gebang's FotoPage

By: gebang akarkita

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Jun-2008 00:55 Email | Share | Bookmark
Rombongan GSL ke Langkawi (1st Group)

baru sampai
apahal lak anak mus tu?
ini la kondo century suria
sampai je terus terjun kolam dari tingkat 5.. huhu..
akis lepak2 kat city bayview hotel
sesi manja2 kat tepi kolam
langit senja di Langkawi
BBQ di kolam renang City Bayview Hotel
tengah mentekedarah..
family Pak Lah
lepak kat Lobby City Bayview Hotel
kat depan City Bayview Hotel
lepas sarapan, posing kat sini jap..
Kat depan Nusantara. Ni 10thn pun x abes myk gamat ni! huhu
Pak Aji dah mula cakap merapu lepas pekena benda ni..
ni dah tahap kronik ni..
kat depan restoran Arab
Akiss kat Petronas Quay
berlatarbelakangkan kapal2 layar
aksi Akiss
akiss dan akma
akis, angah & mariamah tijo..
meh la masuk sini..
kanak2 riang
suka sgt main cermin.. haa.. main puas2
main apa ntah..
org tua ni pun suka main cermin gak..
along mencuba kekuatan mentalnya
along dah taktau nak main apa dah..
bola bola bola
alona yg tgh konfius.. taktau cermin mana nak tgk..
angah tgh isi minyak moto.. nak pi mana ntah..
permandangan dari atas..
sudut yg lain
kat rumah api
angah dan akis kat rumah api
kak Ruby ngan akiss
muka sebelum naik gondola
si cilik yang cuba menjadi tour guide
Tengok abah tak gayat pun, hehe
jom naik gondola tu lagi.
beramai-ramai menghayati keindahan alam
Kat atas tu laa ShahRukhKhan gadoh dlm DON
Bestkan!
Pak Haji dan Angah
Merakamkan keindahan dalam bentuk visual
Inilah teknologi..
Ku lihat hijau!
Pak Haji dgn anak2
Along merenung masa depan
Pemandangan yang takkan dilupakan
Angah ingat tak dpt dah naik titi gantung tu
Angah dgn memek muka mengerikan..hehe
Perjalanan yang indah untuk ke tempat yang indah
Horeyy! dpt juga ke sini
Arif malu2 pulak!
Kuat betul angin kat sini ye tuan haji!
Ceria dan menyegarkan
Senyum..1, 2...10!
Masing2 dgn aksi tersendiri
abg membuat aksi melebarkan sayap seperti helang!
Ni kat Taipei ke ni? Ada jambatan merah pulak kat belakang.
Arnab yang jinak dan comel
Ni ialah cucu helang di dataran Lang tu! hehe
Angah di bawah rumpun bambu
Antara lokasi menarik di Langkawi
Lega dh dapat naik gondola..
Along dgn kuda yang tak hitam2 wlu berjemur di tgh panas.
Angah di pantai pasir hitam
Along selepas dah kenyang
terima kasih sbb sudi jelajah bumi langkawi dgn kitorang!
di samping keta sewa
baca tu!mana tau soalan msuk dlm Are U smarter than a 5th Grader
peace!
sopannya angah kali ni, hehe
ada teropong ni best kan ibu?
Cintamanisz
aksi 'alamak! terlebih sudah!'..wakaka
menghabiskan percutian di hari ke 3
teka..brp tahun usia pokok ni?
Berposing di tengah panas!
amboi, bergayut pulak budak2 ni!
sepi di atas batu, huhu
tunggu air asia, jgn lupa janji kita!
Angah bersama pemandangan indah
Along memegang pokok kelapa agar tak jatuh! huhu
Kalau duduk lama2 kat sini..byk ilham datang ni!
sungguh indahnya dunia hatiku ini..
menghabiskan waktu-waktu terluang sblm check-out
along di balkoni apartment
seronok dpt masuk kota mahsuri
tu laa makam mahsuri
belakang tu telaga mahsuri
jemput laa naik
Semua umah nak naik ke?
lepas ni naik umah tu pulak, tau ibu!
umah ni tak ada oranglah ibu! dok kat tangga ajelah.
jom selam cari gamat!
senyum jugalah walaupun letih sebenarnya ni.
Alhamdulillah, ni kali ke 3 kitorang menyertai GSL Family Trip ke Langkawi wlpn ini adalah trip GSL yang ke 4 ke Pulau Lagenda itu. Kalau ikut peribadi..ni kali ke 5 menjejakkan kaki ke tanah Mahsuri. Tak kisahlah..berapa kali p Langkawi pun tetap seronok. Takyah banyak songeh nak komplen..percutian ini GSL yang jadi penaja. Eloklah dari tak ada langsung.
Kitorang menyertai trip yang pertama dari 3 grup GSL staf.
Keseronokan kali ini lebih dari dulu sebab di Langkawi kali ni kami bebas mengadakan aktiviti masing2. Yang lebih menyeronokkan..percutian ini 100% ditaja, huhu. Barang2 yang kitorang beli kat sana kalau nak diikutkan..semuanya adalah ditaja selagi peruntukan yang dibekalkan tak abis..

