gebang's FotoPage - - Fotopages.com
Aksi Akis dan kucing
Taman Tasik Taiping - Edisi Malam
Pastu kami menyusuri jalan Taman Tasik yg sunyi tu sambil snap sana sini dgn kamera cabuk kami tu sehinggalah ke taman permainan. Kat taman permainan tu kami berhenti lama skit. Org pun agak ramai yg lepak2 kat situ, ada yg berkapel, ada yg berkeluarga dan ada yg tgh melayani anak2 bermain kat situ walopun jam dah menunjukkan hampir pukul 11 mlm. Sebenarnya aku nak amik gambar air pancut kat tengah2 tasik tu, tapi masa tu MPT tak pasang plak.. agaknya mmg time tu diorg dah 'off'kan ke.. atau MPT nak jimatkan letrik ke? Ntah laa..
Ada la setengah jam aku dgn baju melayu hijau dan berkain pelikat merah berpusing2 kat kawasan tu dgn kamera.. Ada juga beberapa pasang mata yg mengekori pergerakan aku, agaknya ingat aku ni pencegah maksiat kot? Hahahaha...
Satu hari di hari Sabtu
SABTU 02.03.2008
Pagi2 aku hantar akiss ke sekolah ngan moto. Bas sekolah pun takde hari tu. Dah balik umah, kemas umah sket2 dan siap basuh dan sidai baju..aku ngan abg keluar lak sarapan pagi kat Selera Mlm, Kmtg. Aku mkn bubur arab..abg mkn nasik lemak, hehe. Macam sarapan pagi kat hotel lak, wakaka.
Dah tu..p sekolah KE lagi. Diorang ada wat sukaneka sket. Saja nak p tgk, amek gambar..
Along kata..mlm tu diorang tido pun tak cukup, dah dekat Subuh baru leh tertido.
Khemah diorang tido 3 orang. Angah, along dan sorang kwn dia.
Along dan angah antara yg terawal membuka khemah pagi tu.
Masa majlis penyampaian hadiah tu..abg telah dipersilakan oleh cikgu Roslina soh sampaikan hadiah kat budak2 menang mewarna tahap 1.
Along dapat jugaklah hadiah pertama melukis & mewarna lambang sekolah utk thn 6, menyusun puzzle berkumpulan dan hadiah ke2 lari 100m terbuka.
Angah dapat hadiah ke 2 melukis & mewarna lambang sekolah thn 5. Sepatutnya angah dpt lg 1 iaitu kategori kuiz pengetahuan am berkumpulan no 2 tapi hadiah disediakan cuma 2 sj. Jadi angah tak dapatlah.
Medal kali ni lambang persatuan murid2 tua KE woo! Merah dia lagi terang. Cantik laa maknanya tu. Bukan senang nak dpt. Hadiah tu Old Edwardians yg sponsor.
Habis camping..kitorang p ronda2 dulu sementara menanti pukul 1 akis abes sekolah. Sempat p kedai jajan kat stesen bas tpg tu utk beli jajan, hehe.
Sampai sekolah TMGS..akis tak kuar2 lg. Tunggu sat, takpe!
Nampak abg Mail baru sampai nak amek Iqah ngan Pijah. Bagi kat dia kuaci 1 bungkus besar tu, hehe.
Akiss dah masuk keta, p lak Rest. Masa mkn tengahari. Semua amek nasik setengah kecuali akiss, dia amek nasik penuh (huh!)..sebab dia tak makan nasik lagi hari ni.
Balik umah, aku sempat mendobi baju2 along angah yang digunakan sepanjang 2 hari camping.
Dlm kul 3ptg..aku ngan abg p dusun duyan abah kat Pdg. Rengas lagi nak amek duyan. Paklong tipon abah kata buah byk. Kitorang p ngan van sekali ngan abah dan mak. Budak2 tak ikut kali ni..pasal aku kesian, letih. Dah laa malam tadi tido pun tak berapa nak lena.
