Want your
own Fotopage?








 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Sep-2008 02:02 Email | Share | | Bookmark
Salam Dunia


tersentuh hati aku tgk video clip ni..

COPPS.....COOPPS.PUASA SUDAH RAYA PUN SUDAH...KINI ZAI KEMBALI COPPS...1ST COMMENTOR...

MANA PIC RAYA??
Mon 6-Oct-2008 12:16
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>> OH OOH . 2nd. commentor,....dah balik ke dari Bentong?
>> laksa tu ada lagi ke? best la nak rasa laksa pahang lak pas ni he he santan berlemak kan..? jangan lupa pose enam lak.
Tue 7-Oct-2008 00:17
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Hehehe.. Alhamdulillah.. dah balik Tepen balik dah ni.. pic raya tu nanti akan menyusul.. raya tak abis lagi kan?
Aji..laksa pahang tak belajar buat lagi.. tunggu resepi..
Tue 7-Oct-2008 03:01
Posted by:wak mustar  - [Link]
Add comment


Thursday, 25-Sep-2008 15:18 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri 2008 / 1429H


woooo. edit yer. na komen gak tahun hijrah tu 429 ni zaman pricess of persia. ho ho.. Fri 26-Sep-2008 07:52
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri Fri 26-Sep-2008 08:32
Posted by:zira  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidulfitri...
Maaf zahir dan batin...
Mudah-mudahan hari raya kita diberkati Allah
Sat 27-Sep-2008 05:12
Posted by:suargh  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 5-Sep-2008 01:36 Email | Share | | Bookmark
Hujung Minggu yang Bersejarah..

Dani dalam van
anis
budak2 dalam kolam
View all 30 photos...
Telaga Air Panas Perubatan di Changkat Jering

30 Ogos
Ziti dan Amir ada la balik Taiping pada hari Jumaat minggu tu.. balik ngan keretapi. Esoknya pulak ada buat majlis makan2 kat umah mak. Aku lak kena keja hari tu, ada kerja overtime kat loji Taiping..cuma Alona dan anak2 aje lah ke umah mak. Sela dan anak2,Kak Nor dan anak2, Kak Idah dan bbrp anak2 dia ada la join sekali. Aku cuma dapat join bila abis keja pada pukul 2 lebih.. byk gak lauk-pauk yg dimasak ari tu.. Sedap ooo..tapi kena makan secara solo la..

Petang tu pulak Ziti ajak pi Kolam air Panas yg kat Changkat Jering tu. Aku sebenarnya agak letih juga ari tu tapi memandangkan adik aku yg sorang ni sesekali balik nak bermanja dengan aku, maka aku layan gak la.... hehehe . Lebih kurang kul 5pm amir dtg dengan van merah abah tu..Aku amik tempat drebar.. Kak Nor dan anak2 pun ikut sekali, Sela sekeluarga join gak tapi diorg pi dgn keter sendiri..

Kebetulan ari tu ada satu grup berbasikal dari Langkawi (Simpang-Langkawi-Trong) dtg singgah kat situ, jadi keadaan petang tu agak sibuk la jugak.. Yg nak berenang dgn berenangnya, yg tak berenang rendam kaki aje..



Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim (KSKNI)

31 Ogos
Merdeka!!.. Pagi tu abah dan Mak bawa Ziti-Amir sekeluarga pi jogging kat kaki Bukit Larut. Aku dan Alona memula tu cadang nak pi gym rakyat tapi ari tu gym tutup pulak. Kebetulan aku lak ada kawan kat Loji talipon mintak bantuan pasal ada keje emergency. Memula tu ingat nak pi lepas balik gym tapi dah jadi camtu, kul 9.30am aku pi la loji utk keje emergency itu.. Dekat kul 2 baru aku balik..huhuhu.

