|
|
| Saturday, 17-Jan-2009 08:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekolah ganti..
|
 |
|
sepagi di Bukit Larut
|
|
 |
|
kawasan yg akan alami perubahan tak lama lg
|
|
 |
|
antara rumah yg bakal dirobohkan
|
| | View all 10 photos... |
|
Hari ni hari bersekolah untuk along dan akis.. sempena Tahun Baru Cina..
Aku dan Alona pagi2 lagi dah panjat Bukit Larut.. lebih awal dari biasa sebab budak2 tak ikut. Walaupun along sekolah petang dan angah tak payah susah2 nak ganti hari cuti CNY..tapi diorang takyah ikut laa minggu ni. Angah teman aje along dok umah. Along tu kang gadoh letih lak kalo p jogging sebelum p sekolah. Maklumlah..ikut short-cut pondok 2 tu mencabar kewibawaan gak, hehe.
Lepas Jogging kami berdua bersarapan kat Restoran Sejati.. pekena nasi kerabu dan bihun sup.
Kat sekitar Taman Tasik tadi..ada la 3-4 buah sekolah wat acara merentas desa sebagai hari ganti cuti CNY tu nanti. Sekolah menengah TMGS lak di samping tu wat acara sambutan 120 tahun sekolah. OO...tua 5 tahun laa SM King Edward dari TMGS ni. Tak jauh umur depa no!..hehe.
Bila tgk bebudak tu berlari semasa merentas desa kat Taman Tasik tu, teringat pulak la aku masa sekolah menengah dulu2...pokok2 inilah sebagai saksinya.. hehehe..
Tengahari..kitorang hantar along ke sekolah. Pastu terus pi amek akiss lak. Selalu akiss ngan angah naik bas pi-balik sekolah. Tapi sebab hari ni Sabtu..kebetulan lak kuar ngan keta hantar along..rasanya lebih baik amek akiss sekali. Cepat sket dia leh sampai umah.
Sebelum balik..sempat lagi p beli limau mandarin yg kotak kayu tu. Sebelum ni dah beli 4 kotak kertas limau CNY ni. Limau dlm kotak kertas ngan kotak kayu..lain2 rasa isinya. Tapi Alona ngan anak2 memang jenis 'antu buah'. Diorang tak kisah semua tu..asal sedap dan tak masam sgt, diorang belasah aje. Sekotak tu pun leh abes ngan sekelip mata .
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Jan-2009 11:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selepas seminggu budak sekolah...
|
 |
|
lemak balitong..sodap!!
|
|
 |
|
bila nasik kerabu berwarna biru..mcm tajuk lagu daa
|
|
 |
|
suasana gym di pagi Ahad.
|
| | View all 8 photos... |
|
Seperti biasa...aktiviti kitorang berjalan dgn lancar. Sabtu pagi kitorang anak beranak jogging short-cut sampai pondok 2 Bukit Larut. Lepas jogging..kitorang p mamam kat Restoran Tomyam Sejati. Budak2 ambil lauk biasa diorang la. Yg kitorang lak mamam nasik kerabu.
Petang abg p main badminton, aku lak dok online kat rumah, hehe.
Ahad pulak. Pagi tadi kitorang berdua seperti biasa p gym kat Kompleks Rakan Muda. Bina otot mana yg patut..hehe. Seperti biasa, pagi2 Ahad ni orang tak berapa ramai. Syok..senang nak guna semua peralatan, tak berebut! Maklum laa..gym rakyat!
Balik gym..siap2 lawa2 nak menghadiri kenduri walimatul urus Kak Tun (Kak Pah) dan suaminya, abg Jasmin menyambut menantu perempuan mereka kat Batu Kurau. Diorang ni ada gerai makan kat kaki Bukit Larut tu.
Balik dari kenduri..terus redah TESCO sebab nak beli beberapa brg keperluan rumah, huhu. Tapi tak lama pun, jap aje.
