Want your
own Fotopage?








 
gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
D.I.Y: Repair bumbung

along tgh cek bumbung yang telah di repair Apeng sebelum ni..
Pinggan Astro rumah ku..hampir di selubungi pokok Pelam..
bumbung umah kak Nor
View all 12 photos...


Jarang sangat orang buat entry pasal atas bumbung ni.. Ini adalah antara gambar2 semasa aku dan Along naik ke bumbung rumah untuk repair bumbung bahagian dapur baru yang bersambung dengan dinding yang dulunya bahagian luar rumah.. Dah cakap kat Apeng tapi biasa la dia tu.. kalu projek kecik2 camni dia ingat tak ingat je.. padahal dia yang punya pasal.. bila hujan lebat berangin je, meleleh2 air turun di dinding dari sambungan bumbung tu.. alih2 aku amik keputusan repair sendiri je.. pagi tu aku dan alona pegi hardware dan beli zink dan paku.. mahal gak zink ni.. habis la jugak dekat rm50..
Dengan tangga kayu yang agak goyang2 tu aku dengan tak berbajunya dan Along naik ke atas bumbung..Saje je bawak Along tu teman aku kat atas tu.. latih kemahiran hidup sikit.. moga jadi kenangan kat dia kemudian hari.. Along yang baru first time naik agak gayat gak.. Nampak sangat la gayat bercampur takut kat muka dia tu.. mungkin sebab tak konfiden atap genting tu leh tampung berat dia kot.. . Tapi bila dia nampak abah dia steady je jalan atas bumbung tu baru la dia agak berani skit..
Alhamdulillah.. selepas aku taruk zink tu, takde la bocor lagi bumbung umah aku semasa hujan lebat..

Terima kasih, yang..sebab repair bumbung tu. Takdelah nak kena letak kain buruk dan mop air yang meleleh dan bertakung kat dapur tu.

Mengenali ibu kucing beranak 9 ekor sekali bunting tu telah menjadi satu kenangan yang amat indah. Kerananya..baru aku dapat menyelami sehalus-halusnya dan sedalam-dalamnya emosi yang berada di dalam diri ini. Alhamdulillah.
Wed 7-May-2008 03:46
Posted by:alona
Add comment


Monday, 14-Apr-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
Aku dan Sesuatu..

di sebalik tingkap
lepak kat Bukit Larut..
zoom out..
View all 16 photos...


Hmm.. gambar2 ni mostly ialah pada hari yang sama dengan Hari Along berkawad tu..Sambil menunggu along abis berkawad, kami berempat macam biasa la.. berjungle tracking dulu di Bukit Larut.. kasi pecah peluh skit..Lepas tu kami makan2 di Masa Catering (tempat favorite kami.. sedap dan harga berpatutan..). Lepas makan barulah kami ke sekolah Kg. Boyan tu, jengok Along.. rupa2nya dia dah abis kawad.. naik berkilat dah muka dia sebab asik berjemur je..huhuhu.. Tanya kat along " nak balik tak?".. Dia jawab "ibu ikut belakang trak sampai Sekolah KE.." Hehehe.. tak senonoh betul budak ni.. seronok pulak naik trak askar.. Bapak dia dulu sampai tak lalu dah naik trak..takpe la ,bukan selalu..
Sambil nak tunggu lagi tu kami ke Giant jap.. makan aiskrim dan ronda2 kat situ sebab kat luar masa tu panas terik beb..Lebih kurang kul satu kami semula ke sekolah KE2 ,Alona yg drive sebab aku dah ngantuk sgt dah.. tertidur jap dalam keter.. sedar2 alona dah sumbat mulut aku dgn straw.."air kelapa", katanya.. Laa.. dah sampai Bukit Larut rupanya .. along tak sampai lagi..boring tunggu situ.. Alona snappy2 la skit apa yg patut.. cahaya cukup.. gambar pun cantik katanya.. hehehe.. Tapi sebelum tu ke Taiping Headwork (tempat keje aku kat Bukit Larut) jap utk repot talian talipon rumah yg rosak..Pukul 2pm baru sampai umah..
Malam tgk AF6 plak.. persembahan byk yg hancur.. boring.. ambil kucing 3 ekor tu masuk umah.. lagi terhibur hati ini tgk gelagat kucing dari tgk AF.. huhuhu.. Hmm.. malam tu Faisal yg terkeluar..

