|
|
| Saturday, 13-Dec-2008 02:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar Misterious!
|
 |
|
gambar yg di scan tanpa di edit
|
|
|
Lokasinya kat Taman Suria..Tak ingat dah bila gambar ni di ambil.. mungkin dalam sekitar 2002 atau 2003.. time ni along, angah, akis dan yanti pun kecik lagi..
Sampai sekarang ni misteri gambar ni takleh nak aku jawab.. misteri apa? kalu tgk betul2 gambar ni maka korang akan terperasan satu objek mcm tangan betol2 kat atas kepala along.. Mungkin ada yg ingat itu tangan org2 belakang (busu timah dan yanti) tapi soalan ni dah diajukan kan diorg.. diorg kata mmg time tu diorg tak buat gaya camtu.. kalu tgk dr segi posture badan pun mmg tak logik..tangan tu pun nampak tak penuh, macam tergantung je..
abis tu tangan sapa? ngeee..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Dec-2008 09:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerita Hujung minggu dan Aidil Adha
|
 |
|
ini la bangunan PISA
|
|
 |
|
muka posing terpaksa..huhuhu..
|
|
 |
|
along dan akis mencuba gaya baru..
|
| | View all 25 photos... |
|
Gambar raya Haji tak banyak, jadi aku campur2kan la dengan gambar2 sebelum raya..
6hb Dis- kami ke PC Fair kat PISA,Penang.. sebenarnya pi pcfair tu takde la tujuan khusus.. cuma nak jalan2 dan update gadjet2 terkini.. huhuhu.. tapi alang kepalang dah sampai tu terbeli la jugak dvd kosong beberapa keping.. along dan alona sambar la memory card hp 1g sorang sekeping..murah je.. 2 keping mem card tu baru rm29...Dah abis ronda kami pun blah.. makan tengahari kat restoran berhampiran.. Kebetulan hari tu ialah hari perasmian Pesta Pulau Pinang 2008, tapi oleh sebab pesta tu bermula pukul 6 ptg maka kami yg sampai awal ni pun cuma ronda2 kat luar tapak pesta je la..hehehe..
Pastu kapi ke Perangin Mall jap sebab ada urusan dgn sebuah company tu tapi kes naya lagi, pejabat dia tutup pada hari sabtu plak.. Lepas pusing2 lebih kurang kat situ kami pun bergerak la utk ke tanah besar.. kalu tadi kami ikut jambatan, kali ni naik feri plak.. kalu naik feri ni satu kelebihan dia pemandu boleh rehat jap.. tp jgn sampai tido lena dlm keter udah le..nanti tak sedar dah sampai jeti..tak pasal2 je kena maki.. hehehe..
Dah sampai Prai, singgah jap makan kat Restoran Subaidah.. time tu ada berita pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di TV.. Dah abis berita kami pun teruskan perjalanan.. singgah pulak Carrefour.. tujuannya sebab nak ke kedai hp dan beli baby bun yg sedap tu.. Tak lama selepas tu kami pun bergerak lagi..ambil exit Bukit Merah.. singgah Bukit Merah Lake Town lak.. kebetulan ada pertunjukan api lak kat situ pada pukul 8pm.. terperengau la sekejap kat situ tapi tak tunggu abis la.. badan pun dah letih.. sehari suntuk dah ni..huhuhu..
7hb Dis- hari Minggu, hajat hati pagi tu nak ke gym, tapi alona ajak ke pasar dulu utk beli ayam.. sebab plan esok nak buat nasi ayam..sampai ke ke tempat memproses tu, tengok org dah beratur panjang.. alona kata tak payah la beli ayam.. nampak ayam pun mcm dah nak abis.. Cancel je la buat nasi ayam.. huhuhu..
Pastu kami ke Pasar Kamunting.. mmg ramai orang time tu.. berduyun2.. tempat santan tu mcm biasa la.. berbaris.. Walau apapun berjaya la juga beli apa yg dihajati tu.. bahan2 utk buat lodeh dan nasi himpit..
8hb Dis - Hari Raya Haji/Korban/Aidil Adha. Kul 8am sembahyang raya kat Masjid Expo. Hari ni kat masjid expo je ada buat korban 10 ekor lembu..Lepas sembahyang je, org ramai yg mula berkerumun kat kawasan masjid utk upacara korban tu.. aku tak join sekali la pasal pagi tu kat umah sela pun ada majlis..