Balik umah..setelah relaks2 merenggangkan urat saraf, meluruskan tulang-temulang..(huhu), abang ngan anak2nya sambung menonton animax One Piece. Tadi diorang berenti sampai episod 203. Bermakna ada lagi 3 episod nak kena habeskan kat cd tu sebelum kena hantar balik kt kedai hari Selasa ni.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Jan-2009 06:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEMBALI KE SEKOLAH
|
|
Angah dah tahun 6 di SK KE 2. Akiss pulak dah tahun 3 di TMGS. Masa kitorang p sekolah diorang nak buat pembayaran (kecuali pelbagai yuran yg ditangguhkan)..abg sempat snapp gambar budak diorang ni kat kelas masing2. Entah lahhhh..kalau kat umah semua mcm duke nukem, macam lara croft tapi kat sekolah semua malu2 pulak bila nak amek gambar diorang, huh!
Along pulak sessi petang di SM King Edward. Tahun ni ada 6 buah kelas untuk pelajar form 1. Kat senarai nama pelajar yg ditempek kat dinding dalam dewan..Along kena masuk kat kelas 1 Sigma, kelas RK. Ada 2 kelas RK kat KE iaitu Sigma dan Omega. Harapnya, along leh bersaing dlm pelajaran ngan baik bersama rakan2 yg terbaik.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Dec-2008 08:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yui kembali ke Sungai Petani
|
 |
|
Angah ngan akiss amek berkat dok atas katil yui di kolej
|
|
 |
|
bergambar di dlm kolej yui. Piluih pun amek berkat tu!
|
|
 |
|
sessi menunggu yui selesaikan urusannya
|
| | View all 36 photos... |
|
Pagi tu seperti yg dirancang..aku menjadi 'nakhoda' VAN ke Sg. Petani, Kedah. Van yang membawa rombongan cik 'kak nor' menghantar uyui ke kampusnya di UITM Merbok. Hantaq yui ngan van ni bukan apa..barang budak U ni banyak betoii nooo! Di samping tu tujuannya nak bawak mak ngan abah melawat tempat Yui kat sana di samping berjalan-jalan di sekitar SP kalo ada masa.
Sampai UiTM..angkut barang2 Yui ke biliknya di tingkat 2 Kolej Mahsuri. Pastu, tunggu sat kat laman kolej sementara Yui mendaftar kolej. Dah selesai kat situ..bergerak pulak ke dewan berdekatan ngan ofis untuk mendaftar course nya semester baru.
Dah selesai urusan Yui, kami ke arah bandar SP. Destinasinya nak jalan2 cari makan tengahari. Perut dah lapauu! Jalan jem giler sebelum sampai simpang 4 menghala ke bandar SP. Rupa2nya, ada accident dua keta dan moto..
Cari punya cari..jumpa laa Taman Ria. Dah lama tak pi SP ni..banyak betul perubahan dan kemajuannya. Makan kat Anjung Selera..lauk-pauknya menyelerakan..sedap juga. Mak kata murah makan kat situ.
Dalam perjalanan nak ke Tg. Dawai..singgah tepi jalan, mak ngan kak nor nak beli lokan. Alona beli kerang besar.
Lepas tu..terus p ke Tg. Dawai. Nak p tempat 'ikan baru naik'. Masuk kat kawasan LKIM. Di situ melihat pengalaman peraih membeli ikan dgn macam2 cara. Kami tak peduli pasal tu tapi tumpuan lebih kepada ikan2 segar yg telah dibeli oleh peraih2 tu. Huhh! terbayang kesedapannya!
Kak nor beli beg plastik kat sebuah gerai minuman berhampiran. Susah juga nak dapat ikan kat situ kalo takde orang kenal. Nasib baiklah kak nor ni jenis selamba betul..dapat gak laa beli ikan RM5 + RM10. Byk tul kuantiti ikan tu, segar lak tu! Tapi memadailah dari tak dapat langsung, kan?Jadilah..Tapi tengok ketam biru yg orang tu beli..gerammmmmm aje. Takpelah, takde rezeki. Nelayan kat situ pun kata..ikan skang ni kurang, tu pasal susah nak dapat kat orang cam kami ni. Diorang utamakan peraih dulu .
Singgah pulak kat kedai jual produk2 laut ni. Masing2 beli apa yg berkenan..ikan bilis, ikan kering, asam, sotong kering bergula dan macam2 lah.
