. regular customer maa..
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke arah K.L.. Tempat pertama yg menjadi tempat singgahan raya kami ialah rumah mak angkat Alona di Selayang.. Dulu semasa alona bekerja di KL, dirumah makcik ni lah tempat alona menumpang.. anak makcik ni, zahida ialah kawan satu sekolah alona dulu2.. Tapi bukanlah rumah yg ada dlm gambar ni.. rumah yg dulu tu dah takde.. dah direnovate hampir 100%.. cuma tapak rumah aje yg masih ori.. Lama jugak la kami lepak kat rumah ni.. dari makan kuih-muih sampai la makan nasi tomato dan nasi jagung.. bertungkus lumus zahidah dan makcik2 tu masak.. terima kasih ye..kat umah tu aje dah penuh perut kami ni..(kecuali padel la pasal dia spare perut nak makan kat umah Pak Long Senin nanti..)
Seterusnya kami ke Meru pulak iaitu ke rumah Pakngah Amir.. rumah pakngah ni terletak di jalan kopi.. Kebetulan Pakngah pun baru je dpt cucu baru.. anak Adda.. Tahun ni kat umah Pakngah takde jeruk.. kempunan la alona yg dari tadi meleleh air liur terkenangkan jeruk di umah Pakngah..Lepas abih di rumah Pakngah kami teruskan perjalanan ke Klang.. nak terjah umah Pak Long Senin yg terletak di Kg. Jawa.. punya la jauh rasa nak sampai kat umah paklong ni.. manataknya.. kat bandar Klang tu dah tak mcm sebelum ni.. (ni kata ayah dan padel la.. aku mmg tak reti .. ikut navigator aje.. hehehe..), sekarang dah byk jalan sehala.. pusing punya pusing situ jugak.. pusing punya pusing jugak situ..aku rasa kalau pusing 2-3 round lagi mau kami boleh ckp tamil kot..hahaha.. ye la kawasan tu kan dikenali sebagai 'Little India'.. selama ni aku ingat org akan sesat dalam hutan atau laut je.. tak sangka kat bandar yg byk papan tanda ni pun leh sesat berpusing-pusing camni.. huhuhu..
Kat umah Paklong Senin ni tak lama jugak.. sebelum balik tu dpt la sampel kopi Rabbani dari paklong dan buah2 sukun yg mmg sedang byk kat pokok depan umah paklong tu..
Sedap oo.. nasi impit makan dgn rendang ayam kat umah paklong tu.. rugi la padel dan alona tak makan.. diorg tengok je aku makan...apsal ekk?? kenyang sgt ke makan kat umah zahida dan pakngah tadi? Atau sebab pening berpusing-pusing tadi?
Balik dari umah paklong tu kami takde rancangan ke mana2 dah.. terus je menghala ke KL..singgah sebentar di Tesco Extra Jln Ipoh tu utk shopping skit barangan dapur. Masa kuar dr Tesco tu, hari pun dah gelap.. kami masuk lebuhraya KL-Karak. Kami singgah McD yg terletak di stesen minyak Shell sebelum tol booth tu.. Dah kenyang isi perut kami pun blah balik ke Bentong..

wah, meriah raya rasanya melawat ramai sedara mara Sat 17-Oct-2009 02:01
Posted by:shaza  - [Link]
ala.....

tak best nie.....turun KL tak bagi tau kita...

kalau tak boleh jumpa semua...menci menci menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
Mon 19-Oct-2009 15:36
Posted by:salleh @ starbucks  - [Link]
Bila nak ke Batam Wak...... Fri 23-Oct-2009 13:55
Posted by:Wak kumis
View all 8 comments Add comment


Sunday, 20-Sep-2009 07:18 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2009: Konvoi Raya

wan tgh kait moktan, along buat shuffle kat bawah..
kombinasi pose lentok dan dendam tak sudah
gini la akiss bila dpt kucing
View all 31 photos...
OK.. entry kali ni aku fast forward skit la ekk.. Selepas je sesi photoshoot terbabit kami pun terus ke umah Paklang Jama.. Kat umah paklang tu sempat la kait buah moktan.. dan alona pulak sibuk nak kan buah koko masak .. huhuhu.. mcm ngidam la pulak..



Lepas tu kami meneruskan konvoi kami menuju ke Temerloh..kira mmg karib la myvi dan kancil pada hari tu.. kemana myvi singgah disitu la ada kancil..hehehe.. singgah beraya kat umah Paklang sebelah Dayah.. org panggil cikgu Mail..mempunyai hobi yg sama ngan ayah..hehehe.. Agaknya mmg dah plan dah kot.., mak dayah dan abg dayah pun ada sekali kat situ.. jadi senang la.. kira one-stop aje la kan..