Alona (Ina pangilan semasa kami satu pejabat dulu) tak takut ulat gongok ke? teringat saya masa sama pejabat dulu saorang pekerja wanita (tak ingat nama dah) telah tangkap ulat gongok dan mendawa penceroboh.. he.. he celah akag kayu kan banyak ulat2 begini setidaknya cengkerik... Tue 15-Apr-2008 03:42
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
Kami dah byk kali jumpa ulat gonggok gergasi ni kat Bukit Larut.. Dia ni tak bahaya .. seronok tgk.. mcm keretapi je merayap.. Wed 16-Apr-2008 01:03
Posted by:wak mustar  - [Link]
Add comment


Saturday, 12-Apr-2008 02:57 Email | Share | | Bookmark
Along Dan Kawad TKRS

Sebelum ke sekolah
geng2 along yg baru sampai..
berhimpun depan sekolah..
View all 9 photos...
Ini la antara gambar2 Along di hari pertandingan kawad sekolah-sekolah peringkat daerah yang diadakan di Sekolah Kampong Boyan, Taiping.
Walopun team Along tak menang apa2 tapi pengalaman dan penyertaan itu yg paling penting.. Oleh kerana ramai anak2 askar yg bersekolah di SKKEVII-2 tu dan YDP PIBG yg baru dilantik ialah seorang pegawai berpangkat Captain dari cawangan Pengangkutan, maka berpeluang lah along ari tu naik trak askar pergi balik dari sekolah KE2 ke Sekolah Kg. Boyan tu..

Care to comment?


Monday, 31-Mar-2008 00:49 Email | Share | | Bookmark
Kisah yg org lain tak brp kisah..

myvi baru Ayah..
run along run!
kupu-kupu angah
View all 11 photos...
gambar2 yg dah lama bertapa dalam simpanan.. Lama tu tak lama la.. dalam tahun 2008 ni jugak.. aku lambak kan sekali kat sini untuk belekan korang.. kalu ada sesiapa yg tak paham boleh tanya di ruangan komen..

apa jadi ngankupu2 angah tu? idup la gi ker?
gambar mak masa quri tu mesti nak posing senget2..hehehe
Mon 31-Mar-2008 05:16
Posted by:zt
Kupu2 angah tu angah bela dari ulat lagi tu, sebab tu manja ngan org..hehehe.. agaknya dah arwah dah kot.. kupu2 mana leh hidup lama, kan?
Mak tu standard la posing camtu.. original.. takde org leh copy.. huhuhu..
Mon 31-Mar-2008 06:52
Posted by:wak mustar  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
Majlis khatam Quran

antara tetamu yg hadir
ustazah yg mengajar diorg mengaji
along angan dan akis
View all 17 photos...
Berlangsung pada 10 Feb 2008..

syukur alhamdullah.. ilmu akhirat di titik beratkan untuk anak2 kita. Moga di manafaat kan Al-Quran sebagai paduan hidup mereka. Agar selamat dan berkat di dunia dan akhirat.. Insyaallah. Sat 29-Mar-2008 01:08
Posted by:G-ariel
Syabas...tiga-tiga dah khatam Quran, ni kira-kira pecah record keluarga lak ni. untung ayahnya dapat anak2 berkebolehan gini, iss rasa boleh gi ke hafis lak ni. Insya'Allah...kalau masin garam kan... Fri 4-Apr-2008 08:20
Posted by:Aji alias miaaa_as@yahoo.com.my
Add comment


Saturday, 8-Mar-2008 00:39 Email | Share | | Bookmark
Projek Dapur untuk Dapur, Bilik dan Stor..

apeng tgh berbincang ngan abah..
apeng @ Mah put pang selaku kepala kontraktor
apek lembu dan budak sindrom
View all 15 photos...
Inilah antara gambar2 pembikinan dapur semasa awal tahun lalu.. Sepenuhnya siap pada awal mac 2008. Dengan tersiapnya dapur baru ni maka terbinalah juga sebuah bilik extra (bekas dapur lama) dan sebuah stor untuk menyimpan khazanah-khazanah yg nak dibuang sayang, nak diguna tak tau bila..