Lepas makan lebih kurang kat umah, kami pun terus menuju ke umah Sela. Dia buat majlis doa selamat skit ari tu.. jemput adik beradik terdekat je.. kira pakej raya sekali la ..
Petang tu kami tak kemana2... ada le lepak umah kak Nor sekejap.. selebihnya lepak kat umah je..baring2.. tgk TV..
Malamnya kami ke umah mak.. mak buat rendang udang je ari tu.. aku pun makan nasi dgn rendang udang tu je..sedap oo.. Sendat dah perut ni.. mmg byk makan tul aku ari ni.. Balik dari umah mak kami ke umah kak idah lak.. kak idah jamu ketupat.. aku cuma minum air je.. sebab dah tak larat nak sumbat apa2 dah..
Kul 10 lebih balik ke umah.. sampai rumah terus bukak pc dan laptop utk buat kerja editing video..video kawin org.. kawan mintak tolong aku buatkan.. atas bantuan alona, lebih kurang pukul 1 pagi siap la jugak 3 keping vcd tu. . Esok sure ngantuk di tempat keje..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Nov-2008 03:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti-cuti Malaysia : Sabah<->Sarawak (Part 3- Bahagian Akhir)
|
 |
|
Akiss ngan makngahnya di Jesselton Point
|
|
 |
|
hang msj sapa dayah, sampai senget2 tudung, hehe
|
|
 |
|
ekpresi wajah ketika menahan bayu laut menerpa muka
|
| | View all 41 photos... |
|
sambung lagi..bahagian akhir, huhu
malam tu kitorang kuar lagi. Pi lak pasar malam kat bandar KK tu. Kat situ pun banyak gerai yg jual aksesori terkini lagi sensasi . Kat situ ada laa yg membeli beg extra, gelang batu, keronsang, butang baju melayu, t-shirt gunung kinabalu dan lain2 laa.
Fadhil ngan Dayah amek kesempatan p 7 Eleven beli roti, tuna dlm tin, air mineral beberapa botol dan lain2 laa. Semua tu nak bawak p Pulau Manukan laa esok paginya, yuhuu!!
19/11/2008 RABU
-Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi, pakai baju, minum kopi, makan roti..suka hati..hehe
-Trip pertama Fadhil hantar Dayah dan kitorang 5 beranak. P cari restoran yg dah jual nasik campur di waktu pagi. Tapi takde..Pi round abeh kat situ..hampeh tul laa. Waima restoran mamak duaplohpat jam pun takdak jual nasik campuq. Last-last kitorang beli nasik lemak, nasik ayam dan nasik goreng ayam aje. Jadilah untuk menampung kelaparan yg bakal dihadapi kat pulau tu nanti. Bukan kat pulau tu takde kedai makan..tapi mahal laa kan, masakan pun takde laa sesedap mana .
-Sampai Jesselton Point..sementara tunggu Fadhil p amek trip kedua, sempat laa snap beberapa gambar. Tengok2 kedai souvenier tapi biasalah..kat tempat macam ni mahal laa sket harga brg2nya.
-Tiket bot, cukai jeti...Dayah yang uruskan sebab dia dah biasa buat keje ni, hehe. TQ Dayah.
-Akhirnya dapat gak laa kitorang naik bot ke Pulau Manukan!
-Dah sampai sana..best tul tengok air laut yg jernih dgn ikan berwarna-warni berenang gembira di bawah jeti. Budak2 ni teruja tul. Aku pun lantas teringat laa satu peristiwa terjadi di jeti Salang, Pulau Tioman, 13 tahun dulu..hehe..sian abang.
-Nak masuk pulau, kena bayar lagi. 3 kali bayar..bot, cukai jeti, masuk pulau.
-Dah pilih tempat nak port iaitu sebuah meja panjangggg, sewa 5 snorkel. Bajet diselamatkan lagi ngan menggunakan life-jacket2 yg Fadhil bawak dari Lawas. Budak2 ni turun ngan bergayanya ke arah pantai. Abang, Fadhil dan Dayah turut serta. Kat situ yg bestnya walaupun air masih cetek..ikan akan datang kalau bagi roti. Dari sebesar ikan bilis sampailah sebesar ikan terubuk tu datang nak makan roti. Dok langgar2 aje kaki orang! Fadhil ngan Dayah rajin pulak p cari tempat2 yg lagi banyak ikan. Dah jumpa..panggil along, angah ngan akiss join sekali.