Dari situ kami terus ke Sg. Pancing nak lawat sedara ayah yg alona pun tak pernah pergi lagi rumahnya..selalu dgr citer je.. sesi terjah la kononnya ni.. tapi bila kami sampai dirumahnya, tuan rumahnya takde.. hmm..jadi sesi terjah yg tak menjadi.. huhuhu.. Pastu kami pun teruskan konvoi kami ke Pekan. Kat Pekan ni mmg ramai la sedara2 sebelah ayah kat sini.. tapi yg biasa kami pegi ialah umah pakcu ni la..Kalau kesini mesti nak pekena lemang dan tapai pulut berbalut daun getahnya yg mmg marbeles tu..




Selepas abis beraya di Pekan tu, kami kembali lah semula ke Bentong..

tamat sesi konvoi raya pertama

rumah panjang + konsi pekerja kontrak, empunya rumah tu nak jimat cos , dia buat berperingkat jadi tiada lah bahan yg terbuang. Thu 8-Oct-2009 00:40
Posted by:badungcamp  - [Link]
tapai dlm daun getah tu feberetttt
mak kita selalu gak wat bila raya...
Thu 8-Oct-2009 04:03
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
as-salam.......
unik nyer tentang umah tu
saya rasa sbb sebelah
kayu sebelah lagi batu.....
tul x wak.....?
Thu 8-Oct-2009 10:24
Posted by:Kurie  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Sunday, 20-Sep-2009 03:54 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2009: Photoshoot

da making of..
grup hijau..
alona, adik dan ayahbonda
View all 12 photos...


Rasanya tak best plak raya kalau tak buat sesi photoshoot ni kan.. hehehe.. Ye la.. bukan selalu nak pakai camni kalau bukan pada hari raya.. sedondon lak tu..
Pada tahun ni sesi photoshoot ni kami buat kat Kg Keruntong, Lebu.. Rumah tempat alona dilahirkan dan dibesarkan sampai darjah satu.. Rumah tu sekarang diduduki oleh Chu Saadiah.. Masa kami ke situ Chu takde sebab balik kampong Pak Chu di Perak..



MANA.......MANA.....gambar Wak melompat dgn Alona .....

Bagusnya pakai hijo ni bila nak terkucil masuk semak orang tak nampak...He he he..

Maafkan Wak ler masih berayerr.....
Mon 5-Oct-2009 06:52
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Re:Kalau Wak ada iras MGR pun tak laku sebab Wak tak tau baca diolog dorang ......

Nanti yg keluar Hai mambang api mambang air mambang tanah ,mambang c mambang Mustar..........
Mon 5-Oct-2009 06:56
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Rayo yg ado...
adonyo rayo....
Mon 5-Oct-2009 16:43
Posted by:Mr aMin  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 20-Sep-2009 03:05 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2009 - pagi 1 syawal

ni mercun bungan teratai..
teka sapa yg main bunga api ni?
angah ni tau buat bentuk bulat je la..
View all 26 photos...
Mmg sepanjang bulan syawal ni hajat aku nak post gambar2 raya je.. hahaha.. Kalau nak ikutkan mmg aku nak lambakkan je gambar2 tu kat sini tapi bila2 difikir2kan balik biarlah aku story slow2.. nanti dah takde bahan lak kan.. leh tak gitu? Huhuhu..

Pre-raya
Ni kisah sehari sebelum raya la.. sambungan dari entry sebelum ni.. sampai je kat umah.. mandi lebih kurang aku pun menidurkan diri lagi kat bilik ujung umah mak tu. Bilik ujung ni mmg spesel skit.. sebab kalau tidur kat bilik ni.. kalau terjaga pas tu sure tak tahu samada time tu siang atau malam.. Hehehe.. best tak? Aku panggil bilik ni 'bilik gelap'..
Tapi takde la sampai malam pun aku tidur.. terjaga lebih kurang kul 10pagi.. Mmg kalau ikut mata mmg rasa nak tido lagi, tapi maleh la nak layan sgt.. Keluar je bilik aku nampak umah mak tu dah dipasang ngan langsir2 baru dah.. Aku layan tv jap.. Bila dah boring ngan tv aku join ayah memotong daging kat dapur sambil borak2..
Malam tu layan anak main bunga api jap.. pastu aku layan tv lak..(spt dlm gambar tu la..)

