Want your
own Fotopage?








 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Mar-2007 01:43 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di Johor & konvokesyen di UTM Skudai

Kenangan di Teluk Danga
Akis ternganga keseronokan?
Ibu dan anak
View all 47 photos...
Seronok betul bulan ni coz pi jalan jauh kat selatan semenanjung 2 x. Selang 2 minggu pulak tu..hehe. Hmm..kali ni pi sebab satu2nya adik dan satu-satunya adik beradik alona menghadiri majlis konvokesyen UTM. Mungkin pada orang lain..depa dah tak heran ngan mende2 ni sume. Tapi bagi kitorang..menghadiri majlis ini bersama along, angah dan akiss diharapkan dapat memupuk semangat mereka untuk berjaya dalam akademik dan juga mematangkan kehidupan dengan nilai2 murni .
Walaupun tak dapat menyewa rumah tamu dalam UTM..tapi Alhamdulillah, berkat bantuan dari rakan2 Fadhil yang masih dalam tahun akhir..akhirnya kami dapat juga menumpang tido kat umah felo di kolej 10 yang disewa lebih murah dari rumah tamu yang disediakan tersebut..hehe.
Hmm..aktiviti ke UTM bukan saja untuk menghadiri majlis tersebut pada 25 Mac tetapi kitorang telah mempelbagaikannya dengan acara membeli bunga2 dan bekas telur dan di Air Hitam untuk persediaan majlis perkahwinan Fadhil yang dirancang pada July nanti..InsyaAllah. Di samping itu..pelbagai jenis kerepek dan sagun tak lupa untuk dibeli..hehe.
Lepas tu..kitorang singgah pulak kat umah paksu mat. Hehe..terkezut beliau melihat anak sedara dia mai lagi kat umah dia selang 2 minggu aje . Singgah tu untuk menyerahkan vcd "suka-suka kitorang" masa kenduri anak paksu tempohari. Saja laa..cenderahati seronok2. Maksu sempat laa goreng 'bihun terjun'.
Xtvt seterusnya ialah..ke Danga Bay!!!! Orang kata dah mai jauh2 ni..tak sah laa kalau tak pi sinun. Masa pi JB kenduri paksu ari tu..tak pi pun pasal nak balik cepat. Kali ni..apa lagi. Tapi tak semua tempat laa kitorang jelajah. Basikal penumpang ramai tu pun kitorang tak sempat nak pi sewa. Kompleks kedai2 kat situ pun kitorang tak pi jelajah..pasal nak balik rumah sewa cepat2 sket, hehe. Manataknya..agenda banyak sangat. Malam nak kuar pi Ekspo Konvo lagi .
Meriah dekk..ekspo konvo, hehe. Majlis konvo pun meriah. Meriah ngan bunga2 tahniah:->
Dari Taiping..petang Jumaat. Sampai Bentong 8 mlm..terus tukar dari kancil naik avanza ke Johor pulak. Sampai kul 2 pg..sembang2 and titon!! Balik Bentong Ahad 8 malam. Sampai Bentong 2 pg jugak. Isnin..anak2 terpaksa tuang kelas 1 hari dan balik laa ke Taiping. Malam tulis 3 pucuk surat kat guru kelas diorang menyatakan sebab2 ketidakhadiran anak2 ke sekolah pada hari tersebut..hehe. Takpe..2007 ni baru sehari tu laa diorang tuang kelas,

huhuhuhu..boringnya tgkp gmbr konvo pgg bnga..ALONG!!tunduk sikit kepala tuh!!HAHAHAHAHAHAHA.. Thu 29-Mar-2007 15:13
Posted by:padel adikpekan@yahoo.com
Add comment


Saturday, 10-Mar-2007 01:39 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Sulung Paksu Mat di Johor