Dalam perjalanan hantar Yui balik kolej..singgah kat Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Macam2 candi peninggalan orang dulu2 diletakkan di situ. Naik sampai kat candi paling atas. Kira macam jogging gak laa tu. Masuk muzium dah kul 5 petang..time nak tutup dah. Tu yang kak nor tak puas hati tak dapat tengok habes sejarah tamadun manusia kat Malaysia ni (pasal masuk muzium tu kemudian. Sepatutnya masuk situ dulu..baru p tengok candi2 kat luar tu, huhu. ) Takpelah, takde rezeki hari tu.
Dah hantar Yui ke kolejnya semula..selesai sessi salam, peluk cium..kami pun pulang semula ke Taiping. Tapi sempat singgah kat Restoran Subaidah Nasi Kandar kat Sbrg Perai untuk isi perut (advance) edisi malam.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Dec-2008 01:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gajah di Kuala Gandah
|
 |
|
Sebelum masuk posing kat sini dulu
|
|
 |
|
di depan Pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Gandah
|
|
 |
|
daftar dulu..
|
| | View all 33 photos... |
|
Nak merasa pengalaman mandi ngan gajah? Apalagi..pi laa Kuala Gandah, Lanchang..Pahang. Nak pi sana pun tak susah. Dari highway KL-Karak masuk lak hiway Pantai Timur. Keluar kat Lanchang. Dah bayar tol, amek simpang ke kanan. Dari situ..terus aje.
Kalau ke sana..amek laa peluang pi Deerland dan Taman Perlindungan Gajah. Tak jauh sangat antara satu ngan lain..dalam 3km aje. Tapi kalau nak ke sana..memang jumpa simpang kanan ke Deerland terlebih dahulu.
Dayah dah pernah p sana. Jadi dia bagi tips. Dia kata..p awal. Sampai sana dalam 11 pagi camtu. Pi tempat gajah dulu..daftar nama nak masuk sana. Kalau nak naik dan mandi ngan gajah..dapat stiker kuning. Kalau nak tengok2 aje..diberi stiker merah. Tapi stiker merah ni leh bagi gajah makan juga. Tapi kalau dalam rombongan kita takde sapa nak ber-aktviti ngan gajah..sampai sana kul 2 petang pun takpe. Sebabnya, aktiviti tu bermula kul 2 petang setiap hari. Tapi kalau cuaca tak berapa bagus..mungkin dipercepatkan atau tak dibuat langsung..ikut nasiblah!
Sapa yang nak merasa pengalaman naik dan mandi ngan gajah..kena p awal sebab stiker kuning ni terhad.
Dah daftar dan dapat stiker..eloklah gunakan masa terluang tu ke Deerland pulak. Kat Deerland makan masa 1jam setengah gak laa. Tapi mesti ada balik kat Taman gajah tu 1.30 petang. Nanti terlepas pulak nak tengok aktiviti bersama gajah tu.
Tu lah tips-tips nya. Ingat tu. Info:-Kat taman gajah setakat catatan ni dikeluarkan..tiada bayaran dikenakan.
Kul 2 ptg..krew taman gajah memulakan aktiviti rutin mereka. Memotong buah betik dan tembikai untuk pengunjung berikan kepada gajah. Tapi sementara tu..gajah2 besar dikeluarkan dari kandang dan dibawa mandi kat sungai oleh krew. Dah mandi..depa masuk ke 'dewan makan' lak, hehe. Setelah diperkenalkan sekor demi sekor gajah kat situ..semua pengunjung berpeluang merasa pengalaman memberi gajah makan. Sama ada nak hulurkan kat belalainya ataupun terus suap ke mulutnya.
Dah tu..siapa yg ada stiker kuning tu berpeluang pulak 'membonceng' gajah..haha. Tapi tak jauh mana pun kawasannya. Tapi ok laa kan, free. Lagipun ramai lak tu tunggu giliran.
Dah abes semua..aktiviti mandi bersama gajah pulak dijalankan. Anak2 gajah seronok betul bila dilepaskan ke arah sungai..macam budak2 manusia gak laa seronok nak mandi sungai
Hanya seekor gajah dewasa diturunkan ke sungai kali ni. Tugas gajah tu ialah bawak pengunjung dari pelantar sungai pastu menjatuhkan badannya kat tengah2 sungai tu, haha..pengunjung pun jatuhlah bersama-sama gajah tadi tapi tak kena himpit pun..jangan risau. Orang putih memang suka betul aktiviti ni.
