Want your
own Fotopage?








 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Aug-2009 03:11 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan..

 


Selamat berpuasa..

Salam Ramadhan............semalam sahur apa Wak Encem? bulan posa nie pun ado main besi jugak ker? Fri 21-Aug-2009 22:21
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
SELAMAT BERBUKA DARI ZAI KULIM,MR'T' DAN BB AKIF....
HARI NIE MENU APA??
Sun 23-Aug-2009 11:02
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sibuk bangat ker ramadhan nie wak ?
sonyap jerkk....lepas terawikh tu update ler.....

(note : makan nasi sikit jer...he he...tapi bantai air setengah tong....kih kih kih)
Sun 23-Aug-2009 14:26
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 20-Aug-2009 00:42 Email | Share | | Bookmark
Bantal emas

sebelum dikopek
selepas dikopek
sebelum dimakan
View all 6 photos...
Sekarang ni durian mcm dah takde musim.. Kalau kat Kamunting ni boleh dikatakan sentiasa leh nampak org jual durian di tepi jalan..(ye la.. kalau jual ditgh jalan nanti kena langgar dek keter / bas/ lori dll..lak kan.. kui kui kui..). Berbeza dgn zaman 80'an dulu, musim durian mmg setahun sekali.. harga pulak leh tahan la mahalnya..(dgn nilai duit time tu..) Seingat aku pada zaman tu kalau nak beli durian kena tunggu tgh malam skit.. sebab time tu penjual durian akan tolak dgn harga yg murah..(mana tak murah.. kalau beli durian sebakul, separuh bakul je durian2 tu leh di makan, separuh lagi layak dibuat tempoyak aje..)

Sebagai penggemar buah berduri ni, dah macam2 jenis durian dah aku rasa... ntahlah durian ni ada brp jenis dan grednya tak ketahuan lak aku.. Tapi baru2 ni aku ada termakan sejenis durian.. namanya Bantal Emas.. Bentuk luarannya agak pelik skit, tapi ulasnya penuh dalam pangsa.. bijinya pulak kecik, rasanya sedap , lemak dan wangi.. Mmg semenjak berulang alik mengambil dan menghantar along di MRSM Pengkalan Hulu, aku dah mengenali durian yg jenis ini.. Harganya pulak takde la mahal mana.. rm4 je sekilo.. biasanya kalau aku beli 2 bijik pun cukup utk dimakan oleh kami 5 beranak dengan sekali hadap..huhuhu.. Kecuali akiss la.. dia ni kurang sikit dgn durian..

Bantal Emas ni jenis durian siam kot.. sebab kalau kat Baling tu , aku tgk cuma org siam je yg jual durian jenis ni.. selain durian jenis ni ada juga durian jenis lain yg biasa diorg jual seperti durian putih dan durian tangkai panjang..

WAK....
BARU ZIA TAHU ADER DURIAN BERBANTAL EMAS....MESTI MAHALKAN HARGA DIA...
Thu 20-Aug-2009 02:19
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
RE;OOO INGATKAN MAHAL..OK LER BOLEH BELI TU...

ADUS..DAH ABIS MUSIM DURIAN BARU INGAT NAK MKN..
Thu 20-Aug-2009 07:12
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Wak Mustar yang berbadan sasa.....
tak pernahplak aku dengar bantal emas ni
napa agaknya dinamakan cam tu ?
adakah lepas makan terus nak tidoq
atau teru sdemam tak bangun 2 hari sebab panas satu badan
hanya WAK MUSTAR yang tau....he he

Salam Ramadhan
pohon ampun dan maaf
andai tersilap kata terkhilaf bicara
moga Ramadhan ini membawa keberkatan untuk kita sekeluarga...
Thu 20-Aug-2009 17:16
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
Add comment


Saturday, 15-Aug-2009 02:30 Email | Share | | Bookmark
Jemputan kenduri Pakcik PI

akis dan akma
lepak2 jap dgn wak kumis
aii.. awal lagi dah ngantuk dah Aji?
View all 60 photos...