Petang tu Ziti tipon aku lagi, ajak pi Kota Ngah Ibrahim lak.. dia kata tadi masa jogging abah ada cakap pasal nak pi situ. Tak kisah la.. aku kira 'on' je..Seronok gak pi ramai2 ke tempat camtu..Lebih kurang kul 4 ptg, abah datang dgn van merah, aku amik tempat drebar dan menuju ke KSKNI yg terletak di Matang
KSKNI ni dibuka setiap hari dan cuma tutup pada hari Raya aje..masuk percuma. Kat situ ada la beberapa diodrama pasal sejarah bijih timah di Larut, pasal perang larut, pasal Maktab, sekolah, mahkamah, tentera jepun disamping beberapa artifak yg tinggi nilainya dan keterangan mengenai beberapa tokoh sejarah yg berkaitan.. Kalu nak tau lebih lanjut lagi kena la pi sana..
Abah nampak seronok sepanjang berada kat situ. Abah kata itu ialah bangunan sekolahnya dulu2. Abah pernah bersekolah kat situ sampai darjah 6 masa zaman 50'an. Sebelum dijadikan sekolah ia adalah merupakan Maktab Perguruan, sebelum tertubuhnya MPSI. Byk gak la memori2 silam yg abah dan mak ceritakan sepanjang berada kat situ..
Sebelum balik sempat la mengziarah kubur Ngah Ibrahim yg terletak tak jauh dari bangunan KSKNI itu. Masa balik kami ikut jalan matang-simpang halt yg melalui jalan estet kelapa sawit yg agak sempit. Aku sebenarnya first time ikut situ tapi aku mmg tau ada jalan boleh tembus ke Simpang Halt sebab aku dah terlebih dulu buat research dgn menggunakan Google Earth.. huhuhu.. Tujuannya aku nak tgk kot2 masih ada lagi tinggalan trek keretapi dulu2 tu (Taiping-Port Weld) yg mungkin masih ada tapi sepanjang jalan mmg tak nampak sikit pun.. . Seingat aku dulu pada awal 90'an dulu trek keretapi tu masih boleh dilihat di situ tapi entah apa silapnya, trek tu hilang begitu saja..apa yg tinggal? Yang tinggal hanyalah sejarah..



Malam tu, lebih kurang kul 10pm, ada sambutan hari lahir Amir dan Anas di umah Mak. Simple2 je.. Ada la buat kueteaw goreng, ada kek..Doa dibacakan oleh abah..
Aku cuma bawa along dan akiss aje, angah dah tidur, Alona pulak tak dpt join sebab Mak dan Ayah dari Bentong nak datang malam tu..

awat tu ketua dajah tak angkat tangan, ni mesti tak tahu jawab ni. he he. ni kalau ayahda tenguk mesti tergelak habis. Mon 8-Sep-2008 07:30
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
kelas apa ntah.. tak tau la.. ada org tua, ada org muda, ada bebudak, ada pakai songkok ada pakai ketayap, pakaian pun ikut suka depa.. hehehe.. lantak depa laa.. Tue 9-Sep-2008 05:01
Posted by:wak mustar
ketua drjh ngan penolong ketua drjh tu dah jawab dah tadi. Ckgu tak bagi jawab lagi Tue 9-Sep-2008 14:19
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 13-Aug-2008 01:40 Email | Share | | Bookmark
Aksi Akis dan kucing

 
 
 
View all 9 photos...
Aksi2 akis dan kucing kesayangannya, Tomei.


budak ni memang fanatik kucing. Kucing comot pun dia kata comel..payah betul!
Wak mustar, gambar fairuz tunang tak masuk lagi ke?
Tue 19-Aug-2008 06:48
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
buluuu.. mcm kapass!! hehehe..

Wak Mustar sibuk sekarang.. projek tak siap lagi..
Wed 20-Aug-2008 03:54
Posted by:wak mustar  - [Link]
>>>kucing ni tomel le!! ia! tomel memang tomel iss tuannya pun tomel Mon 25-Aug-2008 01:51
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 03:54 Email | Share | | Bookmark
Taman Tasik Taiping - Edisi Malam