1 Syawal 1430
Pagi Syawal tu kami beramai2 ke masjid berdekatan utk solat sunat aidilfitri.. jalan kaki je sebab masjid dekat.. Ayah jadi bilal pada pagi tu..Lepas solat balik umah jap.. ayah ajak ke umah imam Ramli lak.. Kat umah imam tu ada la buat tahlil dan takbir raya.. makan2 tu semestinya la..
Lepas tu balik ke umah semula.. Kat umah kami beraya sesama seisi rumah, bermaaf-maafan dan halal menghalalkan.. Time tu Padel dan akis lak pegi ke Bentong jap..ada hal skit kata padel.. Lepas beraya tu, kami ke umah makndak yg terletak selang bbrp buah rumah je..
Bila balik semula ke umah , padel dan akis lak sambung beraya.. .. Leh sambung2 lak ekk.. Mcm fp ni jugak la.. bersambung..

tak sah raya kalo tak main mercun Fri 2-Oct-2009 10:46
Posted by:blackrobe  - [Link]
waahhhh...........
serba hijau sekeluarga.......
ni kalau susun rapat rapat...
dah macam pisang setandan nie.....
he he he...

(note: pesanan untuk laona : makan kacang nanti jerawat keluar...kurang cun ! keh keh keh)
Sat 3-Oct-2009 17:08
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
serba hijau korang ye... cantik2...hehehe... Sun 4-Oct-2009 14:19
Posted by:watie  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 18-Sep-2009 08:53 Email | Share | | Bookmark
Kisah Balik Beraya..

alona sedang memeriksa 18 kunci di pintu tu sebelum berangkat..
berbuka di hentian sg. Perak
alona, along, akiss dan jambu di Tapah..
View all 7 photos...
Bila melihat gambar2 raya yg bertimbun kat pc ni hati dah mula rasa berat utk update fp.. namun ku pujuk jua diri ini agar aku mulakan meng'update' walaupun cuma sedikit.. huhuhu..

Ini kisah balik raya.. Pada tahun ni ialah giliran kami beraya di kampung alona iaitu di Bentong.. Perjalanan bermula pada petang Jumaat 18 Sept pukul 6pm.. Visinya supaya dpt sampai Bentong awal skit memandangkan raya berkemungkinan jatuh pada hari Ahad.. Tomei dan Nyu awal2 lagi aku dah serahkan kat mak utk menjaganya..

Sampai di Hentian Sungai Perak lebih kurang pukul 7pm..Hujan pulak tu.. time tu dah ramai dah yg parking kat situ.. pusing punya pusing dpt la satu pondok kosong..Lepak la sekejap kat situ sementara menunggu waktu maghrib dan waktu berbuka puasa..Sementara menunggu tu alona pi beli air minuman panas jap manakala aku dan anak2 siapkan tempat dan membuka bekalan2 yg mmg dah alona sediakan dari rumah.. Memandangkan sebelum tu hujan lebat, tempat duduk tu basah la skit.. kami cuma bawak surat khabar lama je.. jadi pandai2 la nak idup.. Dah dekat waktu berbuka, sampaila 2 family lagi kat tempat kami berlonggok tu utk berbuka puasa.. 1 famili tu dari Perlis nak menuju ke Kuantan.. duduk satu pondok ngan kami, yg satu famili lagi cuma berbuka dalam van je.. Satu pengalaman yg menarik juga.. lebih2 lagi berbuka tatkala hujan lebat.. huhuhu..

Dipendekkan citer sampai la kami kat R&R Tapah.. berehat jap kat situ.. buang air dan tambah air.. makan jambu..betul2kan urat.. nak makan perut rasa kenyang lagi.. Memandangkan perjalanan masih jauh, maka perjalanan pun diteruskan.. Mmg lancar la perjalanan sebab kami menuju ke selatan.. kalau menghala ke utara mmg nampak agak perlahan.. berderet2 lampu kereta menghala kearah yg bertentangan ngan kami..

Sampai exit Tanjung Malim, alona dpt sms dari ayah yg beliau tak larat sebab ambil buluh lemang siang tadi.. dia minta kami yg menjemput padel dan dayah di KLIA yg dijangka sampai pada pukul 2 pagi keesokan harinya.. Aku dan alona OK je..
Tapi bila kami sampai di Genting Sempah, keadaan dah berubah.. jalan KL-Karak tgh jem giler. Kami dah mula gelabah sebab takut tak sempat ke KLIA nanti..jam dah menunjukkan kul 10 lebih.. Hasil dari komunikasi antara alona dan ayahnya maka keputusan pun dibuat agar kami cuma menunggu di Bukit Tinggi saja..