Ini adalah gambar2 di sekitar Majlis Perkahwinan anak lelaki Pakcik PI ( http://pemancingikan.fotopages.com ) iaitu Suffian dgn pasangannya Rina. Terima kasih kepada Pakcik Hussain (Pakcik PI) dan Makcik Mahani atas jemputan itu.. Kalau buat kenduri pulak jemput la kami lagi ye..

Seawal 10.00 pagi kami bertolak dari Kamunting menuju ke utara. Singgah bersarapan sebentar di R&R Semanggol sambil menunggu Haji Alias yg dalam perjalanan dari Bukit Gantang. Mmg dah janji nak berkonvoi sekali ari tu..
Sampai di dewan Panorama Bagai Ajam lebih kurang kul 12.10pm..Aku pun bukan biasa sgt dgn tempat ni, tapi berpandukan gambar2 dlm FP Pakcik PI tu, mmg takde masalah sgt la nak cari dewan terbabit.. mmg berkesan!..Huhuhu.. Kat bawah khemah tu dah nampak kelibat Wak Kumis yg mundar-mandir . . Berjumpa ngan tuanrumah, pastu lepak2 jap ngan wak kumis sebelum meronda2 tgk persekitaran.. Dewan tu terletak ditepi laut, jadi mmg syok la lepak situ sambil melayan bayu laut yg bersepoi-sepoi..huhuhu..

Oleh sebab time tu tak ramai lagi yg datang, jadi kami pun ambil peluang pi makan dulu sebab tgk buffet pun dah ready..Mmg sedap la lauk-pauk yg disediakan.. alona siap tambah sepinggan lagi umbut pisang tu.. nak ratah..hehehe.. Semasa aku dah nak abis makan baru la Pak Aji dtg.."Laa.. depa dah makan dah.."..

Pas makan aku pi ronda2 lagi kat tepi laut, time tu Awie lak tipon dari Hospital Temerloh.. beliau menceritakan tentang kejadian eksiden yg beliau alami baru2 ni..Hmm.. semoga beliau tabah menghadapi dugaan..

Tak lama pastu nampak alona dan Pak Aji join sekali ngan aku lepak2 di tepi laut... walopun dah tengahari tapi disebabkan bayu laut yg menghembus, tak terasa sgt la panasnya.. siap berposing2 lagi kat tepi laut tu.. Budak2 yg 3 org tu pun bukan main suka lagi la.. dah puas main kat taman permainan depan dewan tu, pi main pasir kat pantai pulak.. pastu tu sambung lak main kat taman permainan..

Dah puas berposing , kami kembali semula ke bawah khemah diluar dewan terbabit.. nampak Zai dan Mr. T tgh makan2 sambil dilayani oleh wak kumis.. Wak Kumis ari tu kira pelayan tetamu la kan..huhuhu.. Tak lama pastu sampai la rombongan dari KL... Maka terpacul la muka2 yg mmg sebelum ni aku tgk kat internet je (mcm wak kumis, pakcik PI, meorjay, zai dan mr. T gak la..) antaranya ialah azue, watie, mira, ba'ayah, cikbedah, salleh dll.. Tapi diorg kenal ke aku? Huhuhu.. aku ni tak glamer cam diorg kan..

Tapi mmg havoc la diorg ni, tambah2 lagi ada wak kumis yg mmg lawak dan mesra alam tu..riuh rendah jadinya.. hehehe..Wak bila nak dtg Taiping wak?
Dgr citer lepas kenduri ni diorg akan ke Alor Star dan Penang plak.. sampai hari Isnin.. wow..!

Lebih kurang kul 2.30pm, pengantin pun sampai.. diiringi oleh paluan kompang yg mengalunkan lagu2 yg semuanya best2.. siap ada "yeehaa..!".. tu yg mahal tu.. hehehe..

Oleh sebab yg dtg tu ramai dari kalangan Fotopagers, maka tak heran la ramai yg jadi Unoficial Photographer pada hari tu.. (OP majlis ialah Meorjay), tak melepaskan peluang mengabadikan kenangan dgn pengantin..

Lebih kurang kul 3 pm kami pun meminta diri utk balik.. cuma kali ni tak berkonvoi la..Haji Alias katanya akan ke rumah adiknya pulak..

Kepada rombongan fotopagers dan bloggers dari KL serta Haji Alias, terima kasih daun keladi sebab bagi souvenier.. buat susah2 aje..