-Aku pun join gak laa walaupun sekejap, huih, tak tahan panas..peluh masuk mata macam nak pitam dah, hehe. Peluh masin sangat . Tapi dapat jugaklah merasai pengalaman ikan jinak datang dekat2 kaki dari pengunjung lain yg dok baring terlentang, terlingkup berjemur aje kat pantai tu, mende laa?
-Jam 2 petang hujan dah mula turun. Makin lama makin lebat. Lagi 15minit kul 3ptg kitorang gi jeti sebab bot datang amek kitorang balik KK balik.
-Bot perjalanan balik ni..agak mengganas sket pasal ombak pun kuat, hujan lebat lak. Sampai jeti..abes laa basah
-Dah sampai apartment, rileks2 jap..keluar lagi p pasar Filipino. Mak aku lak nak beli gelang dah berkenan kat gelang aku, hehe. Sampai sana..2-2 mak pun beli gelang macam aku tuh
-Malam, turn ayah lak p pasar malam. Dayah dan kitorang 5 beranak turun ke kolam renang tapi aku tak masuk kolam pun..sejuk laa ngan bayu laut menerjah lagi, angin ujan lagi (alasan )
-Malam tu dah mula kemas2 apa yg patut. Esok nak berangkat balik dah.
20/11/2008 KHAMIS
-Hmm..pagi2 semua dok bersiap nak tinggalkan bandaraya KK ni. Beg jadi bertambah pasal ada baju basahan. Tapi takpe..masa booking tiket ari tu dah bayar sekali RM3 x 3 untuk bagasi lebih saiz lebih muatan, hehe. Flight balik ni kitorang booking untuk jam 4.20 petang tapi airasia mesej kata retime ke 1.20 petang lak. Lebih awal kena terbang balik, huhu.
-Awal juga check-out Marina Court tu. Kitorang 5 beranak Fadhil hantar dulu ngan beg2 sekali. Sementara tunggu kaunter check-in flight dibukak..sempat laa meronda2 kat terminal.
-Lepas dah check-in..kitorang pun masuk la ke balai berlepas..salam2 ngan Fadhil dan Dayah. Tima kasih banyak2 laa kat mereka berdua. Diorang ni balik Pahang gak..flight Ahad 23/11/2008 tu nanti.
-Sementara menunggu kat dalam tu..masa digunakan untuk meronda pulak kedai2 kat situ.
-Penerbangan yg sepatutnya 1.20 dah jadi kul 2 ptg lak. Pilot tu kata kelewatan ni disebabkan masalah semasa di KL lagi.
-Dalam flight sempat beli 2 cap dan key-chain airasia RM50 ngam2 semua tu, hehe. Mak aku beli beg travel airasia sbb berkenan kat beg aku tu, hehe. Mak tpg nak beli tapi dah abes. Abah plak beli t-shirt beberapa helai.
-Pendaratan kali ni sangat smooth..pilot ni namanya Aditya. Syabas ngan kerja dia hari tu .
-Dah sampai balai ketibaan..kali ni kena tunggu bagasi lak. Biasalah, p satu beg..balik berbeg-beg!
-Kat terminal LCCT..mak ngan abah sempat membeli cap airasia dan beg travel yg dah abes stok masa kat dalam flight tadi .
-Amir dah tunggu kat terminal. Terus ke Puncak Jalil. Minum2.
-Paksu ngan Busu sampai kat umah ET sebab mak ngan ayah mintak tolong diorang hantar balik ke Bentong.
-Kitorang pun terus balik ke Taiping. Alhamdulillah, kali ni lancar. Sampai umah kul 12 malam.
Tamatlah cuti-cuti Malaysia kitorang ke KK untuk kali ni. Sampai juga kitorang ke Lawas, Srwk. InsyaAllah, ada rezeki..kitorang sampai sana lagi, hehe. Tapi tak tau laa bila pulak tu.
Nampaknya, semua negeri kat M'sia ni kitorang 5 beranak dah penah jejakkan kaki laa ye? Mak ngan ayah pun sama laa. Walaupun tak explore abes tapi penuh syarat laa kan..bukan jejak je kitorang tinggalkan kat situ, bahan buangan organik pun sekali . Tu tanda nak datang lagi laa tu
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Nov-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti-cuti Malaysia: Sabah<->Sarawak (Part 2)
|
 |
|
durian Borneo..orennya isi! Nampak sedapp kan? hehe
|
|
 |
|
Kat situ meja cikgu Fadhil, hehe
|
|
 |
|
Tu lak meja cikgu Dayah. Semua ada 60lbh guru SMK Lawas
|
| | View all 36 photos... |
|
sambung lagi...
dari Kundasang..kitorang terus ke arah Kota Kinabalu kembali. Dah singgah buang air kat tandas petronas stesen, KK ...kitorang meneruskan perjalanan terus ke arah negeri Sarawak pulak.