ni kat pintu belakang zoo
bawah pokok
tasik yg gelap gulita
View all 4 photos...
Gambar2 ni aku shot selepas balik dari majlis di sekolah SKKEVII-2 minggu lepas. Selesai je majlis, lebih kurang kul 10.30pm, aku, alona dan akiss pusing2 dulu sekitar taman tasik melalui Zoo Taiping.. Mula2 tu ingat nak amik gambar pintu masuk zoo tu , tapi oleh kerana takleh nak parking kat tepi jalan (nak parking kat tempat berbayar tu rasa tak berbaloi sgt..hehehe), kami lajakkan skit dan berhenti kat tepi berdekatan dgn pintu belakang zoo. Rasa cuak jugak time tu memandangkan keadaan masa tu sunyi, cuma sekali sekala je motor dan kereta lalu kat situ..sayup2 bergema ngauman harimau dari dalam zoo tu..Kalau dulu2 tempat tu mmg terkenal sebagai port utk aktiviti2 'manusia 2 alam' ni.., tapi skang dah tak berapa ada dah..agaknya sebab MPT dah byk pasang lampu2 kat situ kot.. .
Pastu kami menyusuri jalan Taman Tasik yg sunyi tu sambil snap sana sini dgn kamera cabuk kami tu sehinggalah ke taman permainan. Kat taman permainan tu kami berhenti lama skit. Org pun agak ramai yg lepak2 kat situ, ada yg berkapel, ada yg berkeluarga dan ada yg tgh melayani anak2 bermain kat situ walopun jam dah menunjukkan hampir pukul 11 mlm. Sebenarnya aku nak amik gambar air pancut kat tengah2 tasik tu, tapi masa tu MPT tak pasang plak.. agaknya mmg time tu diorg dah 'off'kan ke.. atau MPT nak jimatkan letrik ke? Ntah laa..
Ada la setengah jam aku dgn baju melayu hijau dan berkain pelikat merah berpusing2 kat kawasan tu dgn kamera.. Ada juga beberapa pasang mata yg mengekori pergerakan aku, agaknya ingat aku ni pencegah maksiat kot? Hahahaha...




gambar2 malam ni menariklah, tapi jagan buat selalu takut dia orang salah anggap lak, mai mana pencegah maksiat menyamar ni?? Mon 11-Aug-2008 08:43
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
Mana ada menyamar.. kita nak amik gambar je Pak Aji.. Org nak salah anggap itu diorg punya hal.. kita tak kacau org pun kan?? Tue 12-Aug-2008 00:54
Posted by:webmustar  - [Link]
Hanya orang yang melakukan kesalahan saja yang takut masa tu sampai tak tahu sama ada abg sdg menyamar atau singgah sj2 amek gambar ataupun mmg real pejabat agama mari punya! Tue 12-Aug-2008 04:04
Posted by:@LoNa cintamanisz@ymail.com
Add comment


Saturday, 2-Aug-2008 00:23 Email | Share | | Bookmark
Satu hari di hari Sabtu

suasana di tapak perkhemahan waktu pagi
angah, along dan kawan2nya
futsal antara platun
View all 20 photos...


SABTU 02.03.2008
Pagi2 aku hantar akiss ke sekolah ngan moto. Bas sekolah pun takde hari tu. Dah balik umah, kemas umah sket2 dan siap basuh dan sidai baju..aku ngan abg keluar lak sarapan pagi kat Selera Mlm, Kmtg. Aku mkn bubur arab..abg mkn nasik lemak, hehe. Macam sarapan pagi kat hotel lak, wakaka.
Dah tu..p sekolah KE lagi. Diorang ada wat sukaneka sket. Saja nak p tgk, amek gambar..
Along kata..mlm tu diorang tido pun tak cukup, dah dekat Subuh baru leh tertido.
Khemah diorang tido 3 orang. Angah, along dan sorang kwn dia.



Along dan angah antara yg terawal membuka khemah pagi tu.

Masa majlis penyampaian hadiah tu..abg telah dipersilakan oleh cikgu Roslina soh sampaikan hadiah kat budak2 menang mewarna tahap 1.

Along dapat jugaklah hadiah pertama melukis & mewarna lambang sekolah utk thn 6, menyusun puzzle berkumpulan dan hadiah ke2 lari 100m terbuka.
Angah dapat hadiah ke 2 melukis & mewarna lambang sekolah thn 5. Sepatutnya angah dpt lg 1 iaitu kategori kuiz pengetahuan am berkumpulan no 2 tapi hadiah disediakan cuma 2 sj. Jadi angah tak dapatlah.
Medal kali ni lambang persatuan murid2 tua KE woo! Merah dia lagi terang. Cantik laa maknanya tu. Bukan senang nak dpt. Hadiah tu Old Edwardians yg sponsor.