Kepada pasangan pengantin, tahniah dan semoga berbahagia..


re : ala mira tunjuk wang besar tu bukan ada apa2 makna pun...klu nak tahu itulah wang kumpul dari kami
semua...itulah wang nak baya sewa chalet, isi petrol, tol, parking dah apa2 yg berkaitan...bila sepakat
akan membawa berkat...ila tu selaku bendahari kami...tu tengah nak kasi duit minyaklah tu...tgh sibuk dok
mengira balik mira suruhlah posink ngan duit tabung kami tuh...hehehehehe
Wed 19-Aug-2009 12:38
Posted by:mirajohar mirajohar@yahoo.com  - [Link]
Wak Singapura dah belasah Nasi kandar Line Clear Wak Malaysia belum lagi..........?

Sekali cuba nak lagi,Agak mamak ni bubuh ganja lebih sangat tak.....Walaupun makan dlm lorong tapi sedap macam Restaurant 5 bintang....
Wed 19-Aug-2009 15:32
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Kalau Wak ke Penang lain kali pasti Line Clear akan Wak kunjungi..............

Ini ada lah kepastian tapi tak janji lah................Line clear... Line Clear.... Line Clear.....(Teriak mamak gemuk tu bila dia dah siapkan nasi pelanggan)....
Wed 19-Aug-2009 15:35
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Monday, 10-Aug-2009 08:44 Email | Share | | Bookmark
Suatu Hari di Alor Star

aik? Mcm kenal je umah ni..
dah jd homestay rupanya..
ayah dan abah melangkah masuk
View all 18 photos...




Ni gambar2 dari minggu sudah.. 2 OGOS 2009..
Kunjungan ke Alor Star kali ni ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu alona di Taman Purnama, Alor Star.. Atas permintaan ramai, abah ngan mak pun setuju utk turut serta, lagi pun mak ngan abah mmg dah lama berhasrat nak berkunjung ke Alor Star, jadi bila dah berajak tu kira mcm pucuk dicita ulam mendatang la kan..hehehe..
Pagi2 lagi kami bertolak dgn 2 bj kereta menuju ke utara. Aku memandu Myvi ayah manakala Alona memandu kancil.. Singgah bersarapan jap di R&R Gng Semanggol. Lebih kurang pukul 10.30pg kami sampai la di Alor Star. Menurut kata Pak Long Senin (bapa pengantin), mereka ada menyewa sebuah homestay di Taman Sultan Badlishah. Sesampai kami di Taman Sultan Badlishah, alona menalipon Pak Longnya dan tak lama lepas tu Pak long pun sampai dan membawa kami ke homestay terbabit.. Tapi bila nampak keter Paklong tu membelok kesatu lorong tu aku dah syak sesuatu.. Time tu aku ckp kat mak dan abah "Ntah2 rumah yg dulu tu tak..?".. Rupa2nya sangkaan aku tu betul belaka..abah dan abah pun nampak exited.. "Laaa.. " itu aje yg kuar dari mulut mak.. huhuhu..

Rumah tersebut sebenarnya ialah rumah pertama abah sewa semasa abah mula2 berpindah kerje ke Alor Star semasa tahun 1987/88 dulu... Kalau dikira2 mmg dah 20 tahun lebih dah.. Tapi tak lama sgt duduk situ..beberapa bulan lepas tu berpindah rumah pulak.. tapi tak jauh la, seberang jalan besar je..(sekarang ni rumah tu dah jadi kedai photostat). Kalau dilihat dari luar kira byk gak perubahan kat rumah tu sebab bahagian depannya dan dapurnya dah direnovate.. cuma bahagian atasnya masih spt dulu.. Mmg teruja sgt la aku, mak dan abah time tu sebab tak sangka pulak dpt masuk lagi rumah tu yg sekarang ni dah dijadikan homestay..

Mengimbau kembali kenangan aku dgn umah tu.. (tak byk la..sebab aku time tu bersekolah di Taiping lagi..cuma sesekali dtg lepak situ..) aku cuma ingat satu je.. tak jauh dari situ terdapat satu kedai videogame, tak silap aku nama NINJA.. kat situ la selalu aku abiskan masa aku mengasah skil dlm dunia per'game'an..huhuhu.. Ye la .. time tu kan 80'an.. takde internet, takde astro, takde playstation.. jadi itu je la salah satu cara yg aku ada utk berhibur.. ..