Ikuti sorotan perjalanan kami kali ni:-
-Dari KK..3 jam jugalah perjalanan ke negeri Sarawak melalui darat dan melalui beberapa daerah dan kawasan negeri Sabah. Antaranya Lok Kawi, Papar, Bongawan, Beaufort, Sipitang dan Sindumin.
-Di sempadan..kitorang terpaksa melalui 2 pemeriksaan imigresen. Mula2 imigresen nak keluar dari Sabah. Kemudian imigresen nak masuk Sarawak. Begitulah sebaliknya kalau nak ke Sabah semula Selasa nanti. Walaupun dua-dua negeri ni dalam Malaysia tetapi diorang tetap mengadakan sistem ini mungkin untuk keselamatan negeri masing2.
-Ini bermakna kitorang dah sampai kat daerah Lawas. Tetapi nak ke umah Fadhil memakan masa setengah jam gak laa. Tambah2 hari dah malam, gelap..setengah jam pun rasa macam lama aje, hehe.
-Sampai bandar Lawas..Fadhil bawak kitorang mamam kat medan selera dulu.
-Sampai umah..semua meluruskan tulang belakang sebab sehari suntuk dok dalam keta, wakaka. Aku sempat mendobi baju.
17/11/2008 ISNIN
-Pagi tu dah selesai sidai baju, sarapan pagi..siap2 Fadhil bawak ronda2 kat Lawas. Mula2 dia bawak kitorang p SMK Lawas tempat dia ngajar. Dia bawak kitorang masuk tgk bilik guru dan melawat sekitar bangunan sekolah berdekatan.
-P pulak satu lagi bilik rahsia dia kat sekolah tu, hehe. Bilik simpanan alatan sukan!
-Pastu, Fadhil bawak pulak kitorang p nunnn kat Sungai Trusan. Kat situ adalah satu-satunya laluan nak ke Limbang ataupun ke Brunei ikut darat dari Lawas mahupun dari Sabah.
-Untuk menyeberang sungai Trusan tu..sebuah feri memberikan perkhidmatan mengangkut kenderaan dan tuan kenderaan sekali . Fadhil kata, sebijik keta kena bayar RM10, kalau keta macam Hilux tu lain lak harga, kalau motor RM2. Tuannya, free aje. Tapi, kat situ sebuah jambatan sedang dibina untuk memudahkan pengguna jalanraya kat situ.
-Pastu kitorang singgah lak kat area pejabat imigresen untuk orang nak ke Brunei. Kat situ kitorang beli beras wangi tempatan dan beras Bario..RM22 segantang woo!
-Pastu Fadhil bawak kitorang masuk kawasan Sundar..perkampungan Melayu kat Lawas. Kat situ ada sawah padi, ada kelapa sawit..ada juga nelayan.
-Fadhil citer dia penah p kenduri kawen kat sini..dahsyat tau orang sini wat kenduri kawen. Diorang bagi tetamu bwk balik pinggan, cawan kaca siap ngan sudu garpu sekali. Fadhil kata kalau pi 10 kenduri..takyah beli pinggan dah kat umah, hehe.
-Terus ke Kg. Awat-Awat..kuala sungai Trusan. Kat sini kitorang naik bot untuk tengok2 kawasan perkampungan nelayan atas air kat situ. Nak wat umah kat situ RM50k sebijik woo!
-Dah abes ronda..balik umah masak2 untuk mamam nasik. Fadhil dah beli udang galah Lawas RM18 sekilo. Mak datuk..besar tul udangnya. Kaki udang pun ada isi! Goreng aje sebab goreng pun sodap!! manisss isinya.
-Fadhil ngan dayah turut bakar ikan susu..nampak aje macam hangus dalam gambar tu tapi yg hangus cuma sisiknya, isinya sedap, mantap!
-Dah kenyang makan, rileks2 ada yg lelap mata, ada yg main worms PS2, ada yg main chess..
-Petang keluar lak p amek terubuk masin/masam, dan singgah minum sepetang di tepi Sungai Lawas. Mamam goreng pisang, cucuq udang dan cucuq keledek LAWAS style, hehe. Sambil2 tu, lalu laa Twin Otter atas kepala nak mendarat kat Lapangan Terbang Lawas dan berlepas p destinasi mana lak ntah.