Catatan ringkas..ringkas tak brp ringkas jgk laa, hehe:-
-Simpan kancil di loji GSL..naik bas persiaran ke jeti Kuala Perlis. Sampai awal kat sana sdgkan tiket feri yang telah ditempah pukul 12.30. Kat dalam feri..terdapat sedikit salah faham dengan rombongan Pej. Tanah dari Terengganu yang eksyen dengan baju2 SUKMA diorang tu. Sebabnya, pengurusan mereka tu tak cekap menguruskan tempat2 duduk dalam feri yang telah diberi kepada ahli2 rombongan mereka.
-Sampai jeti, sewa kereta masing2. Kitorang adalah antara yang terawal sampai ke lobi Century Suria Kondo, Kuah. Budak2 terus sibuk nak salin baju masuk kolam! huh..tak menyempat-nyempat..
-Petang, start shopping coklat kat Haji Ismail Group. Mata naik juling tengok beraneka coklat yang sedap2. Sempat singgah lepak minum petang kat sebuah gerai dpn Maybank Kuah. Budak2 makan nasik lemak. Perut last isi pagi tadi kat R&R Gurun. Sedap juga nasik lemak bungkus daun pisang tu.
-Pukul 7mlm dah naik lif p tgkt 4 Bayview Hotel. Makan BBQ kat tepi kolam renang diorang. Beraneka juadah disediakan. Semuanya sedap2. Sup cendawan dan roti garlic, beraneka dessert, ketam, ayam, daging, udang, ikan tenggiri yang dibakar..pergh! Abang meratah aje lauk2 tu. Tapi rugi juga..kitorang tak makan pulun pun perut dah kenyang..nak paksa2 sumbat sangat pun, takleh juga. Takmau laa jadi pacat yang kekenyangan sampai takleh nak bangun..jalan, hehe.