Setelah sekian lama menunggu di Bukit Tinggi tu, akhirnya ayah dan mak pun sampai la dgn myvi putihnya.. Padel lak sms kata flightnya delay 30min.. Jadi kami pun amik keputusan utk pekena dulu kat warung berdekatan sambil gebang2..Dah cukup time, pertukaran kereta pun dilakukan, ayah membawa Kancil balik ke Bentong manakala aku dan alona menaiki Myvi menuju ke KLIA..

Pejalanan ke KLIA agak lancar.. kami sampai ke sana lebih kurang pukul 2 pagi.. keadaan di KLIA pun agak lengang gak time tu.. oleh sebab masih ada masa, masa yg ada tu aku penuhkan dgn menidurkan diri dlm keter sambil alona merayap2 kat dalam bangunan KLIA tu.. Lebih kurang pukul 2.45pagi nampak la kelibat fadel dan dayah sedang mengheret bagasi menuju ke arah kami..

Tempat drebar diambil alih oleh Fadel.. aku kat belakang mmg dah takde keje lain.. melelapkan mata tapi bukanlah tidur sgt pun.. dengar jugak apa yg fadel dan alona tgh sembang2.. huhuhu
Singgah sahur jap kat R&R Dengkil.. makan nasik lemak panas je.. Sebenarnya aku time tu tak lalu sgt nak makan tapi mengenangkan esok kena berpuasa lagi sehari maka kutelan la juga nasi lemak terbabit..
Lepas tu sambung la lagi perjalanan.. terlelap pulak aku kat belakang.. sedar2 dah sampai lebuhraya Karak.. masih jem mcm tadi.. berdenyut2 je kereta.. ada beberapa kereta aku tgk dah parking kat tepi jalan.. ntah rosak ke atau pemandunya nak tidur.. . Dah nak masuk waktu imsak, alona hulurkan aku air.. Sampai di Bukit Tinggi Fadel memasuki jalan lama menghala ke Bentong.. Jalan yg dilalui ayah masa balik ke Bentong tadi.. Jalan tu mmg tak sesak..

Sampai di Taman Desa Damai dah pukul 7 lebih.. Hmm.. mmg hari itu dalam sejarah.. dari Taiping pukul 6 ptg, sampai bentong pada pukul 7 esok harinya.. 13 jam beb..

'Mata berpasir'.. kata alona..

salam syawal wak , alona dan alahai segala masyarakat umah tu...

membaca cerita yang panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang nie
membuatkan aku berkongsi rasa
kelambatan dan kelamaan
perjalanan balik kampung

tapi tak per...inilah yang dikatakan bagai lirik lagu raya Sudirman

"balik kampunggg....ooo...ooo...ooo.....balik kampung.....Hati giranggggggg"

err....girang ker ? tak pulak wak tulis kannn ? he he
Wed 30-Sep-2009 11:41
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
hahahahah seronok nye la kan... even masa kejadian...tensen.. tahun ni xde pangalaman balik kampung utk beraya.... klu ade pon..raya ke3.. xde utk dkongsi... mcm balik weeknd biasa......

re: aah la wak... wak perasan ekk asyik udang je.. wahahahahah sarip suke udang...
Thu 1-Oct-2009 07:32
Posted by:sirap bini sarip  - [Link]
panjang sungguh kisah balik raya... kami hari tu pun balik raya.. gerak jumaat malam sabtu... dari tol gombak kul 12.30..sampai jengka 4.30.. sedang elok la singgah sahur makan nasi lemak. Sun 4-Oct-2009 14:14
Posted by:watie  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 15-Sep-2009 04:07 Email | Share | | Bookmark
Tempat tepek kad Raya..

 
 
 
View all 11 photos...
Ni la kad2 raya kawan2 fp yg sempat aku kutip dan ku tepekkan kat sini.. Haa.. zaman sekarang ni mcm terbalik sikit, penerima kena amik sendiri dari pengirim.. hehehe..












SELAMAT HARI RAYA GAK DARI ZAI,MR'T' DAN BB AKIF...

SEMOGA SELAMAT DLM PERJALANAN BALIK RAYA,,,
Fri 18-Sep-2009 10:38
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Selamat Selamat selalu,Selamat Hari Raya..