-Malam tido lena..walaupun dah mula kena catu air sebab tekanan air ke kawasan umah Fadhil dah kurang lak.
18/11/2008 SELASA
-Pagi2 lepas dah sarapan..semua siap2 nak ke Kota Kinabalu balik. Kul 9pg..kitorang keluar dari Taman Harmoni, Banting, LAWAS (umah sewa Fadhil). Sampai sempadan, jumpa imigresen lagi..Selamat tinggal Lawas, selamat tinggal bumi Sarawak!
-Isi petrol kat Sipitang. Singgah pulak kat Beaufort..Fadhil beli satay Brunei. Takyah p Brunei tapi leh rasa camne satay Brunei..hehe.
-Kali ni 3 jam perjalanan lagi tapi kali ni nampak jelas pemandangan sebab hari siang, hehe. Hari Ahad hari tu dah petang, senja2 dahhh malam.
-Sampai KK terus Fadhil dan Dayah check-in kat Marina Court Apartment untuk 2 malam.
-Petang tu dah mamam sate dan dah p turun minum petang plak kat restoran berdekatan, kitorang sempat p bangunan tong Yayasan Tun Mustapa @ Yayasan Sabah tu untuk bergambar kenangan. Tu salah satu mercu tanda KK tu!
-Lepas2 tu, Fadhil terus bawak kitorang p acara shopping dan sessi jamu mata kat Pasar Filipino. Juling mata masing2 nak cari, pilih barang yg menarik, hehe.
-Aku sempat sambar gelang batu dan gelang kulit siput, ayah beli baju Sabah untuk Daniel, abah beli butang baju melayu, mak beli aneka gelang..mak aku aje tak beli apa2 lagi..rilekss, hehe.
-Singgah minum air kelapa, tapi sebelum tu jumpa buah hutan paling sedap iaitu buah salak RM3 sekilo (4kg RM10) untuk saiz kecik dan RM5 untuk saiz besar (2kg RM9). Apa lagi..pulun!!
-Balik apartment..anak2 sempat turun kolam renang sebelum acara seterusnya pulak!!!
bersambung....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Nov-2008 03:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti-cuti Malaysia : Sabah<->Sarawak (Part 1)
|
 |
|
Menunggu sambil mamam mutan
|
|
 |
|
bila nak pegi Sabah ni?
|
|
 |
|
Byk kali p..baru kali ni sebok nak amek gambar kat sini.
|
| | View all 55 photos... |
|
time ni tetiba teringat lak citer Madagascar 2.. "Attention! attention!.. We have a good news and a bad news..a good news is we are about to landing shortly.. and a bad news is..its a crash landing!" Ngehehehe..
Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Masalah sikit2 tu biasalah!
Ikutilah sorotan pengembaraan kami..cewah!
02.06.2008 - Abg booking tiket Air Asia online utk 9 org pergi-balik LCCT-KK. Tiket kitorang anak beranak..ayah ngan mak yang sponsor. Tima kasih tak terhingga.
15.11.2008 - SABTU
-Sempat singgah Kompleks Sukan Negara..amek angin stadium, haha.
-Penerbangan AK5114 berlepas dari LCCT kul 5.10 petang.
-7.30 mlm sampai Terminal 2 KK..Fadhil ngan Dayah dah tunggu kat luar.
-Fadhil bawak avanza, abang pulak sewa keta untuk 3 hari.
-P mamam kat anjung selera berhampiran terminal bas KK.
-Merehatkan badan kat Tang Dynasty Park Hotel sebelum acara seterusnya berlangsung esok.
16.11.2008 - AHAD
-Bangun pagi2, siap2 nak p Kinabalu Park. Kalau lambat, bayang gunung pun dah tak nampak!
-Singgah sarapan capati kat restoran mamak berhampiran hotel penginapan.
-Meneruskan perjalanan sambil melihat pelbagai pemandangan yg sebelum ni tengok kat tv aje.
-Dapat laa tengok jambatan Tamparuli yang glamer tu. Memang ada 'tamu' kat seberang jambatan tu..hehe
-Gunung Kinabalu bagai sentiasa memerhati kita di sepanjang perjalanan tu.
-Kat Timpohon Check Point, Kinabalu Park..puncak gunung dah tak nampak langsung. Pantas betul sang kabus menyembunyikan keangkuhan puncak sang gunung!