Apa2pun terimakasih kepada Mak, Ayak, Pak Long Senin, Maklong Saripah dan pengantin kerana menjemput kami ke majlis kenduri tersebut dan melayan kami sepanjang kami disana..

Semoga berbahagia..

ISNIN NIE ZAI BARU NAK KE ALOR SETAR.. Fri 14-Aug-2009 04:41
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 30-Jul-2009 14:25 Email | Share | | Bookmark
Mangsa dan Pemangsa..

 


Gambar ni semasa aku saja2 nak amik gambar tomei atas tembok kat umah aku tu.. org nak amik gambar dia, sibuk je la dia dok toleh2 ke langit.. aku tak kisah sgt la apa yg ada kat langit time tu, aku cuma fokus nak amik gambar dia je.. tapi bila gambar dah terbentang kat skrin baru la aku terperasan apa yg tomei lorat sgt nak tgk tu.. patut le misai dia bergerak2 je..huhuhu..

"Tunggu la kau burung, setinggi2 kau terbang takkan le kau tak turun ketanah.. time tu la aku akan terkam kau.." Hehehe.. itu la apa yg difikirkan oleh si Tomei agaknya..memandai je aku ni.. Burung tu pun agaknya sedang mencari mangsa utk dijadikan santapan.. santapan utk diri sendiri atau utk anak2nya di sarang..tapi dalam pada itu dia mungkin tak sedar yg dia pun sedang diperhatikan oleh pemangsanya.. manakala pemangsanya pula jadi mangsa kamera aku pulak..
begitulah kisahnya..

salam.... amboiiii tomei.... burung terbang tinggi dia pun nak ikut gak ke?? hehehehe... entah2 dok terbayang kat mata sodap nyo kalau makan daging ko burung... hehehehehe

re: a'ah... camera baru.. tapi semi pro jer... hehehehehe
Mon 3-Aug-2009 03:41
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
suka la tgk gambar2 kt sini....
editing cantik.......
Mon 3-Aug-2009 17:18
Posted by:baayah  - [Link]
KALAU X JADI PEMANGSA JADI MANGSA, YG JADI MANGSA BIASANYA LEBIH BERHATI DR PEMANGSA Thu 6-Aug-2009 02:58
Posted by:badungcamp  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 10-Jul-2009 02:54 Email | Share | | Bookmark
eksperimentasi lagi..

sepetang di Lake Garden
makan2 di Masa Katering
main longkang..
View all 25 photos...
Gambar2 ni adalah gambar2 yg di ambil semasa lawatan seorang kawan ke Taiping tempohari.. ada gambar yg aku edit ala2 je.. ada yg aku edit kaw2.. ikut style aku je la..huhuhu.. layaann..

p/s: Gambar2 time tu tak best skit sebab tak berawan.. kalau berawan mmg akan jadi cun lagi..







TAK SABAR NAK JUMPA KAT KENDURI PI NANTI
Tue 28-Jul-2009 07:40
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Salam Wak Kumis Singapura.............

Wak akan bertemu Wak.....
Wed 29-Jul-2009 00:57
Posted by:Wak Kumis
Wak akan naik Firefly penerbangan dari Johor ke Penang,mendarat jam 6 petang.(14/08/2009) Wed 29-Jul-2009 13:47
Posted by:Wak Kumis
View all 11 comments Add comment


Monday, 29-Jun-2009 03:54 Email | Share | | Bookmark
...