Camping TKRS
Cuaca petang tadi..punyalah panas, kesian budak2 tu. Yg gelihati tu, ada satu khemah tu keciknya ya amat. Macam khemah untuk baby aje, hehe. Jadi bahan ketawa budak2 yang lain aje. Marah dia kat budak2 yang ketawakan tu, hehe. Aku pun sebenarnya nak ketawa gak sebab khemah kecik tak padan ngan orang. Macam mana dia nak tido malam kang? Mesti kena 'mengerekot'. Dah khemah kecik, barang2 pun bwk byk..aduhai!
AGENDA MALAM
P solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah kat SK KE 2. Seperti yg dijangka..sambutan dari ibubapa mmg tak brp menggalakkan. Bacaan surah yassin juga dibaca beramai-ramai. Tapi ustaz aziz baca mmg laju. Takleh nak ikut..baca sendiri. Ustaz dah habes..tapi kaum2 ibu masih belum habis lagi. Masing2 cuba menghabiskan surah tersebut sendiri.
Kami dijamu dengan roti canai dan kuih bahulu. Budak2 camping..dijamu dgn nasik. Sian aku nengok budak2..masing2 makan dgn gaya laparnya, hehe.
Mlm tu ada sessi bakar lemang.
Sambutan 125 tahun Sekolah King Edward VII
Budak2 King Edward 7 (KE) semua gembira dan bersemangat ketika membuat perarakan beramai-ramai di beberapa jalan utama di bandar Taiping. Souvenier perayaan 125tahun penubuhan KE pun sold out! Nasib baik aku sempat sambar t-shirt diorang satu untuk abang. Mula2 aku ingat nak beli gak untuk aku 1..hehe. Walaupun aku tak sekolah KE tapi sebagai isteri kepada bekas pelajar KE dan ibu kepada pelajar2 KE..aku tumpang bangga dan bersemangat gak, haha. Ok laa tu kan?
Tapi disebabkan saiz S dan M dah abes..maka aku yang bersaiz M ni tak dpt laa nak beli untuk diri sendiri. Beli untuk abang aje laa. Tak beli kang..nanti ralat pulak. Sebab bukan senang nak dapat baju cetakan khas ni.
Aku gak beli sticker lencana KE harga RM4. Balik2 tu terus aje aku tampal kat cermin depan keta kancil, atas sticker Pahang, yiihah!
Perasmian perarakan dirasmikan oleh salah sorang old edwardians iaitu Datuk Abdul Mutalib pengerusi Media Prima. Yang bestnya, vip dan old edwardians yang hadir turut berarak pagi tu. Dari padang KE 1..diorang keluar ke Jln Stesen, masuk kat simpang jalan sebelah sek.George..melalui deretan kedai2, terus ke jalan kota, masuk pulak ke main road..akhirnya ke sekolah KE 1 balik.
Aku pagi tu naik moto aje p tengok. Walaupun kesemua ibubapa pelajar dijemput hadir tetapi tak ramai yg dtg pun..mungkin sebab komitmen kerja, takde kenderaan..
Pastu aku balik ke rumah balik..sapu dan kemas2 umah sket, keluar pulak ngan keta amek along ngan angah kat sekolah KE 2 diorang.
Sekolah budak2 ni diberi cuti peristiwa hari tu. Jadi budak2 tahap 1 mmg dok umah aje lah. Yg p padang KE 2..budak2 tahap 2. Sekolah KE 1 pun cam tu aku tgk. Sekolah menengah KE aje semua turut terlibat. Budak2 pempuan form 6 pun ada sekali. Kalau nampak budak pempuan sekolah KE dah tentulah pelajar form 6 sebab hanya untuk tingkatan 6 saja dibenarkan mengambil pelajar perempuan. Samalah ngan St.George jugak.
Nak ikutkan, aku pun leh hantar along angah terus ke pdg KE 1 tapi disebabkan diorang nak naik feri sekolah (trak askar)..diorang naik bas sekolah pagi2 mcm biasa dan naik trak di sekolah diorang. Jadi, masa balik tu..memang aku kena amek diorang kat situ gak laa. Bukan apa, peluang nak merasa naik trak tu bukan selalu dapat. Along tu, wlpn pernah naik masa pertandingan kawad dulu..tapi masih teruja nak naik kenderaan perwira m'sia tu. Nasib baiklah tahun ni dapat YDP PIBG seorang Kapten bahagian angkut.