-Dok situ sat..tengok pemandangan, amek2 gambar. Sejuk dan dingin udara nyaman. Ada pulak sorang tu main sompoton..sedap aje dengar.
-Fadhil bawak pulak ke Poring Hot Spring. 40 minit perjalanan dari Kinabalu Park.
-Tak mandi air panas pun..sekadar tengok2 orang aje, huhu.
-Tapi sempat p naik Poring Canopy Walkway..ngan melalui 5 titi gantung dari sebatang pokok besar ke pokok besar yang lain (157.8m pjg). Tinggi titi gantung tu 41m dari bawah. Gambar tak amek kat sini pasal bawak kamera kena bayar RM5 wlpn kamera hp. Video cam kena bayar RM30. Ada laa satu aku selitkan kat blog aku.
-Singgah makan bihun sup kat sebuah restoran di pekan Ranau.
-Singgah lak kat Kundasang beli buah-buahan tempatan. Fadhil ngan Dayah beli sayur.
..citer akan disambung (sebab gambar part 1 setakat kat situ aje, hehe)
Dari stesen Timpohon ni kita leh tgk jalan yg kita lalui tadi berkilometer jauhnya..
gambar titi gantung yg dicilok dari blog cintamaniszlite
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepetang di Taiping Sentral
|
|
Banyak aktiviti yg dilakukan hari ni.. Pagi2 dah ke Bukit Larut.. lama dah tak panjat bukit larut ni sejak dah join gym rakyat..Penangan Bukit Larut ni lain skit.. tak macam main gym.. hehehe.. Tul tak Alona?.. tau takpe..
Balik dari Bukit Larut terus makan2 kat Masa Katering. Pastu on da way balik singgah umah mak/abah jap.. rupanya mak abah nak kuar sebab hantar repair mesin rumput.. sambil ditemani oleh Pilus..
Tak jadi la lepak kat umah mak.. lepak kat umah je la.. sambil layan Persona 3 FES ngan bebudak 3 org tu..
Petang tu ada latihan badminton kat dewan di Kg Jambu.. Pinggang pun rasa nak bengkok dah ni tapi bila dah main tak rasa apa2 lak.. lepas dah abis main baru rasa bengkok balik..huahahaha..
Balik dari berbadminton di Kg. Jambu tu la kami singgah di Taiping Sentral. Mula2 tu kami ke Kenny Rogers Roaster (KRR). Alona mmg dah lama berhajat nak ke sini sejak dari Langkawi ari tu lagi tapi sebab ari tu tak berkesempatan.. masa pun dah suntuk (tu diaa.. nak makan pun takde masa oo..). Tapi memandangkan 1 Nov tu adalah hari lahir Alona dan mmg KRR ni baru je dibuka cawangannya di Taiping ni maka mmg kena sgt lah..dan tercapai lah juga hajat Alona tu.. huhuhu.. Kalau dulu nak sambut hari2 yg macam ni makan kat Mc D, Pizzahut atau KFC je tapi sekarang kat Taiping dah ada mcm2 pilihan.. Sekali sekala menjamu kat restoran2 camni seronok juga..lagipun bukan selalu makan kat tempat2 camni, kena check pocket dulu..kalau selalu mau parak beb!
Lepas makan, ronda2 la sekitar Taiping Sentral tu..Sebelum ni bukan tak pernah ronda kat sini tapi biasa la kan.. takkan le nak balik terus..alang2 dah lepas makan tu bakar la kalori skit.. kebetulan kat ruang legar tu ada buat Wedding Fair sambil mempromosikan beberapa barangan lain.. kami setakat tgk2 je la.. Sambil2 tu terjumpalah beberapa kenalan yg sama2 meronda kat situ.. ada yg lepak2..ada yg makan2.. ada yg nak pi karaoke dan ada yg nak pi panggung wayang..
Sebelum balik kami naik TESCO sekejap (bangunan sebelah je) sebab nak beli roti kopi..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Oct-2008 08:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Along dan rakan2 sekolah
|
|
Disebabkan along dah nak abes sekolah rendah tahun ni..jadi abg izinkanlah dia bawak kamera digital yg lagi satu tu ke sekolah.
Gambar2 ni adalah dari 3 peristiwa. Yang pertama majlis pra hari raya di SK KE 2 yang diisi dengan majlis perpisahan ngan 2 orang cikgu praktikal iaitu cikgu Ezzah dan cikgu Fatimah, majlis penyampaian saguhati untuk anak2 yatim dan beberapa penyampaian hadiah anugerah khas seperti yang diterima oleh Along iaitu pelajar yang berkelakuan baik sepanjang bulan Ramadhan ni..hehe.
