susah tul nak amik gambar sendiri sambil berjalan ni..
"jip mau lalu.. semua ketepi.."
angle lobang idung versi 2.1
menuju puncak..
anak jeram..
nampak ketebalan jalan tar tu dari sini..
ni la pondok 2
berkibar megah jalur gemilang dan bendera Perak di Bkt Larut
air dari celah batu..
angle celah divider
grafiti yg menyakitkan mata..
sini pun ada..
pin..pin!! lori mau turun..
dah sampai pondok 1
alona kat pokok besar.. konon2 redwood la ni..
Hari ni hari last dalam tempoh cuti panjang aku.. dan sepanjang cuti semenjak minggu lepas ada la 2-3 kali aku dan alona panjat bukit larut ni.. Biasanya kalau ke sini aku cuma bawak wallet dan hp je.. kalau bawak dslr kang jadi lain lak nanti.. huhuhu..
Mmg semenjak bulan mac, baru semenjak dua ni la kami mulakan aktiviti ni semula..panjat bukit larut ni ialah salah satu aktiviti kardio la jugak.. walopun cuma berjalan tapi kalau dah mode mendaki tu ianya boleh dikategorikan sebagai aktiviti kardio.... Kalau dulu kami ikut jalan denai (shortcut) yg lebih mencabar tapi sebab dah lama tak panjat, rasanya kena sesuaikan diri balik dgn jalan tar.. hehehe.. tul tak alona? Standardnya kami mendaki sampai pondok 2 aje, yg terletak kira2 2 km dari kaki bukit.. kalau rajin lagi sampai pondok 3.. antara pondok 2 dan pondok 3 tak la jauh mana pun..pastu kami akan turun balik ikut jalan yg dtg tadi atau jalan denai..biasanya kalau ikut jalan denai masanya lebih singkat..lebih singkat bermakna lebih la cungapnya.. hehehe..ikut fitness time tu laa.. biasanya perjalanan naik dan turun mengambil masa lebih kurang sejam..
p/s: Sebenarnya semenjak join gym rakyat yg lebih dkt ngan rumah ni, kami mmg jarang2 nak panjat bukit larut ni lebih2 lagi dgn cuaca yg tak menentu dan mcm2 wabak penyakit kebelakangan ni...Walopun begitu aktiviti di bukit larut ni ada kelebihannya yg tersendiri yg mungkin takde di tempat2 lain.. Kalau nak tahu sila lah berkunjung ke Bukit larut..
- tak ada ker mini tren cam kat zoo negara naik atas tu...
- boleh tak bawak bekal sardin roll, air sirap, mee hoon picnic kat sana
- sejuk tak atas tu cam cameron highland
- ada salji tak atas tu
(note: saja cari alasan tak nak exercise.....kalau aku mesti kena tido semalam kat atas..esok br turun)
------------------------------------------------------------------------
Homestay di Bandar Melaka. Murah RM120 / night. Cuma 10min ke A Famosa, Mahkota Parade, Eye on Malaysia and kawasan perlancongan. 4 Bilik. 2 Aircond, Sesuai untuk family dan group, cheaper then budget hotel !
http://www.melakacity.com
Wed 28-Oct-2009 01:01 Posted by:Homestay Melaka - [Link]
uih........ memang aktibiti sihat walafiat ............. mengukuhkan ikatan cinta kasih sayang ......... menghijaukan bumi kita ........... meluaskan pemandangan dan pandangan....... teruskan usaha..... pas ni nak panjat bukit mana plak wak????
Tengok jeram tu terasa nak pi berkelah mandi2 air bukit Dibawah bukit larut tu ada swimming pool. Dulu2 masa bersekolah pernah pergi kesitu.
Seminggu sekali ahli2 swimming club dibawa dengan bas dari Kuala Kangsar ke Taiping hanya untuk berenang di kolam tersebut
Thu 29-Oct-2009 21:20 Posted by:Pemancing Ikan - [Link]
errr...
kalau entry terakhir panjat bukit larut
lepas tu tak ber entry entry lagi
sampai seminggu
err...
perlukah aku report polis dan minta bantuan 911
manalah tau WAK & ALONA masih kat atas nun
tak turun turun lagi ?
Sun 1-Nov-2009 12:01 Posted by:salleh @ starbucks - [Link]