Masa ni kena banyak2 sabar wa ckp lu. Dalam umah dah jadi kapal karam. Bila buat dinding untuk bilik baru kat dapur lama tu habes bertepek-tepek simen atas lantai. Ngan tiang2 besi pekerja ah peng nak selesaikan bahagian tinggi2 merata2. Pastu debu dan habuk pecah dinding untuk buat gerbang ke dapur, pecah pulak kabinet sinki yang lama..berdebu-debuan halus macam jerebu tu. Masuk idung, kerongkong..macam2 leh jadi. Musim ujan laa pulak masa tu. Masak pun guna dapur RM29.90 yang guna gas tin tu. Masak macam main masak2. Takpe..kesulitan hari itu adalah untuk keselesaan masa depan. Alhamdulillah, siap..lega. Betapa pentingnya sesebuah rumah ada sebuah stor simpanan barang2, huhu. Fri 28-Mar-2008 09:51
Posted by:alona
Add comment


Friday, 7-Mar-2008 02:21 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kawin Myn~Fadzly

khemah di pagi hari
banner
pengantin
View all 60 photos...
Berlangsung pada 26 Jan 2008 bertempat di rumah Kak G di Taman Perpaduan, Bercham, Ipoh.


Good work for fadzil team.. Many thax. Fri 7-Mar-2008 04:44
Posted by:G-ariel
10Q P.LONG!SANTIKK LAAA.. Mon 7-Apr-2008 12:40
Posted by:fazlymyn dekryne36@yahoo.com
10Q P.LONG!SANTIKK LAAA.. Mon 7-Apr-2008 12:40
Posted by:fazlymyn dekryne36@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 15:09 Email | Share | | Bookmark
Burung apa??

 


Agak susah nak amik gambar mamat sekor ni.. mcm tau2 je aku nak amik gambar dia masa tgh pose baiiik punya atas ampaian depan umah..

Yang diberitahu tak semestinya dia akan tahu, yang tahu tak semestinya dia akan mengenal dan yg mengenal tak semestinya dia akan faham.. kalu nak tahu kemana halatuju manusia.. kena tahu dari mana asalnya.. nakk tahu asal kena tahu usul.. Thu 21-Feb-2008 02:18
Posted by:wak mustar  - [Link]
amboi berbelit otak baca komen2 kat atas nih..dah macam forum Islam pulak....Hemm...Usul ku apa ya?? Fri 22-Feb-2008 07:35
Posted by:zt
amboi seronok tengok gambar2 dalam nie. jalan sakan kome ye..
kolan air panas tu dekat mana erk... somewhere air kuning ke..
je ulas cikit...
Thu 28-Feb-2008 07:52
Posted by:G-ariel
View all 6 comments Add comment


Sunday, 13-Jan-2008 14:43 Email | Share | | Bookmark
Taman Negara Pulau Pinang - Pantai Kerachut