Habis camping..kitorang p ronda2 dulu sementara menanti pukul 1 akis abes sekolah. Sempat p kedai jajan kat stesen bas tpg tu utk beli jajan, hehe.
Sampai sekolah TMGS..akis tak kuar2 lg. Tunggu sat, takpe!
Nampak abg Mail baru sampai nak amek Iqah ngan Pijah. Bagi kat dia kuaci 1 bungkus besar tu, hehe.
Akiss dah masuk keta, p lak Rest. Masa mkn tengahari. Semua amek nasik setengah kecuali akiss, dia amek nasik penuh (huh!)..sebab dia tak makan nasik lagi hari ni.

Balik umah, aku sempat mendobi baju2 along angah yang digunakan sepanjang 2 hari camping.

Dlm kul 3ptg..aku ngan abg p dusun duyan abah kat Pdg. Rengas lagi nak amek duyan. Paklong tipon abah kata buah byk. Kitorang p ngan van sekali ngan abah dan mak. Budak2 tak ikut kali ni..pasal aku kesian, letih. Dah laa malam tadi tido pun tak berapa nak lena.


Inilah rumah yg paling dekat dengan SKKEVII-2. Secara peribadi aku suka gambar rumah ni. Ianya membawa kenangan masa aku kecik2 dulu. Kalu lukis rumah mesti bentuk dia lebih kurang mcm ni..dengan tingkap 4 seginya, pastu pokok mesti ada satu kat tepi, background ada bukit2 atau gunung2.. hehehe.. nostalgia lagi deja vu tu.. but this is the real things..

Zai ni asik nak jadi first je.. selain dari first dia taknak komen.. hehehe.. but anyway, thanks..

Fri 8-Aug-2008 07:17
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
Dah tu pesyen umah besar dulu2. Umah yg merupakan kuaters tentera berpangkat tinggi (Mejar) tu pun mmg dah ada masa abg budak2 dulu2 lagi.. Dah lukis tingkap umah tu..mesti nak lukis langsir dia lak kan, tihihi... Mon 11-Aug-2008 02:57
Posted by:@LoNa
Ha'ah..langsir tu selalunya ikat kat tepi, ada jalan lak dari pintu rumah, pastu ada matahari balik gunung.. ada burung2 lagi...burung bentuk 'M'.. burung ke kelawar ntah.. kat atas bumbung ada arial TV.. Mon 11-Aug-2008 05:11
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 1-Aug-2008 00:43 Email | Share | | Bookmark
Camping TKRS

along dan khemahnya
angah pun teringin nak bergambar ngan khemah
lain2 khemah
View all 18 photos...
Petang ni aku hantar along angah p camping kat sekolah diorang. Seronok dan teruja aje masing2. Along angah kali ni bwk khemah sendiri. Yang lain2 ada yang menggunakan khemah yang sekolah pinjam dari sekolah sultan yussuf. Ramai juga yg bwk sendiri.
Cuaca petang tadi..punyalah panas, kesian budak2 tu. Yg gelihati tu, ada satu khemah tu keciknya ya amat. Macam khemah untuk baby aje, hehe. Jadi bahan ketawa budak2 yang lain aje. Marah dia kat budak2 yang ketawakan tu, hehe. Aku pun sebenarnya nak ketawa gak sebab khemah kecik tak padan ngan orang. Macam mana dia nak tido malam kang? Mesti kena 'mengerekot'. Dah khemah kecik, barang2 pun bwk byk..aduhai!

AGENDA MALAM
P solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah kat SK KE 2. Seperti yg dijangka..sambutan dari ibubapa mmg tak brp menggalakkan. Bacaan surah yassin juga dibaca beramai-ramai. Tapi ustaz aziz baca mmg laju. Takleh nak ikut..baca sendiri. Ustaz dah habes..tapi kaum2 ibu masih belum habis lagi. Masing2 cuba menghabiskan surah tersebut sendiri.