Kad penganti diri buat orang yg selalu di ingati.............Meow......
Thu 24-Sep-2009 16:03
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
salam aidil fitri wak Fri 25-Sep-2009 08:03
Posted by:man  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 14-Sep-2009 01:02 Email | Share | | Bookmark
Kad raya

kad raya


Kehangatan Ramadhan masih bersisa namun kehadiran Syawal kian terasa.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir dan Batin..

Kepada rakan2 fotopages yg singgah di sini.. sudi2kanlah ambil kad ini ye..aku buat simple2 je..nak cepat.. hehehe.. sebagai tanda ingatan dan ikatan persaudaraan sesama kita di alam cyber ini.. Terima kasih..

Salam Wak
Harap sihat sejahtera disamping keluarga tercinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari abg meor & family
:: Kad raya Wak abg meor dah gantung
:: Mai la singgah ambil kad raya dari abg meor pula
Mon 14-Sep-2009 04:35
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
wahhh...bukan main hensem semua berbaju melayu nie..
err..tahun nie wak kena bagi aku duit raya
aku nie blum kahwin..kira budak teruna lagi...
wak suka makan biskut raya apa wak?
Mon 14-Sep-2009 22:32
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Gambar kat kad tu..baju raya tahun lepas ler..
Tahun ni kaler lagi gempak!!! Tp tak gi berambek pun lagi...huhu..
Tak siap ke ntah tak lagi tu..aduiii..Tu ler bahana tak reti jahit baju sendiri..
Tue 15-Sep-2009 04:16
Posted by:ALoNa  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 8-Sep-2009 02:55 Email | Share | | Bookmark
Kumbang Taik yg Gagah..

 



video di atas ni aku amik semasa aku keje kat Taiping Headwork.. Mmg tiap2 pagi selasa aku akan ke sana utk menjalankan tugas yg telah dirutinkan ke atas aku.. huhuhu.. Kat sana ada satu tempat yg aku kena pergi 300m dari pejabat..mendaki lak tu.. Kalau diikutkan aku boleh naik motor je.. tapi aku ni suka jalan kaki utk naik ke atas tu.. bukan apa, selain dpt exercise aku pun leh menikmati pemandangan dan berpeluang melihat kelibat unggas2 yg aku jumpa di sepanjang perjalanan..
hari ni semasa aku berjalan turun aku terserempak pula dgn makhluk ni.. Mula2 tu aku cuma nampak satu 'benda' yg bergerak2..tergolek sana sini.. tapi setelah aku amati dgn melihat lebih dekat baru la aku nampak siapakah yg menggerakkan 'benda' tersebut.. Walaupun namanya dan apa yg ditolaknya itu satu benda yg kotor tapi itu bukanlah satu isu..(indah water patut ambil kumbang ni jadi ikon diorg.. hehehe..) aku sebenarnya kagum dgn kekuatan yg dimilikinya.. Subhanallah.. bayangkanlah kalau saiznya sebesar kita, agaknya kalau setakat kayu balak 5-6 pemeluk tu pun senang2 dia boleh tolak ..


Gambar kumbang taik atau dung beetle ni aku dpt dr sumber lain.. Rupa2nya bila aku google kumbang ni baru aku tau terdapat beberapa jenis dung beetle ni.. warna pun bermacam2.. yg aku jumpa ni lebih kurang dlm gambar ni la.. ada warna merah2 skit..

kat umah aku pun banyak kumbang ni, dia tolak taik ayam, kira2 ok lah kan, dia adalah mahluk pembersih yg iklas. Wed 9-Sep-2009 08:15
Posted by:badungcamp  - [Link]
huh besaq sungguh "Stone Cool" (setunggul) tu..kuat sungguh..gigih..
Sun 13-Sep-2009 03:46
Posted by:<<man>>  - [Link]
selalu je jmp kumbang ni...
tp terkedu jap..lps tgk dokumentari kt tv1 aritu... pasal... KUMBANG TAIK....
errkk adakah time sy pegang tu...kumbang tu bersisa2 taik???? haih.....
Sun 27-Sep-2009 06:59
Posted by:sirap bini sarip  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 2-Sep-2009 03:14 Email | Share | | Bookmark
'Tembak-tembak' Ramadhan

langit Ramadhan
matahari tak naik lagi dah nak pi keje..
beli agar2 di pasar Ramadhan..
View all 34 photos...
Haa.. kalau kat TV sibuk sgt dgn rancangan ketuk2 Ramadhan, aku pulak sibuk dgn aktiviti tembak2 Ramadhan.. hehehe.. takde la sibuk mana sgt pun, mana2 yg aku teringat nak tembak tu aku tembak la.. ikut mood aku je..