Malam tu, budak2 ni tunggu gak keluar berita perarakan siang tadi masuk buletin utama TV3. Mana taknya..terang2 nampak jurukamera dan beberapa krew tv3 kat situ. Yg merasmikannya pulak big boss diorang.
Wlpn takde kuar gambar diorang..tapi seronok gak laa bila akhir buletin tu ada diorang tayangkan sket perarakan KE 125 tahun kat tv. Merah aje..
Diorang citer, masa lalu kat sekolah George..budak2 george boo-boo diorang. Alah, diorang jeles laa tu. Sekolah diorang tak best, haha (jgn marah piluih!). Tapi..diorang citer, budak2 KE boo-boo balik kat diorang, wakaka.
Aku tak ikut perarakan..tapi untuk amek gambar aku p tunggu kat simpang main road aje.
Pagi tu teruk gak laa aku nak handle 2 kamera. 1 handy cam, 1 camera still. Aku gunakan sesungguh-sungguhnya. Yg best nya..aku amek gambar sebaris ngan jurugambar tv3, jurugambar sokabar dan beberapa jurugambar dah tentunya dgn kamera masing dgn kaki tripod tinggi masing2, hehe. Sorang pempuan aje lak tu, wakaka.
Dusun Padang Rengas dan Ladang Limau..
sampai je kat umah dah dekat kul 4.30pm dah.. bebudak tu pi mandi2 dulu.. aku relax2 jap sambil minum kopi dan biskut.. alona berkemas2 apa yg patut, kasi nobi dan tomei makan, basuh baju and so-on laa..Lepas dah bersiap2 lebih kurang, kami ke umah mak.. Mak dah tunggu kami kat meja depan tu sambil baca kosmo..Mak kata abah tak ikut sebab jaga Mak Ndak.. Aku pun keluarkan van, terus menuju ke Padang Rengas..
Sampai di Bukit Berapit, budak2 tu senyap je kat belakang.. tido kot..letih ke Badung Camp tadi..talipon Pak Long, suruh tunggu kat simpang je..Pak long kata "aku mana ada keter".. laa.. pulak.. "Ok..Pak Long tunggu kat umah.." Sampai umah Pak Long dah pukul 5.30pm..Paklong pun dah bersiap2 dgn parang panjang berkilatnya..huhuhu..Depan umah Paklong skang ni dah rupa bengkel la pulak, dgn lori sebijik, toyota hilux sebijik.. dgn tools dan besi2, kayu2 yg bersepak sana sini..huhuhu.. wan dan adam tgh bakar apa ntah depan tu.. Tak lama di umah Pak Long, kami terus ke dusun..bawa paklong sekali..sambil2 tu Pak Long citer yg keternya masuk workshop, baru kena accident..
Aku mintak paklong tunjuk simpang nak masuk ke dusun tu, dah lama dak pi, dah lupa dah..Pak Long kata "lantak kat hang!" hehehe.. biasa la ayat pak Long.. Rupanya jalan ke dusun tu dah boleh naik dgn keter dah.. jalan pun dah cantik berturap.. tapi kecik je la.. ngam2 je dgn van tu. Sampai kat dusun, van leh parking kat tepi jalan..kami pun tinjau2 la sekeliling, paklong tunjuk beberapa bj durian yg gugur.."diterajang dek kera!" kata Pak Long.. Huii.. sayangnya.. buah besar2 lak tu..Pemandangan kat dusun tu mmg tak jauh beza dr dulu, cuma yg berbeza ialah pokoknya yg dah besar2.. pokok jering pun dah susah nak di kait buahnya sebab dah terlalu tinggi..Pondok pun dah takde dah.. tinggal tapak je.. Pak Long kata tak guna buat pondok sebab org selalu curi.. kayu, zink..pastu kalu kalu bukan musim durian, jadi port diorg lak buat keje2 yg tak berfaedah lak..hmm..