Kami dijamu dengan roti canai dan kuih bahulu. Budak2 camping..dijamu dgn nasik. Sian aku nengok budak2..masing2 makan dgn gaya laparnya, hehe.
Mlm tu ada sessi bakar lemang.




fulamak cepat nye update..baru nak komen dah kluar baru lak..semangat ni he he..cepat tepat tersendiri gan hobi kita je! Wed 6-Aug-2008 03:23
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
hehehe.. sajee.. ada byk lagi gambar nak upload.. tumpang tgh rajin ni... . Bukan nak cari glamor tapi saja nak simpan sini utk tontonan hari esok.. Wed 6-Aug-2008 04:22
Posted by:wak mustar  - [Link]
picture ungun api tu menarik la Wed 6-Aug-2008 05:37
Posted by:cinta(ct) cintasatu_78@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 31-Jul-2008 03:05 Email | Share | | Bookmark
Sambutan 125 tahun Sekolah King Edward VII

bebudak KE VII-1
bebudak KE VII-2
sepanduk Selamat Datang
View all 35 photos...
31/7/2008 KHAMIS PAGI
Budak2 King Edward 7 (KE) semua gembira dan bersemangat ketika membuat perarakan beramai-ramai di beberapa jalan utama di bandar Taiping. Souvenier perayaan 125tahun penubuhan KE pun sold out! Nasib baik aku sempat sambar t-shirt diorang satu untuk abang. Mula2 aku ingat nak beli gak untuk aku 1..hehe. Walaupun aku tak sekolah KE tapi sebagai isteri kepada bekas pelajar KE dan ibu kepada pelajar2 KE..aku tumpang bangga dan bersemangat gak, haha. Ok laa tu kan?
Tapi disebabkan saiz S dan M dah abes..maka aku yang bersaiz M ni tak dpt laa nak beli untuk diri sendiri. Beli untuk abang aje laa. Tak beli kang..nanti ralat pulak. Sebab bukan senang nak dapat baju cetakan khas ni.
Aku gak beli sticker lencana KE harga RM4. Balik2 tu terus aje aku tampal kat cermin depan keta kancil, atas sticker Pahang, yiihah!

Perasmian perarakan dirasmikan oleh salah sorang old edwardians iaitu Datuk Abdul Mutalib pengerusi Media Prima. Yang bestnya, vip dan old edwardians yang hadir turut berarak pagi tu. Dari padang KE 1..diorang keluar ke Jln Stesen, masuk kat simpang jalan sebelah sek.George..melalui deretan kedai2, terus ke jalan kota, masuk pulak ke main road..akhirnya ke sekolah KE 1 balik.
Aku pagi tu naik moto aje p tengok. Walaupun kesemua ibubapa pelajar dijemput hadir tetapi tak ramai yg dtg pun..mungkin sebab komitmen kerja, takde kenderaan..
Pastu aku balik ke rumah balik..sapu dan kemas2 umah sket, keluar pulak ngan keta amek along ngan angah kat sekolah KE 2 diorang.
Sekolah budak2 ni diberi cuti peristiwa hari tu. Jadi budak2 tahap 1 mmg dok umah aje lah. Yg p padang KE 2..budak2 tahap 2. Sekolah KE 1 pun cam tu aku tgk. Sekolah menengah KE aje semua turut terlibat. Budak2 pempuan form 6 pun ada sekali. Kalau nampak budak pempuan sekolah KE dah tentulah pelajar form 6 sebab hanya untuk tingkatan 6 saja dibenarkan mengambil pelajar perempuan. Samalah ngan St.George jugak.
Nak ikutkan, aku pun leh hantar along angah terus ke pdg KE 1 tapi disebabkan diorang nak naik feri sekolah (trak askar)..diorang naik bas sekolah pagi2 mcm biasa dan naik trak di sekolah diorang. Jadi, masa balik tu..memang aku kena amek diorang kat situ gak laa. Bukan apa, peluang nak merasa naik trak tu bukan selalu dapat. Along tu, wlpn pernah naik masa pertandingan kawad dulu..tapi masih teruja nak naik kenderaan perwira m'sia tu. Nasib baiklah tahun ni dapat YDP PIBG seorang Kapten bahagian angkut.