Yang keduanya ialah gambar ketika majlis sambutan Aidilfitri warga SK KE 2. Along turut mengabadikan gambar kawan2nya sebagai kenang-kenangan. Manataknya, bukan semua pelajar tahun 6 akan ke SM KE. Ada yg kena p SM Klian Pauh, SM Taman Tasik, mana yang ada rezeki ke sekolah berasrama penuh..diorang p sana lak. Mana yg rasa nak sekolah dekat ngan umah masing2..diorang p laa sekolah kat situ. Jadi tak semuanya akan bersama lagi di tingkatan satu kelak.
Yang ketiganya..gambar tahun 5 dan 6 pi zoo taiping. Ni program RIMUP (free) untuk tahun 5 termasuklah Angah tapi budak2 tahun 6 sebok nak ikut gak. Jadi diorang kena bayar ngan duit sendiri tapi separuh hargalah pasal pelajar, kan?
Disebabkan sekolah diorang dekat jugalah ngan zoo..jadi berjalan kaki aje lah. Takyah sewa2 bas dah, huhu.
Anak2 aku seronok..aku pun gembira sebab mereka melalui pengalaman yang sihat sebegitu.
Ada satu aje gambar kawan2 along datang beraya kat umah. Diorang kayuh basikal dari SERATAS ke Kamunting. Terima kasihlah kat makpak diorang (tenaga pengajar SERATAS) coz percaya anak kayuh basikal jauh macam tu zaman kenderaan banyak skang ni.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Oct-2008 02:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rumah Terbuka Masa Katering
|
|
Bulan raya dah nak sampai penghujung.. pada masa ni ramai lah yg membuat atau menerima undangan rumah terbuka sana sini..
Tahun ni kami berkesempatan menghadiri rumah terbuka Masa Katering.. tahun lepas tak berkesempatan..seawal kul 8pm, org dah mula berbaris panjang menuju ke meja buffet.. Bermacam2 juadah.. sate, ayam panggang, nasi beriyani, bubur pulut hitam, laksa johor, ais kacang dan macam-macam lagi lah.. semuanya sedap2 lak tu.. tu pun aku tak sempat la nak rasa semua sebab dah malas nak berasak2...
Tak ramai tauke2 restoran buat camni..Terima kasih la kepada tauke Masa Katering, Puan Sabariah dan En. Mahathir.. Tahun depan kalu buat lagi jemput la kami lagi.. InsyaAllah.. Semoga Allah murahkan rezki untuk korang..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Oct-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambaraya 2008 / 1429H - Edisi Bentong
|
 |
|
pekena nasik lemak di Hentian Bukit Gantang
|
|
 |
|
Isi angin dan buang angin, hehe
|
|
 |
|
Mamak, roti tisu 3!
|
| | View all 40 photos... |
|
Raya ke 3 pagi2 dah balik Btg. Bwk juga si Tomei dan Nobi, 2 ekor kucing yg baik.
Sampai kat sana ada busu, paksu dan yanti. Diorang nak balik KL awal. Petang lepas lepak2 kat Air Terjun Chamang di waktu ujan..p lak makan2 kat Restoran TMK Tandoori. Ada yg pekena roti nan ayam tandoori, ada roti tisu, ada roti canai dan ada pekena roti boom!
Malammm sikit..sempat p beraya kat umah mak ndak Tet selang bebrp buah umah dari umah mak dan ayah. Kat situ baru merasa makan nasi impit kuah kacang untuk raya kali ni. Aku pun tak buat makanan tu tahun ni pasal dah buat laksa. Buat banyak2 menu..sape nak makan?
Raya ke 3..pagi2 lagi dah ke Melaka..kg mak. Janji ngan paksu, busu, pakngah ngan makngah jumpa kat R&R Seremban. Kat situ kitorang sempat cari sarapan pagi.
Sampai Kg.Paya Rumput, Sg. Udang..terus ziarah pusara atuk ngan nenek dulu. Ni ikut plan pakngah ngan paksu. Pastu singgah kat umah 5-6 buah umah dekat kampung tu. Nak ikutkan byk lagi umah sedara mak yg nak diziarahi tapi masa tak mengizinkan. Yg singgah 5 umah kat situ kitorang aje pasal masa yg lain2 singgah umah ke 6 tu kitorang p cari klinik jap kat pekan Sg. Udang. Angah ni tak semena-mena kena gigit sang tebuan lak. Nasib baik tak sempat bertukar jadi 'tebuan-man' .