baru sampai..
depan pejabat pengurusan Taman Negara
di pintu gerbang
View all 42 photos...
Seronotnyerrr pi Taman Negara Pulau Pinang tadi. Dari kaunter info taman negara tu..jauh nak ke Pantai Kerachut 2.5km jugak laa.Tercatat kat papan tanda arah..masa yang diambil untuk ke lokasi 2jam. Tapi dengan kebiasaan kitorang tiap2 ujung minggu joging ikut short-cut dari kaki bukit Larut ke pondok 2..tak menjadi masalah sangat laa nak lalui trek hutan ke sana (huhu, berlagak!!!) Ia laa..tu satu kelebihan jgk kn. Jadi masa 2jam tu kitorang dapat jadikan sejam saja. Bila dah sampai tu, WOW!! Memang indah..indah sgt2. Dengan angin laut yang mendamaikan. Cuma kedatangan kami tadi pada masa yang tak sesuai untuk melihat fenomena meromictic kat tasik tepi laut tu. Tapi kitorang tak mandi laut pun..cuaca panas beb. Saja cari pasal laa serah diri kat ultra violet tu. OZON dah makin menipis tau!! huhu. Kemudahan tandas, surau, bilik mandi, tempat makan pun ada. Cuma tempat makan kat situ takde laa dinamakan restoren ke apa..tempat tu dinamakan post guard. Bawak bekal tu boleh..tapi kena bawak sorang sikit laa. Nak lebih mudah pi terus dari pintu masuk taman negara ke pantai kerachut tu naik bot. Rm160 untuk 10 orang satu bot pegi-balik. Boleh sangat laa tu, kira RM8/sorang sehala. Nak camping pun..kemudahan sume cukup. Cuma diorang soh bawak tong gas sendiri laa pasal diorang tak kasi nak masak guna kayu api ke arang ke. Kat jeti pantai kerachut tu kan..ada laa orang mancing. Mak aii!! ikan yang diorang dapat dasat2 wa cakap lu beb! Gelama, semilang..besar2 lengan ni. Banyak laa jugak dalam timba tu. Kalau camping situ..goreng pun sodapppp!! Tapi nak pi sana ikut jungle treking elok laa guna kasut sukan. Takut melecet..huhu. Tak puas sebenarnya pi sana. Memandangkan ari pun dah menjelang petang..kena laa balik pasal nak balik pun amek masa dekat 1 jam gak jalan guna kaki, huhu. Tapi tu pun ada yang kitorang jumpa kat pertengahan jalan baru aje menghala ke pantai tu. Siap bawak ama, appa..anak2 pun besar2 akis ni aje. Kul berapa laa pulak depa nak balik tu ek? Mungkin naik bot kot balik tu..huhu. Ada rezeki lagi nanti..ingat nak pi arah lagi 1..nak tengok pemandangan kat area Pasir Pandak, Teluk Tukun, Sg Tukun (kat sini ada pool), USM CEMAC..dan kalau larat lagi terus ke Teluk Duyung atau Monkey Beach. Kalau laratttt lagi..pi daki bukit yang ada rumah api tu, huhu. Sesapa yang teringin nak pi..pi laa. Parking keta kat area persatuan nelayan tu rm3 aje sehari. Kalau bukan masa peak..diorang mungkin kira sekali parking selagi keta tak keluar rm3 jugak kot..huhu. Masuk taman negara tu buat masa ni..tak berbayar pun lagi. Cuma kena tulis nama amek permit masuk dan untuk rekod pengunjung diorang. Makan pun tak mahal kat restoren luar kwsn pejabat/kaunter pintu masuk taman negara tu. Nasik ayam dalam gambar tu RM3.50 ayam banyak! Laksa dia pun banyak, kuah sodappp..rm2 aje. Kalau nak teloq lebih RM2.50. Sekian citer ku yang best ni, huhu. Dalam banyak2 taman negara kat m'sia ni..taman negara kat penang ni laa senang sekali nak pi..Apalagi? pi laa.

.. sebenarnya kami pun konfius jgk ni.. tapi kalu nak tahu.. pi la Penang.. tgk sendiri.. huhuhu.. Fri 18-Jan-2008 14:59
Posted by:wak mustar  - [Link]
peeerrrgggg memang indah betol kat cni, arap2 dapat pegi lagi, dapat jumpe pak usop. hihihihi Fri 20-Feb-2009 07:01
Posted by:Fazli @ SAMPJ fazli21_gemini@yahoo.com.my
yup kite pon rase nk g byk2 kali lg..best ea kat c2...xsangka gak ade lg pantai yg xtercemar kat penang nih..huuuu Sat 14-Mar-2009 17:11
Posted by:honeyyayang.blogspot.com
View all 6 comments Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 02:35 Email | Share | | Bookmark
Telaga Air Panas Cangkat Jering

Maton dan Khaira Dhania
sesi buat sup kaki
ziti dan maton baru nak coba2
View all 25 photos...
Telaga Air Panas Cangkat Jering adalah antara beberapa telaga air panas yg terdapat di Perak ni..terletak beberapa km dari pekan Changkat Jering.. di buka sejak tahun 70'an lagi tapi masa tu takde la cam sekarang ni.. tak ramai yg tahu pun.. Selain dari rendam kaki kat situ, ada gak rendam herba (dlm bilik khas), sauna, urut badan dan fasiliti kolam renang .. Menurut pakcik yg menjaga kolam tu.. terdapat 4 kolam di situ tapi cuma 2 kolam je yg betul2 panas, yg 2 kolam lagi suam2 gitu je..katanya lagi dulu tak berapa panas tapi sejak dua menjak ni agak panas sikit..


la...pk su ngan pk teh rilek je..pk long je sampai terjuling bijik mata rendam kaki hehehe.... kata pro..mke cam kna culture shock je hahaha Sat 19-Jan-2008 17:04
Posted by:piluih yuiutui89@yahoo.com.my
rileks.. tak nampak ke Paksu tgh tergigit lidah tu.. pak teh lak mcm nak terkencing.. pak long rileks je.. siap leh sandor lagi.. muka camtu bukan culture shock.. tapi tgh syok nyanyi lagu ahmad jais sambil rendam kaki tu.. Mon 21-Jan-2008 05:24
Posted by:wak mustar
Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.