berehat sebentar kat kg Bemban
Paklong membongkar rahsia tentang rabun ayamnya
pengantin di malam berinai
View all 23 photos...
Bertolak dari rumah pukul 11 pagi, singgah makan dulu kat Bukit Larut (mcm takde tempat lain kan? heheh..) Lepas tu ambil along, angah dan balqisz kat sekolah pada kul 12, terus ke Padang Rengas pulak untuk ambil Paklong Tahir dan Maklong yg dah mmg tunggu kat depan Balai Polis, simpang masuk ke Keroh Hilir tu. Masuk Highway ikut Kuala Kangsar dan terus sampai Johor. Perjalanan mengambil masa 8 jam lebih, biasa la.. naik 'bas merah' tu.. dengan air-con tak pasang.. nak jimat minyak punya hal..hehehe.. berpeluh beb.. Singgah 3 tempat jugak la.. Hentian Tapah, Dengkil dan Kg Bemban..sampai di situ dah hampir senja, ingatkan Paklong nak amik alih tempat driver..rupanya dia rabun ayam, takleh memandu waktu senja.. kalu malam takpe..huhuhu..takpe la.. lagipun aku kuat kan.. terus la jugak driving..tapi ada sekali tu, hari dah gelap, kat satu tempat tu terlanggar kepingan tayar celop lori mana ntah.. tak sempat nak elak.. tapi takde apa2 la..Sampai di exit Skudai pada kul 9.00pm, tol dari simpang pulai ke skudai ialah rm70.30..fuh.. terkejut gak abah masa tu.. tak pernah dia bayar tol byk tu katanya.. hehehe..
Tu tak termasuk sesat lagi di kawasan tu, jenuh tanya orang, talipon Pendi, tengok peta Paksu yg sempoi tu, bebal gak rasanya.. akhirnya kejumpaan juge.. rupa2nya perumahan Desa Perwira tu atas Bukit, Signboad pun tak strategik.. patutla susah sangat..
Sesampai je kat rumah Paksu, rupanya tengah acara berinai, abah dan mak pun dijemput untuk turut sama dalam acara tu.. siap dapat hadiah lagi.. lepas tu acara makan2 pulak.. seperti org mengantuk disorongkan bantal la kami pun.. walopun letih , tapi lapar punya pasal, tibai jugak la.. lagipun makanan semua sedap2 belako.. Lepas tu Paksu hantar kami ke rumah bertanggak kat depan surau Desa Perwira tu, jalan kaki je sebab ikut short cut.. tak jauh sgt.. Mmg besar la umah tu.. ingatkan ramai yg nak lepak situ, rupa2nya kami 1 van tu je.. tuan rumah tu pompuan tapi tak tinggal situ, cuma dia singgah sekali sekala je..
Pagi esoknya kami lepak2 la kat umah tu sambil borak2 apa yg patut.. sarapan roti canai yg ditapau di restoran berdekatan.. tengah lepak2 tu Paklong terperasan yg plat ABE821 tu dah pecah, rupa2nya sebab terlanggar kepingan tayar lori semalam..sekali lagi aku dah Paklong keluar untuk ganti plat baru.. kena la rm15. Isi minyak rm50..
Pada pukul 11 lebih kami pun keluar untuk kerumah paksu..kami antara yg terawal makan.masa tu jumpala kaum kerabat yg lain..Maklong Limah, Mak Uda.. Cik Mah and the geng paling lambat pasal sesat jugak..depa sewa appartment mana ntah.. Setelah lama menunggu, lebih kurang pukul 2.45pm baru la pengantin sampai.. lepas acara bayar tol yg dah mmg jadi adat kawin kat johor tu, pengantin pun bersanding atas pelamin. Aku tertunggu2 jugak acara silat pengatin tapi ntah ada ntah tidak la. pasal kami pun lepastu balik ke 'resort' untuk bersiap2 nak balik..Lebih kurang kul 4 pm kami pun bertolak.. kali ni Paklong yg drive. Singgah sebentar kat Air Itam untuk beli sedikit buah tangan. Sampai di Air Keroh isi minyak dan aku kena drive pulak pasal Paklong masa tu dah rabun ayam. Sampai Dengkil , singgah makan lagi. Seterusnya singgah tapah untuk tukar driver..sampai di exit Kuala Kangsar pada kul 1.15am..semua tol dalam perjalanan balik paklong yg sponsor guna smarttag dia.. Sampai di Simpang isi minyak rm10 sebab meter minyak van dah meragukan..Lebih kurang kul 2am kami pun sampai di expo.

Care to comment?


Friday, 2-Mar-2007 07:27 Email | Share | | Bookmark
gambar kitar semula

close-up along masa tu
along lompat
atok dan akis
View all 11 photos...
Gambar2 ni semua aku dapat dari arkib aku yg aku simpan sejak tahun 2000 lagi. Akis baru berumur lebih kurang sebulan, Ina pun masih berpantang lagi.. Masa tu aku gunakan kamera digital jenis lama, jenis boleh masuk disket kat kamera tu kalu nak save. kira bapak la kepada digital kamera yg ada sekarang. Tak silap aku brand Sony Mavica (lebih kurang cam gambar kat bawah), tapi bukan aku punya, company yg punya.. pinjam sat sebelum ianya hilang 2-3 bulan selepas tu dicuri oleh pencuri yg suka mencuri..

Care to comment?


Monday, 26-Feb-2007 04:35 Email | Share | | Bookmark
Gambar bebudak

Anak Sela-Norhanis Batrisyia berusia 1 minggu
angah dan mambang kuning
akis dan pelangi
Anak sela tu tiru rambut Amir ke atau Amir tiru rambut dia?

Care to comment?