Tugas anak gajah dua ekor tu pulak adalah untuk dilayan macam anak raja. Pengunjung2 leh join kat dalam sungai gosok2kan badan anak gajah tu..hah! seronok tak seronok.
Anak2 aku tak lama pun kat dalam sungai tu..semua kena naik awal sebab tak mau berebut bilik air nak mandi ngan air paip lak . Tapi kat dalam bilik air ni..wah! leh dapat pengalaman secara langsung 'baik punya', hehe. Ingatkan kat bilik air pempuan aje, upenya kat bilik air lelaki pun angah ngan abang pun dapat tengok pengalaman 'baik punya' edisi lelaki lak, wakaka.
Info:-panjang upenya bulu mata gajah..patutlah watak gajah dalam sesame street tu bulu matanya panjang
Dah keluar dari Lanchang..kitorang terus ke Temerloh. Tengok umah yg dah dibooking dan tengah dalam proses pembinaan.
Sebab dah dekat sangat ngan umah Awie..kitorang pun singgah laa sat kat umah dia tu. Eda sempat goreng bihun..
Lepas tu kitorang ke Chenor lak umah mak mentua Fadhil. Kat situ lak masak nasik dan lauk-pauk yg alakadar tapi sedap..kitorang mamam nasik. Fadhil, Dayah dan adik bujangnya sempat layan kad UNO ngan along, angah dan akiss..
Sampai kat Desa Damai dah pukul 10pm lebih.. singgah minum2 dan makan (Fadhil je..) jap kat kedai Pakcik Mail..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Dec-2008 01:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DEERLAND, Lanchang, PHG
|
|
Apa nak kata lagi..memang syiok habes pi Deerland ni. Korang apalagi..ada peluang, pi laa ke sana. Ngan masuk RM5 dewasa dan RM3 kanak2..ia sangat berbaloi. Lebih dari safari pengalaman yang kita dapat kat sana cuma haiwan2 yang ada kat situ terhad laa. Kat sini..bukan kanak2 aje yang teruja, dewasa pun sama. Leh kasi rusa makan..seronok. Makanan iaitu keledek potong memang dah disediakan oleh krew taman. Takyah bayar2 dah. Yang bagi makan termengah-mengah lari kena kejar oleh rusa rakus nakkan keledek, kalau time nak bagi lak..geli bila tangan kita bila mulut2 si rusa tu berebut2 nakkan keledek yg kita pegang tu. Mana yg tak dapat tu..ditarik2 baju kita, cubit perut, punggung kita ngan mulutnya..tak sakit tapi geli, haha..Mana yg tengok lak..terjerit-jerit sama melihat aksi tu, huhh!
Kat sana ada juga binatang lain tapi tidak dilepaskan..iaitu sang kancil, merak, rusa bintik2, ular sawa. Ada juga hedgehog..leh pegang dia, burung puyuh scotland (putih) leh bagi makan kat tapak tangan kita.., leh bergambar ngan tupai terbang, sekor beruang dok tawaf kandang, sesi bergambar ngan ular sawa kecik kalau nak, sekor kasawari dok dalam kandang tak bergerak-gerak. Dan yang paling best juga adalah bermesra ngan sang beruang..Bukan senang nak jumpa taman haiwan yg kita leh usik2 si beruang ni. Kat zoo negara, zoo taiping pun takleh tau, hehe.
Ada juga sesi bermesra ngan beruk, hehe..tapi kitorang tak join pun. Orang putih suka laa.
Kat kaunter nak keluar tu ada jual souvenier..dan ada buku log leh kasi komen. Aku sekeluarga kasi komen best2 aje sebab memang puashati betul! Krew2 taman pun sangat bagus.