Lepas zohor, kitorang p makan nasik kat Pantai Klebang..tapi tinggal nama aje laa pantai pasal dah takde pantai dah. Semua sedang ditambak.
Lepas Asar kat Masjid Tun Khalil Yaakob, kitorang keluar hi-way nak p Tmn Desaria, Nilai 3 umah sepupu mak..paklong Zul. Tapi geramm aje kat paksu coz tak tau jalan dekat nak keluar dari Melaka tapi buat2 macam tau sangat! Pi laa ikut jalan jauh tu. Kan dah buang masa, buang tenaga, buang duit minyak dan tol! Habis timing lari! Bagi kitorang jalan dulu pun takpe!
Lepas tu sempat lagi singgah kat umah abang mak, Paklang Dahlan kat Bandar Teknologi Kajang sebab dah janji nak pi. Raya Sakan!
Raya ke 5..pagi tak keluar mana2 pasal letih semalam tak abis lagi . Tengahari baru keluar buat sessi shooting keluarga kat jalan Institut Memandu RAY. Lepas tu terus pergi berhari-raya ke Kg. Lebu..umah Cu dan umah mak ngah Yang.
Balik Tmn. Desa Damai..singgah lak kat umah Pittam. Langkah kanan pasal mittam ada buat mi kari Dah sampai umah mak..mak ajak p beraya kat umah jiran sebelah umah. P laa sat..jiran yang baik
Balik Tepen..sempat singgah makan kat pekan Tapah. Pastu masuk hi-way balik meneruskan perjalanan.
"depa yg raya, aku yg letih", kata tomei
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Oct-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambaraya 2008 / 1429H - Edisi Taiping
|
 |
|
bergambar keluarga di rumah
|
|
 |
|
kat umah mak/abah
|
|
 |
|
along dan angah beraya ngan Pah dan Wan
|
| | View all 31 photos... |
|
Macam biasa, dah hari raya tentu la ada gambar raya .. kan..? Huhuhu..
Nak citer detail pun rasanya nanti meleret2 lak.. aku citer serba ringkas je la..
Pagi tu lepas sembahyang raya kat Masjid Expo, aku sekeluarga ke rumah abah/mak. Pas beraya lebih kurang kami beserta keluarga kak Nor,maton, sela dan ziti bawak mak abah ke Lake garden untuk sesi fotografi kat sana.. Ada la kelainan skit tahun ni.. kan..Takde la asik2 kat VST je.. mana tau tahun depan bersesi fotografi kat australia plak..huhuhu..
Balik dari sesi fotografi kami terus balik expo.. sambil2 tu singgah umah kak idah sekejap..
Awal petang ada sesi makan2 kat umah mak/abah.. sela masak bihun sup, kak Nor lak buat mi kari. Makan kat meja batu kat luar umah tu..
Petang tu tgh lepak2 tu, Shah lak dtg beraya.. aku sembang la dgn dia kat meja luar umah mak/abah tu.. tentang mcm2 bende.. Shah tetap cam dulu..hehehe.. yg lain2 tu tgh beraya kat umah makcik Ana.. Lepas diorg semua dah balik beraya tu, bersiap2 lak ke umah Pak Long Tahir. Pergi la kami dengan sebuah van dan 2 buah keter ke Padang Rengas. Dalam perjalanan terserempak plak Abg Rashid. Balik dari Padang Rengas singgah beraya di rumah abang Wan (abg kpd Anas) di Simpang.
Malamnya adik beradik (famili ziti dan maton) datang beraya kat umah aku. Jamu laksa. Lepas tu berangkat utk beraya di rumah Sela/ Anas.
Tamat Raya Pertama.
Raya kedua.. Pagi2 lagi aku kena call out kerja di Semanggol. Kul 12.30pm baru kau balik.. Ziti dan Maton ajak ke Kuala Kangsar. Oleh sebab aku terlewat balik keje maka diorg pun pergi dulu..Aku sekeluarga pada mula nya ingat nak join tapi last minit tukar plan plak ke umah Haji Alias di Bukit Gantang..
Awal malamnya pulak Haji Alias sekeluarga pulak datang beraya di rumah disusuli oleh Shahir dan adiknya..
Tamat raya ke dua...
|
|
|
|
|