Ini la diantara aktiviti2 aku dan famili yg sempat aku tembak, dari first puasa sehingga la semalam..nak citer byk rasa letih pulak.. korang layan je la gambar2 kat atas tu..nanti korang akan paham la.. kalau tak paham korang leh tanya kat bahagian komen kat bawah ni.. senang skit keje aku.. hehehe..





Wak masih rajin menembak walaupun letih berpuasa......

Wak Kumis dah tak larat sebab kerja sampai mlm sehari suntuk,ini komen lepas sahur sebelum malaikat subuh rembat Wak suruh sembahyang subuh.....
Thu 3-Sep-2009 22:00
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
la igatkan tembak guna meriam buluh, ingat mase kecik kecik bila bulan pose je kami sebuk dengan cari buluh beting buat meriam utk menembak Fri 4-Sep-2009 04:16
Posted by:badungcamp  - [Link]
mcm2 tembakan ade.....
best tgk....

trtarik dgn giliran utk memotong tu hah...motong ape lah agaknya....
Wed 16-Sep-2009 22:38
Posted by:nurul  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 24-Aug-2009 02:06 Email | Share | | Bookmark
Antara Kebiasaan dan Keterujaan

 
 
 
View all 12 photos...





Bila aku mengimbau kembali zaman era 70'an dulu, teringat lak aku time kecik2 dulu.. time tu rancangan TV bermula pukul 5 petang.. TV pun hitam putih je.. zaman tu ada TV pun dah kira bagus.. Sementara nak tunggu pukul lima tu biasanya budak2 cam aku ni main la apa yg patut.. Permainan pun ada musim.. kalau musim layang2 tu, haa.. maka byk la korang akan nampak layang2 kat atas langit tu..mcm2 bentuk dan warna.. hehehe.. Sharp pukul 5 dah tak nampak dah budak2 kat luar, semua dah terpacak kat depan TV, biasanya TV menayangkan citer kartun di permulaan rancangan.. (Dulu cuma ada TV1 dan TV2 aje.. Mula2 start tu mesti ada susunan rancangan.. itu pun budak2 suka tgk.. hehehe..)
Pastu masuk la era tv kaler di hujung era 70'an.. Sekali lagi keterujaan melanda..kalau dah biasa tgk TV hitam putih tu, terbayang la pulak betapa bestnya kalau semuanya dpt dilihat dalam warna-warni.. TV kaler time tu kira barangan mewah la.. harganya tak semua org mampu membayarnya..Kira kalau zaman sekarang ni kira dah ada HDTV la..

OK.. entry kali ni bukan la aku nak citer pasal TV.. tapi spt tajuk diatas, kebiasaan dan keterujaan silih berganti mengikut masa dan tempat..Kebiasaan bagi kita mungkin keterujaan bagi org lain. Seperti gambar diatas ni la.. imej2 tersebut sebenarnya kebiasaan bagi aku sebab ianya berkaitan dgn kerja2 aku, tapi aku percaya ramai yg tidak tahu dari mana dtgnya imej2 tersebut dan mungkin juga mendatangkan keterujaan bagi sesiapa yg tak pernah melihatnya..

Pernah tak korang alamai situasi dimana orang luar lebih mengetahui apa2 perkembangan dan tarikan terbaru di tempat korang sedangkan korang tidak mengetahuinya? Kalau korang pernah alami situasi ini aku nasihatkan bermula sekarang sensitiflah dgn apa yg ada di persekitaran dan hargailah apa yg korang miliki walaupun itu satu kebiasaan bagi korang..Semoga korang termasuk dalam golongan org2 yg bersyukur..

best efeck dia ... Sun 30-Aug-2009 02:18
Posted by:rais mohdrais81@hotmail.com  - [Link]
merdeka merdeka merdeka Mon 31-Aug-2009 09:07
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
dulu masa tv warna kami budak2 tgk rumah cina..nasib baik cina tu baik ..dia buka pintu kedai dia .jadi masa tu penuh budak2 kat pintu dgn tingkap nak tgk chips, hulk.. colour..

pernahjuagak ada satu kedai makan kat kg saya , org lain pernah ke sana sebab sedap ..saya tak pernah ke sana
Wed 2-Sep-2009 03:32
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 12 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.