Malam tu, budak2 ni tunggu gak keluar berita perarakan siang tadi masuk buletin utama TV3. Mana taknya..terang2 nampak jurukamera dan beberapa krew tv3 kat situ. Yg merasmikannya pulak big boss diorang.
Wlpn takde kuar gambar diorang..tapi seronok gak laa bila akhir buletin tu ada diorang tayangkan sket perarakan KE 125 tahun kat tv. Merah aje..
Diorang citer, masa lalu kat sekolah George..budak2 george boo-boo diorang. Alah, diorang jeles laa tu. Sekolah diorang tak best, haha (jgn marah piluih!). Tapi..diorang citer, budak2 KE boo-boo balik kat diorang, wakaka.
Aku tak ikut perarakan..tapi untuk amek gambar aku p tunggu kat simpang main road aje.

Pagi tu teruk gak laa aku nak handle 2 kamera. 1 handy cam, 1 camera still. Aku gunakan sesungguh-sungguhnya. Yg best nya..aku amek gambar sebaris ngan jurugambar tv3, jurugambar sokabar dan beberapa jurugambar dah tentunya dgn kamera masing dgn kaki tripod tinggi masing2, hehe. Sorang pempuan aje lak tu, wakaka.



yg jurugambar pompuan sorang tu dari "Gebang worldwide publisher". Penerbitanya bukan orang malaysia saja baca, orang Brazil pun baca. hu hu..bestnya.
I'm the first comment he he.
Tue 5-Aug-2008 07:36
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
salah sorang pakcik tu pakai kasut sama mcm kasut aku daa.. Fri 15-Aug-2008 03:20
Posted by:wak mustar eldiair@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 00:48 Email | Share | | Bookmark
Dusun Padang Rengas dan Ladang Limau..

baru sampai dusun
pohon durian
Pak long test parang barunya, sambil diperhatikan angah..
View all 15 photos...
Bertolak dari rumah Haji Alias di Bukit Gantang tu, jam dah tunjuk kul 4pm, tak lama lepas tu Mak call tanya jadi ke idak ke Pdg Rengas.. aku kata jadi tapi kami masih lagi di Bkt Gantang.. Pastu Alona pun ckp la kat bebudak tu, balik karang mandi cepat2 sbb lepas tu nak ke Pdg Rengas lak.. merungut2 la diorg bila dgr camtu..hehehe.. Mmg la, kalu ikutkan aku pun letih juga tapi dah janji ngan mak nak pi.. lagi pun aku mmg teringin benor nak tgk dusun durian abah yg dah lebih 10 tahun aku tak jengok tu..
sampai je kat umah dah dekat kul 4.30pm dah.. bebudak tu pi mandi2 dulu.. aku relax2 jap sambil minum kopi dan biskut.. alona berkemas2 apa yg patut, kasi nobi dan tomei makan, basuh baju and so-on laa..Lepas dah bersiap2 lebih kurang, kami ke umah mak.. Mak dah tunggu kami kat meja depan tu sambil baca kosmo..Mak kata abah tak ikut sebab jaga Mak Ndak.. Aku pun keluarkan van, terus menuju ke Padang Rengas..
Sampai di Bukit Berapit, budak2 tu senyap je kat belakang.. tido kot..letih ke Badung Camp tadi..talipon Pak Long, suruh tunggu kat simpang je..Pak long kata "aku mana ada keter".. laa.. pulak.. "Ok..Pak Long tunggu kat umah.." Sampai umah Pak Long dah pukul 5.30pm..Paklong pun dah bersiap2 dgn parang panjang berkilatnya..huhuhu..Depan umah Paklong skang ni dah rupa bengkel la pulak, dgn lori sebijik, toyota hilux sebijik.. dgn tools dan besi2, kayu2 yg bersepak sana sini..huhuhu.. wan dan adam tgh bakar apa ntah depan tu.. Tak lama di umah Pak Long, kami terus ke dusun..bawa paklong sekali..sambil2 tu Pak Long citer yg keternya masuk workshop, baru kena accident..
Aku mintak paklong tunjuk simpang nak masuk ke dusun tu, dah lama dak pi, dah lupa dah..Pak Long kata "lantak kat hang!" hehehe.. biasa la ayat pak Long.. Rupanya jalan ke dusun tu dah boleh naik dgn keter dah.. jalan pun dah cantik berturap.. tapi kecik je la.. ngam2 je dgn van tu. Sampai kat dusun, van leh parking kat tepi jalan..kami pun tinjau2 la sekeliling, paklong tunjuk beberapa bj durian yg gugur.."diterajang dek kera!" kata Pak Long.. Huii.. sayangnya.. buah besar2 lak tu..Pemandangan kat dusun tu mmg tak jauh beza dr dulu, cuma yg berbeza ialah pokoknya yg dah besar2.. pokok jering pun dah susah nak di kait buahnya sebab dah terlalu tinggi..Pondok pun dah takde dah.. tinggal tapak je.. Pak Long kata tak guna buat pondok sebab org selalu curi.. kayu, zink..pastu kalu kalu bukan musim durian, jadi port diorg lak buat keje2 yg tak berfaedah lak..hmm..
Lepas kutip beberapa biji durian kami pun turun balik, jam dah kul 6 lebih.. Pastu Paklong ajak pi tgk Ladang Limau dia lak..Walopun mak dah ajak balik tapi aku dan alona 'on' je.. alang2 dah sampai situ.. Ladang Limau Pak Long terletak tak jauh dari umah Pak Long.. dulunya bendang, skang dah jadi Ladang Limau..Paklong kata limau2nya dia 'tolak' kat pasar malam, pasaraya, market..harga dalam rm1.50-rm2 sekilo..Sehari boleh kutip dalam 100-200 kilo.., "tapi tak tahan lutut la , pasal nak buat keje mengutip tu kena berlutut...", kata Pak Long.. Mmg cantik pemandangan kat situ, alona pun snap la sana sini.. tapi oleh kerana hari pun dah nak gelap, kualiti gambar pun tak brp elok sgt la.. Dah abis sesi melawat kami pun ke umah Paklong semula utk antar Pak Long balik.. Oleh sebab hari pun dah beransur senja, kami pun tak lama di umah Pak Long dan minta diri untuk balik..
Sampai kat Kamunting hari dah gelap..singgah Masa katering jap sebab nak isi perut yg dah lapor..