Lepas kutip beberapa biji durian kami pun turun balik, jam dah kul 6 lebih.. Pastu Paklong ajak pi tgk Ladang Limau dia lak..Walopun mak dah ajak balik tapi aku dan alona 'on' je.. alang2 dah sampai situ.. Ladang Limau Pak Long terletak tak jauh dari umah Pak Long.. dulunya bendang, skang dah jadi Ladang Limau..Paklong kata limau2nya dia 'tolak' kat pasar malam, pasaraya, market..harga dalam rm1.50-rm2 sekilo..Sehari boleh kutip dalam 100-200 kilo.., "tapi tak tahan lutut la , pasal nak buat keje mengutip tu kena berlutut...", kata Pak Long.. Mmg cantik pemandangan kat situ, alona pun snap la sana sini.. tapi oleh kerana hari pun dah nak gelap, kualiti gambar pun tak brp elok sgt la.. Dah abis sesi melawat kami pun ke umah Paklong semula utk antar Pak Long balik.. Oleh sebab hari pun dah beransur senja, kami pun tak lama di umah Pak Long dan minta diri untuk balik..
Badung Camp
Setelah berharu-biru pada hari sabtu semalam, pagi Ahadnya pulak kami ke Badung Camp pulak.. tapi trip kali ni mmg dah ada dalam perancangan.. Sebenarnya plan nak pegi hari sabtu, tapi kebetulan anak2 pak Haji Alias (pemilik badungcamp http://badungcamp.fotopages.com/) pun ada yg bersekolah pada hari tu , maka plan di tunda lak pada hari Ahad.. Ada hikmahnya.. kalu tak lagi bercelaru la citer semalam.. huhuhu..
Seawal 9.00 pagi, selepas bersarapan ala kadar kami bertolak dari rumah menuju ke Bukit Gantang. Sambil2 tu msg Aji Alias yg kami on the way ke sana.. Sampai di umah Aji Alias, tgk Pak aji dah bersiap2 dah, Kak Rubi pun dah siap masak nasi dgn lauk2nya dan bubuh dalam mangkuk tingkat yg krom berkilat tu. Mmg rapi persediaan yg dibuat oleh Pak Aji dan kak Rubi ni.... Aku tgk kat whiteboard rumah pak aji siap ada map lagi.. agaknya untuk rujukan anak2nya nanti.
Lebih kurang kul 10am kami bergerak menuju ke badungcamp yg terletak lbh kurang 3km dari situ. Pak aji dan anak2nya arip, iliya dan sheila naik motor (3 bj motor) sementara anak dia yg nama Akma tu naik keter bersama kami..Kak Rubi tak ikut sekali sebab takut nanti semput katanya.. huhuhu..sampai dikaki bukit, setelah memakir kereta di tepi jalan, kami menapak lak. Pak aji kata jaraknya ke badung camp dari situ ialah 1.5km aje.. orait la tu..
Pak aji sorang je naik motor ke atas..siap ada raga di belakang.. sebab senang nak angkut barang2 ke atas dan nak angkut hasil dusun bila turun nanti..
Perjalanan mendaki mengambil masa lebih kurang 1/2 jam, di samping tu pak aji siap bagi assignment lagi kat anak2nya yg bertajuk 'tumbuh-tumbuhan yg boleh di makan dan mempunyai nilai komersial'.. huhuhu.. dasat pak aji ni.. jadi sambil jalan2 tu kena la melihat dan mengenal pokok2 di sekitar.. bagus idea ni.. aku, alona dan anak2 aku pun boleh belajar sekali..
Sampai di badungcamp kami berehat sekejap di pondok yg satu2nya terdapat kat situ..sambil tu kutip2 buah durian yg gugur dan acara latihan meniti diadakan utk anak2..Selain pokok durian, ada jugak pokok2 limau dan manggis di situ.. tapi yg paling best, ada anak sungai berhampiran dgn tanah dusun pak aji Alias ni..Mukabumi yg berbatu di situ telah membentuk tingkatan2 air terjun secara semulajadinya.. memang cantik..mmg berbaloi..