Thursday, 8-Feb-2007 05:10 Email | Share | | Bookmark
gambo stok lama dan terkini time balik tepen itu hari

bengkak-gigi masuk dlm gusi..cian dia
masuk hospital kt putrajaya-fd poisoning
jogging kt bukit jalil.
View all 12 photos...
inilah sebahagian drpd gambo2 yg sempat di rakam kan melalui camera henpon jer...sudi2 la bagi komen..hehehe...

eh.. bila pulak hang send gambar2 ni semua?.. ingatkan hangpa dah lupa fotopage ni.. apo2 pun keep up yr good work.. hehehe..
1. Kenapa tak amik gambar gigi yg masuk dalam gusi tu? tak nampak pun?
2. Patut la Amir dah makin slim skang.. selalu joging ekk? bagus.. bagus..
3. Apsal Amir buat rambut tajam macam Jimmy Neutron? Huhuhu..
Fri 9-Feb-2007 08:41
Posted by:webmustar
blurrrr. saya minat ngan laman web ni. blh saya tau awak ni sape? Fri 16-Feb-2007 06:42
Posted by:pija pijacutiecutegirl@yahoo.com
awak ni bertanya kat sapa sebenarnya pija..? konfius pakcik.. Sat 17-Feb-2007 00:24
Posted by:webmustar eldiair@yahoo.com
Add comment


Monday, 15-Jan-2007 01:47 Email | Share | | Bookmark
gambar akhir dan awal tahun

depan sekolah lama
ipan selepas selamat berkhatan
bukit diselimuti awan
View all 5 photos...

Care to comment?


Monday, 18-Dec-2006 01:28 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia- Cherating

 
 
 
View all 24 photos...

xde gmbr tgh makang ke? Mon 18-Dec-2006 04:20
Posted by:padel adikpekan@yahoo.com
camno nok amik gamba makang.. cameramang pung makang.. hehehhe.. Mon 18-Dec-2006 05:57
Posted by:webmustar
leh lak tak pakang baju, tak kena sound ke?? cute Mon 15-Jan-2007 02:50
Posted by:anakatCEPORje
Add comment


Friday, 3-Nov-2006 00:12 Email | Share | | Bookmark
Gambaraya 2006M/1427H (Edisi Bentong)

bergambar kenangan kaum2 ibu
bergambar kenangan kaum2 bapa
bergambar kenangan anak2
View all 36 photos...
Gambar2 sekitar Aidilfitri ke 3 hingga 5 di Bentong, Pahang


along x pandai bgambar..tegak mcm kayu Sat 4-Nov-2006 07:05
Posted by:padel adikpekan@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 1-Nov-2006 04:15 Email | Share | | Bookmark
Gambaraya 2006M/1427H (Edisi Taiping)

along, angah dan akis di pagi Aidilfitri
fadzil dan fazlina
ayahbonda
View all 20 photos...
gambar2 sekitar Hari Raya pertama dan kedua di Taiping.


Care to comment?


Friday, 13-Oct-2006 02:01 Email | Share | | Bookmark
Ada yang tertinggal..

akis kena campak
Lidah tu kontrol la skit..
Akis dpt no. 2 (mewarna)
View all 17 photos...
Belek punya belek rupa2nya ada lagi gambar2 yg aku tak masukkan lagi kat sini.. Gambar2 ni adalah himpunan beberapa aktiviti sebelum Ramadhan..

Peraduan Mewarna di Dewan Perpaduan Expo
Peraduan mewarna anjuran Perpaduan Expo ni ialah merupakan salah satu aktiviti tahunan sempena Bulan Kemerdekaan. Selain dr tu ada gak larian ala2 merentas desa, cabutan bertuah dan karaoke.. Walaupun sambutan agak sederhana tetapi boleh dikatakan ok la jugak. Akis dpt no 2 , dpt la hamper seketul..itu pun sebab mak pak leh tolong kaler sekali, kalu tak ntah la.. sebab akis ni mmg jenis cepat boring.. selain dari tu cabutan bertuah pun dpt jugak (no bertuah: 017).. Along yg pegi amik.. punya la suka bercampur bangga tak kira si Along tu walopun hadiah tak seberapa..

Memancing Di Kuala Gula
Ini si Pendi punya rancangan la ni.. tak pasal2 la aku naik gian balik.. Nasib baik la alat2 pancing aku yg best tu masih elok lagi keadaannya dan skil aku sebagai pemancing tebing masih tajam.. hehehe..
Siap pegi 2 keter lak tu..(lantak la lu Pendi.. Honda Odisi lu kena taik lembu..) abih angkut famili sekali.. (lantak korang la paneh kan.. nak ikut sgt..). Memandangkan kesian kat diorang yg tak memancing tu, kami pun balik pada kul 1 pm.. Tangkapan tak la menggalakkan sgt tapi kira ok la jugak walaupun tak balik modal.. janji dapat ikan udah le....
Lupa pulak nak amik gambar ikan semilang yg aku dpt dan ikan kerapu pendi yg mahal tu..

kewl Fri 13-Oct-2006 02:52
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
santaiiii ...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
"Capturing the moments and blooming of colours"
Fri 13-Oct-2006 05:56
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
Add comment


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.