HARI KE 2
-Kitorang antara yang terawal turun sarapan pagi. Kalau lambat, takut tak sempat nak pergi jelajah Langkawi, huhu.
-Penjelajahan hari ini turut diserikan lagi dengan Haji Alias sekeluarga. Mula2 kami singgah di Nusantara Maju untuk membeli beraneka barangan gamat. Memang kali ini aku telah cipta rekod dengan membeli barangan gamat lebih RM100. Memang menggamatkan, huh! Antara brg2 tu ialah krim rambut gamat + myk kelapa dara, myk urut gamat + serai wangi, krim gamat + susu kambing, beraneka bam dan pati myk gamat. Beli satu jenis barang pun sampai 2-3 botol. Tapi dah guna beberapa hari barangan tu..Alhamdulillah la, nmpk kesannya.
-Lepas tu p kat area Pantai Kok. Singgah kat Petronas Quay, satu kawasan marina yang cantik. Naik tgkt atas..ada tempat kanak2 berunsurkan sains yang disediakan oleh Petronas. Mungkin boleh dikatakan mini PETROSAINS di KLCC. Maleh naik tangga, kitorang naik lif yang disediakan wlpun bangunan tu ada 2 tgkt saja. Bila dipikir2kan, mungkin ia disediakan untuk 1) org maleh nak naik tangga cam aku, hehe 2)utk org yang membawa barang berat, tak larat nak guna tangga 3) utk golongan OKU
-Bukan budak2 aje seronok berada di dalam tu untuk mencuba setiap permainan yang disediakan di situ tetapi orang2 tua mcm kitorang pun sama. Ada juga bbrp permainan di situ tidak ada di Pusat Sains Negara, KL..
-Pergi bergambar di rumah api di Pantai Kok.
-Ke kaki Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kabel ataupun gondola tergantung. Sebagai warganegara yang baik, huhu..tunjukkan mykad untuk mendapatkan RM10 potongan harga tiket. Otomatik..kanak2 dapat harga RM5. Dgn membayar RM45, kitorang terpaksa beratur pjg untuk menaiki gondola itu. Tapi dlm masa yang singkat, dgn pengurusan yang cekap..kitorang dapat menaiki gondola wlpn 3 tahun dulu tak dapat nak naik sebab cuaca buruk. Dengan sedikit hujan berserta angin..kitorang selamat sampai ke stesen paling atas. Balik nanti baru singgah kat stesen pertama tu..petua tu! Seronok betul berada di kemuncak pulau Langkawi tu. Menghirup udara nyaman, bersih dan menyegarkan. Menikmati segala keindahan ciptaanNya. Nasib baik ada gondola..kalau tidak, takde laa merasa berada di puncak gunung ni. Nak harap mendaki sendiri..haha, lupakan lah!
Disebabkan hari lembab..maka pintu ke titi gantung ditutup kepada orang ramai. Frust wo! bukan senang nak naik gondola lagi lain kali. Dah berpeluang macam ni, tutup pulak. Ralat!
-Naik gondola dan singgah ke stesen pertama. Dah alang2 tu..singgahlah. Rasa pulak macam mana perasaan berada kat situ. Dari kejauhan, kitorang nampak orgramai sudah mula menuruni tangga utk ke titi gantung. Apa lg? Naik gondola untuk ke stesen atas tadi balik! huhu, seronok naik gondola..gondola!
-Alhamdulillah, berpeluang juga kami 2 buah keluarga dari Taiping ini merasakan pengalaman berada di situ dengan izinNya. Bayu laut yang datang menerjah kami ketika di titi gantung itu sangat mendamaikan.
-Kat bawah..kitorang pergi ke Animal Garden. Seronok betul budak2 ni bagi makan karot kat arnab2 jinak tu. Walaupun masuk free tapi karot sebungkus RM1. Ingatkan manusia aje ada jual buah-buahan potong..arnab pun ada! Habis RM5 karot potong, singgah melihat ular sawa. Nak bergambar RM3..hehe. Bdk2 ni sempat laa tgk ular tu berak dan dibersihkan 'punggungnya', hehe! Ular ada punggung ke? wakaka
-Singgah makan tengahari pd jam 2 petang di Pantai Pasir Hitam. Pak Haji sempat borong ikan bilis kat situ.
-Terus ke Kuah untuk beli coklat lagi..Apa? Coklat lagi? huh!
-Balik apartment, budak2 dan bapak budak turun mandi kolam. Mak budak kemas2 brg. Esok nak balik dah!
-Malam makan di sebuah gerai di Kuah. Pi Samudera Shopping Fair beli seluar jeans along.



HARI Ke 3
-Kitorang adalah orang yang paling awal turun sarapan pagi. Ada agenda lagi hari ini!
-Singgah lagi di Nusantara Maju membeli bbrp krim gamat yang dikira tak cukup untuk dibuat stok, hehe.
-Singgah di Pemandangan Indah..wahh! memang indah pun. Leh nampak airport, nampak laut, nampak gunung..Sempat tengok kapalterbang air asia nak berlepas dgn jelasnya.
-Meronda sehingga ke Awana Porto Malai. Kat situ..pergilah beberapa kali pun..pemandangannya tetap cantik!
-Kitorang yang paling awal check-out. Yg lain-lain..ada yang masih shopping di saat-saat akhir masa sudden death! huhu.
-Singgah Idaman Suri..Singgah tu mesti, beli barang tak semestinya, huhu. Tapi beli jugalah walaupun bukan pinggan mangkuk 1 set tu, wakaka. Dpt lah 8bj pinggan techno..
-Sempat masuk Kota Mahsuri. Dah dipercantikkan lagi kawasannya. Bayaran pun dah naik. Skang RM5 dewasa, RM2.50 kanak2. Handycam RM5. Tapi nasib kitorang baik sebab tak ada penjaga tiket kat pintu masuk. Jadi redah aje tak bayar pun tiket untuk handycam, huhu. Kat dalam tu nak masuk tandas pun kena bayar, nak masuk muzium Diorama Mahsuri pun kena bayar! Ingatkan semuanya pakej! Di dalam ada makam Mahsuri, telaga, suasana kampung dengan bbrp biji rumah kampung. Sejuk mata memandang. Masuk muzium Mahsuri pun tak round habis..masa mencemburui, haha. Ada lg tempat nak dijelajahi, nk tgk perubahan kt situ..tapi tak berkesempatan.
-Dah serah kereta, naik feri kul 4ptg.
-Bas jalan 5.20 ptg. Singgah R&R Gurun jam 7mlm. Sampai umah 9.30 malam.
-Habis dah percutian trip yang pertama ini. Trip ke 2 dan ke 3 pulak sedang membilang hari.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net