Di kesempatan ini aku dan alona mendokumentasikan dalam bentuk video dan gambar sebagai kenangan.. Lama juga kami di situ.. geng bebudak la yg paling seronok, menggelongsor sana sini.. aku tak join sekali sebab sibuk sgt explore air terjun tu.. ada ketikanya stop sekejap kopek durian pulak.. pastu sambung lagi..panjat sana, panjat sini, snap sana snap sini...tak cukup dgn gambar, shoot video plak..Pastu lapar balik..hehehe.. Pak Aji siap bawak sotong kering lagi.. fuh.. bakar sotong pulak kat situ.. Bab bakar2 ni along la yg paling suka.. tunggu sampai habis sotong2 kering tu..Budak2 yg seronok mandi tadi pun lapar.. sejuk terketar2 dah..Bekalan yg disediakan Kak Rubi tu la jadi sasaran, sedap Kak Rubi masak.. selera betol kami makan..sampai bertambah2..hehehe.. sambil2 makan tu aku talipon mak.. tanya jadi tak ke Pdg Rengas ptg ni..mak kata kalau jadi kul 4pm..
Lebih kurang kul 2pm, kami pun berkemas2 untuk balik, sebelum tu pungut durian dan letak dalam raga atas motor, korek pokok tepus, panjat pokok manggis lagi.. dapat la dlm 20 bj.. tu pun tak termasuk yg dah di makan! Pastu kami pun berduyun2 la turun (sambil dgr lagu tango2 dari h/p salah sorang anak aji alias.. hehehe..).
* http://www.youtube.com/watch?v=HS5g69mI2aA
Lebih Kurang kul 3pm, sampai kat umah Aji Alias semula..ingatkan nak terus balik tapi Kak Rubi hidang air pulak..Kena la lepak jap..Lagi pun Hj Alias nak pi kebun dia nak amik rambutan..aku ikut sekali..bawak motor Aji.. takde la jauh sgt.. tak sampai 1 km pun..Pak Aji kata kebun tu ada la dalam 1 ekar.. bekas sawah padi.. durian ada, rambutan ada, cili api pun ada..Selepas sudah kait rambutan dan petik cili api kat kebun tu lebih kurang, aku dan Pak Aji kembali semula ke rumah Pak Aji..Beberapa minit kemudian kami pun mintak diri utk balik....Pak Aji bekalkan kami dgn durian dan rambutan..huhuhu..berbanyak terima kasih la Pak Aji dan Kak Rubi atas layanan kat kami ari tu.. ada umur kita buat lagi.. InsyaAllah..
Alhamdulillah.. segalanya selamat..tiada sebarang masalah dan kemalangan serius berlaku sepanjang aktiviti ini.. setakat tergelincir skit2 tu biasa la...
Ada lagi nak citer ni.. bersambung la pulak..
Hujung Minggu yang tak DiJangka- Part 2
Bebaru ni dapat panggilan dari Mak suruh aku amik video majlis bertunang anak dia (Saiful dan Atikah)..Laa.. last minit baru nak kasitau.. mak kata atas permintaan Makcik Jama sendiri.. hehehe..(ni mesti ada org yg tlg promote ni kan..tapi takpe la..). Kelam kabut gak la ari tu, dah la along dan angah sekolah ari sabtu tu (ganti cuti raya), alona lak kena gi meeting PIBG KE-2 kul 12tghari (kes cikgu tipon last minit gak ni..). Susah gak kalu takde alona ni.. sebab alona ni mmg tugas dia amik still pic. huhuhu.. Mau tak mau dalam kul 11 lebih pi jugak la ke umah Makcik Jama yg terletak kat Tmn Mewah tu..Meriah gak, siap 1 khemah (cap BN, huhuhu) dgn buffet nasi lemak lagi, tapi aku tak sempat nak makan pasal dah tak cukup masa.. Lagi pun baru je lepas makan di Selera Malam terminal di Taiping tadi..Lepas shooting apa yg patut, hantar alona lak ke sekolah KE.. alona kata nak mintak kuar awal, sekali dgn along dan angah.. Sementara menunggu tu aku merayau la dulu..kedai games, kedai majalah dan Taiping Headworks (sebab nak terkencing..). Kat Taiping Headworks, pagar tutup.. jenuh tekan loceng tapi tak sapa pun bukak.. hampes betul.. terpaksa la aku undur (jalan kecik, takleh u-turn) dan tahan kencing.. huhuhu.. Kul 12.50pm Mak call kata depa dah sampai Bagan Serai..