 

ya Allah ....sapa ni? seram le tenguk. alien kot Mon 29-Jun-2009 08:28
Posted by:badungcamp  - [Link]
sesekali nak tayang body.. seni tu.. ngeh3.. Mon 29-Jun-2009 09:20
Posted by:wak mustar  - [Link]
re: Balik kampung tu ade lerrr 2-3 bulan sekali.... ermmmmm memang tengah cari camera baru nih... tungguuuuuuuuuuuuuuuuu.......... tapi tak de la nak pakai pro camera lagi... tak pandai lagi pun........ setakat ambik gambar anak2 boleh ler................ Tue 28-Jul-2009 09:47
Posted by:jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 2-Jun-2009 05:02 Email | Share | | Bookmark
Bila Bulan Berwarna Biru

 


Bila Bulan Berwarna Biru (Arab dan Aidit)

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu lagak pendita

Mengilau sinar
Maya yang mendera
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang Maha Esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi…

** p/s:Lagu ni mmg dah jadi lagu all-time feveret aku dan alona sejak dulu lagi.. hehehe..Lirik tu mula2 aku google gak kat internet sebab malas nak taip..hehehe..tapi kebanyakannya memberi lirik yg tak berapa tepat.. so aku terpaksa la edit sikit2.. jadi rasa aku ini la yg paling tepat.. .

ni mungkin petanda kod, biasa bulan mengambang warna putih, ni dah mai biru , ni dah ramai sangat kod depa seberang sana mai kat bulan purnama..?? Fri 5-Jun-2009 06:19
Posted by:badungcamp  - [Link]
Jom Singgah ke http://ezankn.fotopages.com/ sekarang...Menarikkkkkkkkkkkk Thu 11-Jun-2009 01:44
Posted by:Ezankn
Salam perkenalan.......
orang taiping ker ni., saya suka jalan2 cari makan nanti kalau nak singgah taiping lagi boleh la saya dapat info dari gebang.......buleh kan?
Tue 23-Jun-2009 07:28
Posted by:Haniss  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 06:38 Email | Share | | Bookmark
Pabila ada kelapangan..

loji air yg overdose
ni api kat umah mak.. hp aku tak cukup color..
berselirat
View all 6 photos...
Ni la antara hasil2 gambar dari hp aku yg aku edit.. ada yg aku edit ala2 aje.. ada yg aku dah teroverdose mengeditnya.. Maklom la, bakat mengedit aku bukan ditahap pro lagi.. Tunggu dan lihat.. mungkin ada hasil2 yg menarik di masa akan datang..insyaAllah..

Hanya sebuah ekperimentasi..




Dalam banyak2 gambar aku suka gambar ni.. kira mcm citer independance day.. huhuhu..

Cantik bro lu edit. Ada bakat.. Nie kalau wa g tau kat kat Tina nie ada chance keja ngan Rasbir Creative. silap2 hubby kak tina makan hati tengok hasil keja lu... Class bro. Good work. Keep it UP.. Mon 1-Jun-2009 03:06
Posted by:gie ariel aizamfauziah@yahoo.com.my
Tu la Kak G, kalau gambar tu wa boleh la 'main tipu'.. tapi kalau video tu wa tak reti nak tipu.. hahahaha..

p/s: nak gak belajar camno nak buat efek video org gemuk leh nampak kurus.. huhuhu..
Mon 1-Jun-2009 06:58
Posted by:wak mustar  - [Link]
Aje nye ye.. "Dia' x boleh terima hakikat kot yang size sebenarnya
mereka macam tu.. hu.. hu.. Biasa le bro.
Citer sang lamri. Tak dapat makan anggur. Kata anggurnya masam..
Wed 3-Jun-2009 06:50
Posted by:gie ariel aizamfauziah@yahoo.com.my
View all 4 comments Add comment


Saturday, 25-Apr-2009 02:46 Email | Share | | Bookmark
Hari Terbuka Armada TLDM Lumut 2009

akis dan angah tgh cas bateri dalam keter
kat KD Malaya
bangunan kat KD Malaya.. eh, leh amik gambar ke?
View all 60 photos...
Tu dia.. sekali update berlambak gambar..
Entry kali ni kisah pasal Hari terbuka Armada TLDM Lumut 2009 yg telah diadakan pada 25-26 April lepas..berserta ngan Jom Heboh yg diadakan tak jauh dari situ.. Yg kami pi ni pada 25 Apr..

Untuk cerita yg lebih detail , korang boleh la lawat http://www.geocities.com/cintamanisz

kat sini aku cuma letak gambar..ceritanya sama je.. hehehe..


Badungcamp just update, tempe pak lias... Fri 22-May-2009 01:41
Posted by:badungcamp  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.