COPPSSSS....ZAI 1ST COMMENTOR KAT CINI....

WOW BEST ERK PI DUSUN..
Mon 4-Aug-2008 11:55
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 00:40 Email | Share | | Bookmark
Badung Camp

peta
pokok betik di rumah hj alias
perjalanan naik
View all 42 photos...


Setelah berharu-biru pada hari sabtu semalam, pagi Ahadnya pulak kami ke Badung Camp pulak.. tapi trip kali ni mmg dah ada dalam perancangan.. Sebenarnya plan nak pegi hari sabtu, tapi kebetulan anak2 pak Haji Alias (pemilik badungcamp http://badungcamp.fotopages.com/) pun ada yg bersekolah pada hari tu , maka plan di tunda lak pada hari Ahad.. Ada hikmahnya.. kalu tak lagi bercelaru la citer semalam.. huhuhu..

Seawal 9.00 pagi, selepas bersarapan ala kadar kami bertolak dari rumah menuju ke Bukit Gantang. Sambil2 tu msg Aji Alias yg kami on the way ke sana.. Sampai di umah Aji Alias, tgk Pak aji dah bersiap2 dah, Kak Rubi pun dah siap masak nasi dgn lauk2nya dan bubuh dalam mangkuk tingkat yg krom berkilat tu. Mmg rapi persediaan yg dibuat oleh Pak Aji dan kak Rubi ni.... Aku tgk kat whiteboard rumah pak aji siap ada map lagi.. agaknya untuk rujukan anak2nya nanti.

Lebih kurang kul 10am kami bergerak menuju ke badungcamp yg terletak lbh kurang 3km dari situ. Pak aji dan anak2nya arip, iliya dan sheila naik motor (3 bj motor) sementara anak dia yg nama Akma tu naik keter bersama kami..Kak Rubi tak ikut sekali sebab takut nanti semput katanya.. huhuhu..sampai dikaki bukit, setelah memakir kereta di tepi jalan, kami menapak lak. Pak aji kata jaraknya ke badung camp dari situ ialah 1.5km aje.. orait la tu..

Pak aji sorang je naik motor ke atas..siap ada raga di belakang.. sebab senang nak angkut barang2 ke atas dan nak angkut hasil dusun bila turun nanti..

Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 1/2 jam, di samping tu pak aji siap bagi assignment lagi kat anak2nya yg bertajuk 'tumbuh-tumbuhan yg boleh di makan dan mempunyai nilai komersial'.. huhuhu.. dasat pak aji ni.. jadi sambil jalan2 tu kena la melihat dan mengenal pokok2 di sekitar.. bagus idea ni.. aku, alona dan anak2 aku pun boleh belajar sekali..

Sampai di badungcamp kami berehat sekejap di pondok yg satu2nya terdapat kat situ..sambil tu kutip2 buah durian yg gugur dan acara latihan meniti diadakan utk anak2..Selain pokok durian, ada jugak pokok2 limau dan manggis di situ.. tapi yg paling best, ada anak sungai berhampiran dgn tanah dusun pak aji Alias ni..Mukabumi yg berbatu di situ telah membentuk tingkatan2 air terjun secara semulajadinya.. memang cantik..mmg berbaloi..



Di kesempatan ini aku dan alona mendokumentasikan dalam bentuk video dan gambar sebagai kenangan.. Lama juga kami di situ.. geng bebudak la yg paling seronok, menggelongsor sana sini.. aku tak join sekali sebab sibuk sgt explore air terjun tu.. ada ketikanya stop sekejap kopek durian pulak.. pastu sambung lagi..panjat sana, panjat sini, snap sana snap sini...tak cukup dgn gambar, shoot video plak..Pastu lapar balik..hehehe.. Pak Aji siap bawak sotong kering lagi.. fuh.. bakar sotong pulak kat situ.. Bab bakar2 ni along la yg paling suka.. tunggu sampai habis sotong2 kering tu..Budak2 yg seronok mandi tadi pun lapar.. sejuk terketar2 dah..Bekalan yg disediakan Kak Rubi tu la jadi sasaran, sedap Kak Rubi masak.. selera betol kami makan..sampai bertambah2..hehehe.. sambil2 makan tu aku talipon mak.. tanya jadi tak ke Pdg Rengas ptg ni..mak kata kalau jadi kul 4pm..
Lebih kurang kul 2pm, kami pun berkemas2 untuk balik, sebelum tu pungut durian dan letak dalam raga atas motor, korek pokok tepus, panjat pokok manggis lagi.. dapat la dlm 20 bj.. tu pun tak termasuk yg dah di makan! Pastu kami pun berduyun2 la turun (sambil dgr lagu tango2 dari h/p salah sorang anak aji alias.. hehehe..).



Lebih Kurang kul 3pm, sampai kat umah Aji Alias semula..ingatkan nak terus balik tapi Kak Rubi hidang air pulak..Kena la lepak jap..Lagi pun Hj Alias nak pi kebun dia nak amik rambutan..aku ikut sekali..bawak motor Aji.. takde la jauh sgt.. tak sampai 1 km pun..Pak Aji kata kebun tu ada la dalam 1 ekar.. bekas sawah padi.. durian ada, rambutan ada, cili api pun ada..Selepas sudah kait rambutan dan petik cili api kat kebun tu lebih kurang, aku dan Pak Aji kembali semula ke rumah Pak Aji..Beberapa minit kemudian kami pun mintak diri utk balik....Pak Aji bekalkan kami dgn durian dan rambutan..huhuhu..berbanyak terima kasih la Pak Aji dan Kak Rubi atas layanan kat kami ari tu.. ada umur kita buat lagi.. InsyaAllah..
Alhamdulillah.. segalanya selamat..tiada sebarang masalah dan kemalangan serius berlaku sepanjang aktiviti ini.. setakat tergelincir skit2 tu biasa la...

Ada lagi nak citer ni.. bersambung la pulak..

T/kasih sudi mempromosikan badungcamp. Sebenarnya saya sendiri pun sebelum ini tidak sampai ke ting.3 air terjun tu, bila dah ramai semangat lak he he..Insya'Allah plan akan datang kita buat penjelajahan lebih mencabar lagi , boleh. Fri 1-Aug-2008 03:25
Posted by:badungcamp miaaa_as@yahoo.com.my  - [Link]
pklong bandung tu kat ne?kat indon tu ke hehe..cam bes je tmpat tu.. Fri 1-Aug-2008 16:36
Posted by:piluih yuiutui89@yahoo.com.my
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.