Tepat kul 1 tghari aku dah terjengol kat dpn sekolah, lepas tu kami pun terus ke Bagan Serai, sambil2 tu call mak tanya lokasi umah tunang si saipol tu.. rupanya kat Taman Serai Permai, Matang Gerdu, Bagan Serai.. (dengar Mak sebut mcm Batang Perdu.. hehehe). sampai je kat umah tu terus je masuk, tgk2 tgh sesi sarung cincin.. Abah dah abis cakap dah.. (abah diminta jadi jurucakap pada hari tu..) alona sempat la amik gambar (versi lakonan semula.. hihihi), aku tak sempat nak shoot pun babak tu pasal org ramai sgt, sempat amik gambar salam2 dan cium2 pipi je..amik gambar dalam bilik, hantaran dll.. canteeekk.. Tapi hidangan tuan rumah mmg best.. nasi dan lauk2 kampung..dgn sayur keladi masak asamnya, dgn sambal bacangnya, dengan ulam petainya..fuh.. mmg bertambah2 aku makan walopun dari tadi dok tahan kencing..
Balik dari Bagan Serai singgah kejap di umah Makcik Jama sekali lagi.. utk shoot apa yg patut..versi 'selepas' pulak.. Dah shoot lebih kurang kat umah tu kami pun mintak diri utk balik.. Tapi kami tak terus balik.. sebaliknya kami ke Giant jap. Sampai kat Giant aku pi tandas dulu.. (fuh! legaaa..siap ada bau petai lagi.. hehehehe). Tujuan ke Giant ialah utk beli khemah along/angah.. Tujuan beli khemah tu sbb ari Jumaat ni along dan angah terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolahnya.. Bukan takde khemah tapi khemah yg ada tu besar sgt, 6 men punya.. ntah reti ke idak along pasang tu nanti.. tak sesuai utk diorang. Jadi, beli yg 2 men punya.. Lepas shoping lebih kurang kat situ, alona beli aiskrim plak kat luar giant tu.. (aktiviti biasa bila pi giant.. ) Lepas makan ais krim kat giant tu baru la kami balik ke expo.. Penat kami tak abis lagi.. esoknya ada aktiviti lain plak menanti.. ber..sambung lak citer ni ..huhuhu..
Hujung Minggu yang tak dijangka..
Jumaat petang tu mak nak p keje ngan moto. Terlanggar belakang lori treller yang buat brek emergency. Pemandu lori tu kata..keta kat depan dia yg brek tiba2. Jadi dia pun brek jugalah.
Mak tak cedera teruk cuma bengkak muka kiri, bibir bengkak, gigi 2btg goyang, lutut jahit sket..dan dah tentu badan akan rasa sakit2. Takde la sampai masuk ward.
Aktiviti kat sana ialah makan duyan, keluar p pasar, sempat sarapan pagi kat kedai Burn, keluar beli bahan2 nak wat rak stor kat loteng umah mak/ayah. Sebelum nak buat rak tu..loteng kena kasi clear. Jadi,  kena bwk turun brg2 dari loteng dulu. Bila dah clear, baru kitorang leh pasang bingkai besi rak tu  dengan dibantu oleh along. Angah ngan akiss tolong sebok, huhu..
Plywood 3 keping, TOK PERAK jiran sebelah umah mak tolong gergajikan..(fewh! nasib baik)
Dah siap rak..angkat balik brg2 tadi untuk disusun kat rak yang dah siap dipasang tu.