Nak baca citer situasi kat Deerland ngan lebih detail..p laa http://www.geocities.com/cintamanisz
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Dec-2008 01:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepagi di kebun getah ayah..
|
 |
|
check line..
|
|
 |
|
along menyanyikan lagu negaraku sambil dihiasi unggun api..
|
|
 |
|
cara terbaik nak kontrol api..
|
| | View all 18 photos... |
|
Sampai di Bentong pada petang Ahad tu.. Pagi Isnin tu berkelah lagi di kebun getah ayah.. Kalau ari tu ada Tomei dan Nobi tapi kali ni tempat Tomei dan Nobi tu telah digantikan oleh Fadhil dan Dayah.. hehehe.. ada kena mengena ke?
Ayah lepas aje abis menoreh terus capai jala utk jala ikan2 yg nak dimakan..Ikan yg besar2 pun dah kurang sebab ayah baru je 'roboh'kan kolam untuk buat jamuan sempena Raya Haji baru2 ni..
Aktiviti2 lain mcm biasa la.. cari kayu api, cari ulam,lepak2, kudap2,sembang2 sambil bakar2 ikan dan tampar2 nyamok.. pastu sesi makan2 lak.. makan nasi dgn ikan talapia bakar..yaa.. kali ni bawak nasi..
Mmg seronok sesekali bersantai camni..
Kisah ni alona dah citer detail kat weblog dia.. nak tau lebih lanjut pergilah ke : http://www.geocities.com/cintamanisz
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2008 01:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerita Sabtu
|
 |
|
ni kira dah separuh perjalanan..
|
|
 |
|
angah tunjuk skil menggunakan tali
|
|
 |
|
sempat lagi amik gambar sendiri.. hehehe..
|
| | View all 14 photos... |
|
Kul 9 pagi kami ke Bukit Larut.. biasa la, panjat bukit.. exercise.. dah lama dah tak buat aktiviti ni.. ada la dekat 2 bulan.. huhuhu.. Kebetulan Pakcik Sohor pun sampai sekali dgn kami, maka sama2 la kami panjat bukit sampai pondok 2.. Sampai pondok 2 kami turun ikut jalan tar..Pakcik Sohor pun ikut turun sekali sebab katanya nak pegi Karnival Usahawan Ikhtiar 2008 (Semalaysia) yg diadakan di Dataran Kedamaian, Taman Tasek Taiping.
Selepas makan2 di kedai kak Pah, kami pun terus ke Lake Garden tu..Mmg ramai betul org kat situ.. datang dari berbagai negeri dan ceruk rantau.. kat pentas Taman Tasek tu ada pulak diadakan majlis penyampaian anugerah, cabutan bertuah dan mcm2 lagi la.. ramai betul..sampai ada yg pengsan pun ada.. huhuhu.. Kami pun tak lama kat situ.. ronda2, tgk2 dan beli la apa yg berkenan.. pastu chaloh.. nak bersiap utk ke kenduri di Semanggol lak..
Sampai di rumah Pakcik Sahak lebih kurang kul 1.30pm. Jumpa Pakcik Sahak dan isterinya (Makcik baru).. inilah kali pertama kami jumpa dgn 'makcik baru' ni sebab masa kenduri (time raya puasa) ari tu tak berkesempatan.. Di meja makan nampak abah, mak, famili kak Nor, Sela dan anak2 tgh rancak makan.. kami masuk la join sekali..Lepas makan2, tgk pengantin, sembang2 lebih kurang..tu kami pun balik le ke expo..ada majlis kenduri lagi di Expo....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Dec-2008 00:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berjalan Malam (koleksi Disember)
|
 |
|
apa2 hal isi minyak dulu..
|
|
 |
|
kat Apartment Suria Service tmpt Fadhil & Dayah menginap
|
|
 |
|
shoping baju sekolah kat PasarayaKu
|
| | View all 8 photos... |
|
Biasanya kalau hari bekerja tu, waktu malam lah masa yg sesuai utk kami berjalan2..bukan la selalu pun..bergantung pada keadaan.. keadaan zahir dan batin..huhuhu.. tapi jalan2 pun bukan jalan2 kosong tau.. jalan2 ada makna tu... hehehe..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Dec-2008 03:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenduri Kawin Fairuz dan Hanif
|
|
Sekitar kenduri anak pompuan Maklong Limah dan Paklong Wan di Kg. Expo pada 13 hb Disember baru2 ini..
|
|
|
|