Masa kat kedai RM2 tu terjumpa kwn lama, Husmawati..kawan dari drjh 1 (SKTF) smpai ke form 3 (SMRJKK) 1982-1990.
Sabtu siang, busu Timah ngan paksu Tisan ada datang ziarah mak.
Mlm minggu tu ayah belanja kitorang makan kat Restoran Dapur Kita. Sedap sungguh sate dan ketupat kat situ..kalah sate Hj. Samuri tau! Lain kali balik Bentong..leh laa p makan kat situ lagi!
Ahad pulak, paklong Senin ngan Pakngah Amer bersama keluarga datang ziarah mak. Paklang tak dapat datang pasal dia 'sakit mata'. Kat sini takde gambar adik-beradik mak ni pasal aku takde masa betul nak snap gambar diorang, hehe. Tapi dalam handy-cam..adalah rakaman karaoke bersama paklong dan pakngah..tihihi..
Kitorang balik petang Ahad dan sampai umah kul 9mlm.
Mak citer..Isnin tu besan mak dari Chenor (mak mentua adik aku) ada datang ziarah mak juga.
Rambutan datang lagi!
Beberapa minit lepas tu bergegas la kami ke Selinsing plak.. singgah jap di tepi jalan menghala ke Silverstone tu utk beli goreng pisang.. buat kudap2..
Sampai kat Selinsing, nampak la beberapa longgok rambutan dan satu beg yg hampir penuh dgn manggis dalam van..Mak suruh aku gergajikan dahan2 rambutan di sebelah kiri pondok tu sebab dahan2nya dah melindung pokok ciku di bawahnya.. pokok ciku tu pun dah berbuah 3-4 biji.. Mak kata nak suruh Pilus, seluar dia dah koyak rabah kat celah kangkang semasa turun pokok manggis tadi..Hmm.. patut la tetiba je kak Nor tipon aku tadi.. rupa2nya ada tugas khas.. hehehe.. tak kisah la..
Setelah menggerjaji kira2 2/3 pokok rambutan tu, byk jugak la hasil2 yg dapat di pungut.. ada la 5-6 beg plastik besar tu.. tu tak termasuk satu beg manggis..Setelah selesai dgn pokok rambutan tu, panjat la pulak pokok manggis yg ada 2 pokok tu. Pilus kata dah abis dia amik tadi tapi bila aku panjat rupa2nya banyak la lagi kat atas tu.. Mak kata takleh nak biar pasal kalu biar mmg akan dapat kat musang..Selepas abis dgn manggis tu kait la skit buah rambutan pokok yg besar tu.. mmg sedap buah pokok besar tu.. isi manis dan kering macam gula batu..ramai yg suka kesedapan buah kat pokok ni termasuk la kawan2 aku.. Sebelum ni pun aku dan kawan2 gsl mmg dah 'mengerjakan' pokok ni.. dah berbeg2 dah diorg bawa balik tapi masih byk lagi atas pokok.. tapi cuma tinggal yg tinggi2 je la..
Sebelum berangkat balik..alona memetik beberapa bijik kelapa muda yg sedap tu..dalam pada itu, sempat la lagi along , angah dan akiss tu main tarik upih pinang.. aku dan alona pun terbabit la sekali..yg untung akis la pasal dia yg paling ringan..tu pun dah beberapa terlentang sebab tak pegang kuat2 .. huhuhu..lawak.. ye la.. sesekali nak kasi anak2 rasa main permainan klasik ni.. takde la diorg asik tau ngadap video games je.. :-D
Tahun ni buah rambutan dan manggis kat Selingsing mmg menjadi.. ada yg sampai mencecah tanah buahnya.. ari tu cuma pokok rambutan abg mail dan pokok rambutan anak sekolah tu je yg masih tak merah sepenuhnya lagi. Rasa2nya minggu ni mmg leh kutip la..Cuma ada satu pokok je.. terletak kat sempadan.. haa.. yg tu takleh amik.. abah kata 'berpenunggu :-O '... hehehe..